Kopi memang bahan ramuan yang amat lazat dimasukkan dalam pembuatan biskut. Ada pulak tambahan serbuk koko, jadilah rasa mocha yang tak jemu dimakan.
.
Ni dua biskut mocha iaitu Black & White Toffee Cookies dan Famous Amos Mocha yang menyatukan kelazatan coklat dan keenakan kopi dalam satu. Jom cuba buat dua biskut olahan dari Norliyana Harun yang juga pemilik bakeri dan pastri Dinda Delights. Memang terbaiklah kedua biskut ini. Pasti menikmati citarasa kopi dan coklat.
BLACK & WHITE TOFFEE COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
Ads
Bahan A :
225gm mentega
50gm gula kastor
10gm serbuk kopi/esen kopi
10ml air panas
Bahan B :
150gm tepung gandum
115gm tepung jagung
15gm serbuk koko
Bahan hiasan:
Coklat putih secukupnya
Coklat gelap secukupnya
Biskut yang dihancurkan | contoh biskut Marie atau biskut tawar
CARA MEMASAK : 1. Bancuh kopi di dalam air panas, ketepikan dan biarkan sejuk. 2. Campurkan mentega dan gula. Pukul sehingga berkrim. 3. Masukkan bancuhan kopi, dan bahan B pukul sebati. 4. Canai doh dan terap mengikut bentuk yang diinginkan. 5. Bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 20minit. 6. Cairkan coklat putih dan gelap. Masukkan ke dalam beg piping. 7. Lorekkan di atas biskut dan hiaskan dengan taburan biskut yang telah dihancurkan.
Saiz hidangan : 7-10,anggaran 80 keping Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Gandingan serbuk koko dan esen kopi yang lazat Jenis masakan : Biskut Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan biskut dalam keadaan sejuk sebelum coklat dilorekkan.
FAMOUS AMOS MOCHA CHIP
BAHAN-BAHAN :
Bahan A
Ads
250gm mentega
1 1/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen mocha/mocha compound
1 biji telur
Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
6 sudu makan minyak jagung
2 cawan mocha chip
1/2 cawan badam hiris
CARA MEMASAK : 1. Campurkan mentega dan gula. Pukul bahan tersebut sehingga sebati. 2. Masukkan esen mocha/ mocha compund dan telur sehingga sebati. 3. Masukkan bahan B kecuali mocha dan badam. Gaul sebati menggunakan spatula. Jika menggunakan hand mixer anda hendaklah menggunakan kelajuan paling perlahan dan pastikan cukup sekadar sebati sahaja. 4. Masukkan mocha chip dan badam. Gaulkan. 5. Bentukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 darjah Celcius, selama 25-30 minit atau sehingga masak.
Saiz hidangan : 7-8 orang, anggaran 90 keping Waktu memasak : 25 hingga 30 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Enak rasa kacang badam dan mocha Jenis masakan : Biskut Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Suhu yang rendah 150 darjah celcius dan panjangkan waktu pembakaran untuk memastikan biskut dimasak dengan sempurna.
ANDA SEDANG MENCARI OVEN PEMBAKAR BISKUT YANG TERBAIK, ATAU MENCARI PERKAKAS DAPUR YANG LAIN SECARA ONLINE, LAYARILAH DI SINI, ADA BANYAK PILIHAN DAN TAWARAN.
Terasa nak makan bihun sup sedap yang dimasak cara Chinese style? Anda boleh cuba resipi perkongsian saudari Ikin Rahman yang paling mudah dan ringkas ni. Bahan-bahan yang digunakan pun memang mudah. Pasti hasilnya nanti kena dengan citarasa anda. Selamat mencuba!
CARA MASAK BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN: ( tiada sukata. Jumlah ikut citarasa masing-masing)
Bihun (celur)
Udang
Fish ball
Fish cake
Sawi jepun
Kiub pati ayam secukupnya
Bawang putih (cincang)
Cili api merah & hijau
Chili flakes
Cuka secukupnya
Kicap cair secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih cincang hingga perang . Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk .
Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periukberisi minyak bawang tadi. Didihkan. 3. Kemudianmasukkan kiub pati ayam, fish ball dan udang. Kalau kurang rasa masin, boleh tambah garam . Renehkan beberapa minit dan padamkan api.
Dalam kuali berasingan, goreng fishcake dan potong nipis.
Celur sawi dan juga bihun.
Untuk menyediakan sambal kicap, campurkan kicap cair, hirisan cili api dan juga cuka. Gaul rata.
Hidangan bihun bersama sup, bahan sampingan, bawang putih dalam minyak tadi dan tabur cili flakes.
Teringin makan ketang putar yang lemak berkrim dan sos yang berkrim macam di restoran, anda tak perlu keluar rumah, buat sahaja sendiri kerana bahannya tak banyak dan mudah sangat membuatanya, begitu juga dengan sos. Untuk permulaan anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini, gerenti tak menyesal. Sangat sedap ye…
MASH POTATO BAHAN-BAHAN: UNTUK KENTANG PUTAR:
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu makan mentega
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa BAHAN SOS (GRAVY)
1 labu bawang besar |dadu
2 ulas bawang putih | dadu
4 sudu makan butter
2 sudu makan tepung gandum /jagung
2 kiub ayam
lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam.
Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
Bila kentang sudah empuk, toskan air.
Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa.
Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu.
Lenyek lagi sehingga rata atau guna chopper (lebih mudah).
Sediakan pula sosnya: Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana.
Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel ) Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat.
Masukkan air sedikit sedikit sambil sentiasa kacau sehingga sebati .
Tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana.
Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
Tutup api, sos sedia dihidangkan bersama kentang putar.
Memasak tidaklah terlalu sukar. Hanya perlu ada minat dan sedikit kemahuan, hasilnya pasti membanggakan. Bagi gadis-gadis muda, ilmu memasak ini memang sangat penting. Janganlah ditunggu hingga nak kahwin nanti baru nak belajar. Memang terkial-kial. Sekurang-kurangnya kena ada sedikit asas dan pengetahuan dalam bidang memasak ni. Barulah nanti bakal mak mertua boleh puji.
Andai melanjutkan pelajaran ke universiti atau melangkah ke dunia pekerjaan yang memerlukan anda tinggal di rumah sewa, ilmu memasak ni memang berguna. Maklumlah, hari-hari kena masak. Kalau di rumah, ibu masih ada untuk sediakan lauk pauk buat anda. Nak beli je? Hmmm..seminggu dua mungkin boleh. Bila dah kerap sangat, lama-kelamaan mesti bosan.
Bukan kata orang lain, adik admin pun selalu mengelat bila disuruh masak. Katanya, sibuk dan tak reti. Alahai…belajarlah. Bukan susah pun. Sekurang-kurangnya kalau disaat kecemasan, bolehlah masak sendiri untuk alas perut tu. Betul tak?
Berikut adalah 10 resipimudah dan paling senang yang anda boleh belajar masak sebagai permulaan. Lepas dah pro,nanti boleh masak Chicken Chop pula ya.
1. DAGING GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
200gm daging | dihiris nipis dan kecil
50gm bawang Holland | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
2 biji telur
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak masak
CARA-CARA MEMASAK:
Gaul daging serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam dan diperap selama 10 minit
Panaskan minyak masak dan goreng daging sehingga masak dan garing sedikit. Ketepikan.
Tukar minyak baru, tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Pecahkan dua biji telur dan masukkan sedikit serbuk pati ayam.
Masukan telur ke dalam bahan tumisan bawang kacau sehingga separuh masak.
Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul bersama telur, kacau sehingga telur sebati bersama daging selama 2-3 minit.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh tumiskan sedikit cili giling semasa menumis bawang yang dihiris atau potong cili padi untuk rasa yang sedikit pedas.