Apa antara biskut raya yang menjadi kegemaran anda. Ada yang menggemari biskut tart dan tak kurang yang gemar biskut makmur. Sekali makan cair di mulut. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.Kalau ada yang nak mencuba dikongsikan resipi membuatnya.
Biskut Makmur Susu
Bahan-bahan:
Bahan doh:
4 cawan tepung gandum disangai hingga naik bau
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu tepung tak kisah brand apa
3 sudu besar buttercup / minyak sapi. Cairkan dulu dan tunggu sejuk
Minyak jagung secukupnya
Bahan inti Biskut Makmur:
500 gm kacang tanah sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar atau ditumbuk
Minyak jagung secukupnya
Cara membuat:
1.Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
2.Campurkan tepung gandum bersama gula kastor, butter/minyak sapi yang dah dicairkan (pastikan butter/minyak sapi dah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
3.Masukkan sikit-sikit minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
4.Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
5.Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
6.Campurkan dengan sedikit minyak jagung atau mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
7.Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
8.Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
9.Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing.
10.Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.
Kredit: Nora Afida
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official