Makan

Biskut Kering Goreng Dengan Telur, Menu Unik Tapi Sedap Untuk Kudapan

Share

Selalunya biskut kering kita cicah dengan kopi O atau teh O. Hidang waktu hujan, memang nikmat. Tapi hidangan biskut kering yang dikongsi oleh Adizul Semerbak agak rare.

Biskut kering ini digoreng bersama telur hingga menjadi hidangan yang menyelerakan. Memang unik, katanya menu biskut telur ini sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.

Menurut AdiZul lagi, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.

Menu biskut kering unik, goreng jadi biskut telur

Bahan-bahan

10 biji telur
1/2 kg biskut petak kecil
Bawang besar/bawang merah
Cili hijau/merah
Sedikit garam
4 sudu makan minyak masak
Sedikit marjerin

Cara membuat

1. Hiris bawang dan cili.

2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.

 

3. Seterusnya masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan seketika.

4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak telah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.

 

5. Balik-balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.

 

Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)

 

 

Published by
Rose