
Salah satu biskut raya yang otai adalah Biskut Mazola. Rasa manis berkacang tu memang sangatlah sedap. Biskut mazola sekarang ni ada macam-macam bentuk. Tapi yang paling legend mestilah yang bentuk bulat siap berkacang di atasnya. Jom try buat. Nanti nak raya boleh buat.
BISKUT MAZOLA
Bahan-bahan
• 1 cawan kacang tanah dikisar
• 3/4 cawan gula aising
• 2 cawan tepung gandum
• Sedikit garam
• 3/4 cawan minyak masak
• Sebiji kuning telur
• Pewarna kuning
Caranya
1. Satukan bahan kering iaitu kacang, gula aising, tepung gandum dan garam. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Bentukkan mengikut acuan kesukaan. Sapukan kuning telur dan hias dengan lebihan kacang.
4. Bakar pada suhu antara 160°C hingga 180°C selama 20 minit.
Resipi Oleh Nur Fuziana Saad dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Coklat Moist Sedap & Gebu. Ikut Resipi Ni Pasti Jadi

Isi Kandungan
ToggleSedapnya Kek Coklat Moist Kukus ni. Anda nak cuba? Saudari Hazila Baharudin ada kongsikan resipi yang sangat mudah dan terbaik. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap terutamanya bila dimakan. Lihatlah limpahan coklatnya, mewah kan? Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Pasti tak menyesal punya.
RESIPI COKLAT MOIST PALING SEDAP, MUDAH & GEBU

BAHAN A:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak
BAHAN B:
1 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu kecil baking powder – beli online disini
1 sudu kecil soda bikarbonat – beli online disini
BAHAN C:
3 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanilla – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Campur semua bahan A. masak di atas api kecil hingga larut dan sebati. Bila sudah sebati, tutup api.
2. Satukn semua bahan B. Ayak.
3. Untuk bahan C, satukan dan pukul hingga kembang.
4. Masukkan bahan A ke dalam bekas lain. Masukkan juga bahan B dan C secara selang seli. Adun guna whisk hingga sebati.
5. Bila sudah sebati, kalau rajin tapis adunan yang sudah siap ni. Kalau tak tapis pun tak apa.
6. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.
7. Masa kukusan bergantung kepada bekas. Jika guna bekas yang paling kecil, kukus selama 10 minit. Bekas saiz sedang, kukus selama 15-17 minit. Jika bekas besar, kukus selama 40-45 minit.
8. Untuk tahu kek sudah masak atau tidak, cucuk dengan lidi. Jika lidi kering, tandanya telah masak.
9. Jika nak bakar pun boleh. Bakar pada suhu 180c menggunakan Teknik waterbath selama 40 minit menggunakan api atas bawah.

BAHAN TOPPING
1 cawan koko – beli online disini
1 cawan susu pekat manis – beli online disini
1 cawan minyak
1/2 cawan susu cair – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan dan masak guna teknik double boil. Jika nak lagi meleleh, tambahkan lagi sedikit susu cair.
2. Padam api dan bolehlah dituang pada kek.
Kredit resipi & foto: Hazila Baharudin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kek Coklat Sunquick Rasa Unik, Nak Buat Pun Senang

Selalu kita dengar kek coklat vanila kan? Kali ni kita buat kek cokat sunquick pula. Rasanya mesti unik sebab ada rasa coklat dan masam manis oren sunquick. Jom try.
KEK COKLAT SUNQUICK
BAHAN-BAHAN
• 1 cawan air suam.
• 1 cawan minyak masak
• 1 setengah cawan tepung gandum
• Coklat masakan (diparut)
• Coklat chips (untuk hiasan)
BAHAN DIKISAR
• 4 biji telur.
• 1 cawan gula
• 4 sudu besar susu pekat manis
• 4 sudu besar serbuk koko
• 4 sudu besar sunquick
• 1 sudu besar ovelet
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 sudu kecil coklat emulco
Cara membuat
1. Satukan semua BAHAN DIKISAR. Kemudian putar guna mixer sampai gebu. Masukkan air suam dan minyak masak. Putar lagi sampai sebati.
2. Masukkan tepung gandum. Putar sebati. Kemudian tuang parutan coklat masakan tadi di dalam bancuhan tepung. Hanya perlu kaup-kaup sahaja dengan sudip.
3. Tuang dalam acuan. Acuan perlu sapu minyak masak.
4. Tabur coklat chips.
5. Kek ini boleh dibakar atau dikukus.
6. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit. Tepulang pada oven masing-masing.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Masni Bahari dari Telegram KakiMakan
Resipi Biskut Red Pearl Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Biskut Red Pearl ni adalah salah satu resipi biskut yang jadi kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan mudah dihasilkan. Campurannya sangat mudah. Ada emping jagung, cip coklat, hirisan badam. Malah tak perlu cetak guna acuan pun. Sesuai sangatlah bagi anda yang baru berjinak-jinak nak buat biskut ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Eka Zahra ni. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT BISKUT RED PEARL YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN (ANGGARAN 30 KEPING):
150gm mentega – biar pada suhu bilik (beli online disini)
75gm gula kastor (beli online disini)
150gm tepung gandum (beli online disini)
50gm cornflakes (beli online disini)
50gm cip coklat (beli online disini)
25gm almond strips @ nibs – almond strips kena sangai sekejap (beli online disini)
1 sudu teh esen vanilla (beli online disini)
Ceri merah dihiris memanjang atau dadu (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega dan gula kastor. Gaul menggunakan senduk kayu sahaja hingga sebati dan rata. Jangan pukul hingga kembang nanti biskut jadi kembang dan leper selepas dibakar.
2. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan cornflakes, cip coklat, almond strips @ nibs dan esen vanilla. Gaul semua hingga sebati dan rata.
4. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Letak hirisan ceri merah di atasnya.
5. Bakar pada suhu 170°C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
6. Bila biskut sudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Eka Zahra
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Wool Roll Bread. Roti Homemade Viral Yang Sangat Sedap & Lembut
Resipi Popia Sira Sambal Mudah & Sedap Macam Dekat Pasar Malam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official