Setelah berhari-hari menikmati sajian bersantan dan berlemak sewaktu lebaran, pasti ramai yang sudah mula tercari-cari resipi yang ringkas tapi kaya dengan pelbagai rasa untuk disajikan buat suami dan anak-anak tercinta. Pemilihan sajian yang lebih segar dan ringkas membantu anda membuang rasa muak yang berlebihan.

Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Lemon adalah ‘pembantu’ yang memberikan kenikmatan yang anda inginkan dalam setiap sajian.

Biskut Lemon Yogurt & Tortilla Tuna. Menu Ringkas & Mudah Untuk Seisi Keluarga

Ditubuhkan di Perancis pada tahun 1967, Lactel adalah jenama tenusu nombor satu di negara tersebut yang menghasilkan produk tenusu berkualiti tinggi untuk pengguna di lebih dari 50 negara.

Dihasilkan dari susu, air dan kultur hidup, Lactel Yogurt ‘Set’ merupakan sumber kalsium terbaik untuk seisi keluarga. Nikmatinya begitu sahaja sewaktu sarapan atau olah mengikut selera anda dengan menambahkan hirisan buah-buahan segar dan juga bijirin. Enak sekali dan mengenyangkan.

Malah anda juga boleh menambah Lactel Yogurt ‘Set’ ke dalam masakan seperti Kari, Gulai, Rendang dan sebagainya bagi menggantikan santan. Asli dan rendah kandungan lemak. Setiap hidangan 100gm Lactel Yogurt ‘Set’ Asli hanya mengandungi 1.6gm lemak sahaja.

Biskut Lemon Yogurt & Tortilla Tuna. Menu Ringkas & Mudah Untuk Seisi Keluarga

Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Lemon juga dilabel dengan Logo Pilihan Lebih Sihat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah Lactel Yogurt ‘Set’ Asli tidak mengandungi gula tambahan menjadikan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli sebagai pilihan yang lebih sihat untuk anda dan keluarga.

Bagi penggemar manisan dan pencuci mulut, pelbagai sajian minum petang anda boleh hasilkan dengan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’. Teksturnya yang ringan dan lembut sesuai dipadankan dengan pelbagai hidangan.

IKLAN

Hasilkan sos salad enak berkrim dengan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli. Malah anda juga boleh menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Lemon untuk menghasilkan kek, muffin dan aiskrim ‘homemade’ buat anak-anak. Sangat mengujakan!

Biskut Lemon Yogurt & Tortilla Tuna. Menu Ringkas & Mudah Untuk Seisi Keluarga

Biskut Lemon Yogurt & Tortilla Tuna. Menu Ringkas & Mudah Untuk Seisi Keluarga

Penggunaan Lactel Yogurt ‘Set’ memberikan khasiat yang berganda buat anda sekeluarga. Jadi sempena Syawal ini, Lactel berkongsi keceriaan lebaran dengan berkongsi dua resipi ringkas dan mudah yang sangat membuka selera. Selamat mencuba!

Dapatkan Lactel Yogurt Set anda di pasaraya berhampiran atau pesanan atas talian menerusi aplikasi Happy Fresh atau Panda Mart.

 

IKLAN

TORTILLA TUNA

Biskut Lemon Yogurt & Tortilla Tuna. Menu Ringkas & Mudah Untuk Seisi Keluarga

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm kepingan tuna
  • 1 biji bawang – dicincang halus
  • 1 biji cili padi – hiris
  • 1 sudu teh paprika
  • 1/2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
  • 1 sudu teh jus limau
  • 2 sudu teh Lactel Yogurt ‘Set’ Asli

BAHAN B:

  • 2 keping tortilla
  • 2 biji tomato – hiris
  • Salad segar

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan bahan A di dalam mangkuk hingga sebati.
  2. Letak tortilla di atas pinggan. Susunkan sayuran, tomato dan campuran tuna.
  3. Gulung dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.

 

BISKUT LEMON YOGURT

Biskut Lemon Yogurt & Tortilla Tuna. Menu Ringkas & Mudah Untuk Seisi Keluarga

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega – dilembutkan
  • 100gm gula kastor
  • 2 sudu teh parutan kulit lemon
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1 biji telur (besar) – dipukul
  • 180gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Secubit garam
  • 1/4 cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli – dipukul
  • 40gm oat

BAHAN GLAZE:

  • 50gm gula serbuk
  • 2 sudu teh jus lemon
  • 1 sudu besar parutan kulit lemon – diparut halus

CARA MEMASAK:

  1. Pukul gula kastor dan mentega sehingga ringan dan kembang. Tambah parutan kulit lemon, jus lemon dan telur. Pukul hingga sebati.
  2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, gaul rata. Tambah campuran tepung ke dalam campuran mentega-gula seli dengan yogurt. Gaul rata selepas setiap tambahan.
  3. Letak 1 sudu campuran biskut di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak. Tinggalkan ruang antara biskut untuk mengembang.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 15 – 20 minit atau sehingga biskut berwarna keperangan. Biar sejuk di atas rak dawai.
  5. Dalam mangkuk kecil, satukan gula aising, jus lemon dan parutan kulit lemon menggunakan pemukul kecil hingga sebati.
  6. Sapu sadur lemon (glaze) ke atas biskut dan biar mengeras.

 

Nak dapatkan lebih banyak resipi menarik? Layari laman web LACTEL  dan cuba pelbagai menu mudah & enak untuk keluarga. 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI