Kopi memang bahan ramuan yang amat lazat dimasukkan dalam pembuatan biskut. Ada pulak tambahan serbuk koko, jadilah rasa mocha yang tak jemu dimakan.
.
Ni dua biskut mocha iaitu Black & White Toffee Cookies dan Famous Amos Mocha yang menyatukan kelazatan coklat dan keenakan kopi dalam satu. Jom cuba buat dua biskut olahan dari Norliyana Harun yang juga pemilik bakeri dan pastri Dinda Delights. Memang terbaiklah kedua biskut ini. Pasti menikmati citarasa kopi dan coklat.
BLACK & WHITE TOFFEE COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Bahan B :
Bahan hiasan:
CARA MEMASAK :
1. Bancuh kopi di dalam air panas, ketepikan dan biarkan sejuk.
2. Campurkan mentega dan gula. Pukul sehingga berkrim.
3. Masukkan bancuhan kopi, dan bahan B pukul sebati.
4. Canai doh dan terap mengikut bentuk yang diinginkan.
5. Bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 20minit.
6. Cairkan coklat putih dan gelap. Masukkan ke dalam beg piping.
7. Lorekkan di atas biskut dan hiaskan dengan taburan biskut yang telah dihancurkan.
Saiz hidangan : 7-10,anggaran 80 keping
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Gandingan serbuk koko dan esen kopi yang lazat
Jenis masakan : Biskut
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan biskut dalam keadaan sejuk sebelum coklat dilorekkan.
FAMOUS AMOS MOCHA CHIP
BAHAN-BAHAN :
Bahan A
Bahan B
CARA MEMASAK :
1. Campurkan mentega dan gula. Pukul bahan tersebut sehingga sebati.
2. Masukkan esen mocha/ mocha compund dan telur sehingga sebati.
3. Masukkan bahan B kecuali mocha dan badam. Gaul sebati menggunakan spatula. Jika menggunakan hand mixer anda hendaklah menggunakan kelajuan paling perlahan dan pastikan cukup sekadar sebati sahaja.
4. Masukkan mocha chip dan badam. Gaulkan.
5. Bentukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 darjah Celcius, selama 25-30 minit atau sehingga masak.
Saiz hidangan : 7-8 orang, anggaran 90 keping
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Enak rasa kacang badam dan mocha
Jenis masakan : Biskut
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Suhu yang rendah 150 darjah celcius dan panjangkan waktu pembakaran untuk memastikan biskut dimasak dengan sempurna.
RESIPI BISKUT KOPI : NORLIYANA HARUN, IG/FB : Dinda Delights
FOTO : NORLIYANA HARUN, Dinda Delights
ANDA SEDANG MENCARI OVEN PEMBAKAR BISKUT YANG TERBAIK, ATAU MENCARI PERKAKAS DAPUR YANG LAIN SECARA ONLINE, LAYARILAH DI SINI, ADA BANYAK PILIHAN DAN TAWARAN.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :