Biskut Mazola adalah salah satu biskut lama yang popular dan menjadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya pun semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi Biskut Mazola yang enak, resipi perkongsian saudari Hardina Sofia ini salah satu yang perlu dicuba.
RESIPI BISKUT MAZOLA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh baking powder – beli online disini 2 cawan kacang tanah kisar – kacang tanah digoreng dulu tanpa minyak kemudian dikisar – beli online disini 3/4 cawan gula kastor – beli online disini Minyak jagung / minyak mazola secukupnya – beli online disini
BAHAN HIASAN: Bancuhan kuning telur Kacang tanah
CARA MEMASAK: 1.Dalam bekas bersesuaian, satukan campuran tepung gandum, kacang tanah kisar dan gula. Sebatikan. 2. Panaskan minyak Mazola di dalam kuali. Kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi. 3. Gaul adunan menggunakan senduk. Bila telah sejuk, barulah diuli menggunakan tangan. 4. Bentukkan doh mengikut cita rasa masing-masing. Susun dalam loyang pembakar. 5. Sapukan bancuhan kuning telur di permukaan biskut dan hiaskan dengan kacang.
6. Bakar Biskut Mazola pada suhu 160c selama 20-25 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. 7. Bila sudah masak, sejukkan biskut terlebih dahulu di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi penggemar hidangan Pais Ikan, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nur Suhadah Sanusini. Sangat ringkas namun membuka selera. Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur. Nak masaknya pun mudah. Boleh bakar guna Air Fryer, magic pan atau kukus. Tapi menurut empunya resipi, rasanya lebih enak jika dibakar. Apa pun, terpulang pada cita rasa masing-masing nak menikmatinya dengan cara bagaimana. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI PAIS IKAN KEMBUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
12 ekor ikan kembung saiz kecil – jika guna ikan saiz besar. Boleh ubah kuantiti bahannya
Daun kunyit – dimayang halus
Bunga kantan – dimayang halus
Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR HALUS (kisar dengan sedikit air sahaja):
CARA MEMASAK: 1. Ikan disiang dan dibersihkan. Pada masa yang sama, satukan bahan yang dikisar halus bersama daun kunyit dan bunga kantan. Sebatikan.
2. Sumbat ikan dengan campuran bahan kisar tadi. Balut ikan menggunakan daun pisang. Perap selama 1-2 jam.
3. Bakar ikan menggunakan air fryer pada suhu 180C selama 10 minit untuk setiap bahagian. Boleh juga masak ikan menggunakan pemanggang ajaib atau dikukus. Namun lebih sedap jika dibakar.
4. Angkat dan Pais Ikan Kembung sedia untuk dinikmati.
Sedapnya Ikan Celup Tepung. Dapat cicah panas-panas dengan sos, pergh..memang berebut. Seekor memang tak cukup. Biasanya resipi bancuhan Ikan Celup Tepung memerlukan kapur tetapi Cikgu Afy Al Habibi kongsi resipi yang tak perlu guna kapur tapi hasilnya tetap rangup. Selain celup ikan, boleh juga resipi sama untuk masak pisang goreng cara orang Kelantan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
2 sudu besar telur (seeloknya guna kuning telur sahaja)
1/2 cawan kecil air sejuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air sejuk dalam bekas.
2. Adun rata semua bahan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ia penting untuk menghasilkan gorengan yang cantik.
4. Bila minyak masak betul-betul panas, celup ikan, udang atau sotong ke dalam adunan tepung. Goreng.
5. Guna api yang besar di awal gorengan kemudian biar pada kepanasan sederhana.
6. Bila gorengan sudah mula mengeras, balikkan supaya masak sekata dikedua-dua belah.
7. Semasa menggoreng, serdak tepung akan lebih cepat garing berbanding, ikan, udang dan sotong. Jadi anda boleh ceduk kerak terlebih dahulu guna senduk berlubang dan toskan.
8. Untuk menghasilkan serdak tepung yang banyak, boleh renjis baki adunan dengan emnggu akan penyepit. Teknik ini boleh menghasilkan serdak tepung yang halus dan rangup.
9. Ikan, udang dan sotong celup tepung sedia untuk dinikmati bersama nasi kerabu ataupun dicicah bersama sos pilihan.
Resipi ikan bakar asam jawa ini memang terbaik. Rasa masam, manis, pedas dan sedikit berasap membuatkan siapa saja akan teringat-ingat keenakannya. Tak perlu lagi air asam sebab pes asam jawa ini sudah cukup berperisa dan menyelerakan. Nak jugak, hidangkan bersama kicap dan cili potong saja. Memang mantap!
Resipi Ikan Bakar Asam Jawa
Bahan-Bahan
Ikan cencaru atau ikan siakap (dibersihkan dan dibelah belakang)
5-6 sudu besar pes asam jawa
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung (tanpa campur air)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Gula perang secukup rasa (untuk seimbangkan rasa masam dan manis)
Cara Penyediaan Ikan Bakar Asam Jawa
Bersihkan ikan cencaru atau siakap, kemudian lumur dengan sedikit garam. Ketepikan sebentar.
Dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan seperti pes asam jawa, cili kisar, sos tiram, kicap manis, kicap pekat dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.
Rasa pes ikan bakar asam jawa ini pastikan seimbang antara masam dan manis. Jika terlebih masam, tambah sedikit gula perang.
Sumbatkan pes ke dalam perut ikan secukupnya supaya rasa meresap sempurna. Kemudian balut dengan daun pisang.
Letakkan sedikit minyak ke dalam pemanggang ajaib atau kuali non-stick. Susunkan ikan dan bakar hingga masak sempurna di kedua-dua belah.
Sedia untuk dihidang bersama nasi panas, kicap dan cili potong. Nikmat masam-manis resipi ikan bakar asam jawa ini pasti memikat selera.
Tip Ekstra
Gunakan ikan segar supaya isi ikan kekal lembut dan manis.
Pes asam jawa sebaiknya mempunyai rasa masam-manis yang seimbang. Gula perang membantu menaikkan aroma dan warna ikan bakar.
Kalau suka lebih pedas, boleh tambah hirisan cili padi semasa penyediaan pes.
Untuk aroma lebih wangi, boleh bungkus ikan dengan daun pisang sebelum dibakar.