Tiap kali raya, biskut raya jadi kemestian. Bila dah teringin tak usah tunggu raya, bila bila pun boleh buat. Hari ni kita share resipi biskut Mazola SuiSan Aliezsha . Sedapnya biskut ni sekali kunyah rasa cair jer dalam mulut.
BISKUT MAZOLA
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum (saya guna cap ros)
Kacang tanah bersihkan buang dulu kalau ada habuk. Sangai tanpa minyak ye,jangan terlalu hangus nanti kuih bau hangit sebab nanti kita akan bakar semula,kalau boleh biar putih-putih asalkan garing,kena jaga api dan kacau selalu, dah sangai biarkan seketika buang kulit kemudian blend sampai lumat (saya beli 1kg dibahagi dua, anggaran setengah kilo digunakan)
Ads
500g minyak Mazola (bak kata mak tak guna minyak tu tak sempurna biskutnya)-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan setengah gula halus (diblend sampai lumat)
1 sudu besar soda bikarbonat (diayak bersama tepung gandum)-BELI ONLINE DI SINI
Kuning telur dan pewarna kuning telur
Cara membuat:
1.Satukan tepung,kacang,gula.Gaul sehingga sebati.
2.Masukkan sikit demi sedikit minyak Mazola. Gaul sehingga jadi doh.(minyak 500g tu tak habis saya guna ada berbaki lebih kurang 3,4 sudu.
3.Kemudian biarkan rehat seketika,canaikan tekap pakai acuan yang korang suka.Saya biasa guna tutup botol.
Ads
4.Kemudian sapu permukaan atas dengan kuning telur.
5.Alaskan loyang dengan kertas minyak bakar.
6.Bakar pada suhu 170° selama 25 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Buat kek ni kalau tidak kena cara, tidak menjadi. Bak kata yang mahir jangan derhaka dengan resepi. Ikut sukatan yang betul gerenti menjadi. Walau banyak kek moden yang ada, kek orang lama tetap disukai ramai. Resipi yang dikongsikan ini hanya dibakar menggunakan dapur gas sahaja, tetapi rupa bentuk dan hasilnya tetap gebu.
KEK PLANTA
Bahan-bahan: 1 cawan planta/majerin 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula pasir ½ cawan susu sejat/cair 4 biji telur (gred b) 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar esen vanila
Cara membuat: 1.Pukul/mixer telur dan gula sampai kembang(putih)- tak digalakkan pakai blender sebab majerin susah nak kembang kalau blender. 2.Masukkan majerin/planta.Adun lagi sampai kembang. Masukkan susu sejat.Adun lagi. 3.Masukkan tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dan esen vanila. Adun sekali biar sebati. 4.Dah siap adun semuanya,bahagi adunan kepada dua bahagian. Adunan 1 saya campur dengan serbuk koko dua sudu besar, kacau sebati Adunan 2 kosong saja(warna putih) 5.Sapu loyang dengan majerin,masukkan adunan selang seli ikut kreativiti masing-masing. 6.Bakar dalam 35-40 minit guna dapur gas.Guna api perlahan.
Biarpun tanpa telur dan gula, biskut keju ini sangat sedap dan rangup. Jika anda tidak suka manis, inilah biskut yang wajib anda cuba. Rasa lemak-lemak masin biskut ini menyebabkan anda tidak rasa muak bila makan lebih. Pendek kata boleh layan satu balang ni. Daripada membeli korang yang suka, boleh buat sendiri biskut ini kerana ia sangat mudah membuatanya.
Hari raya tinggal beberapa hari lagi. Sempat lagi nak membuat biskut raya ni. Boleh juga bawa pulang ke kampung nanti. Sedapnya Biscoff almond crunchy, rangup-rangup badam, wangi biscoff gerenti tak cukup satu.
Almond Biscoff Crunchy
Bahan-bahan:
500gm mentega
60gm shortening
300gm gula perang
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
200gm biscoff spread
Adun sebati dalam volume slow
Campur
100gm tepung jagung
150gm nestum kisar kasar
1 sudu besar emplek
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar cream of tartar
1 sudu besar soda bikarbonat
60gm susu tepung (nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa)
500gm tepung gandum
300gm badam nibs (sangai dulu, bagi rangup)
200gm butterscotch coklat cip
250gm biscoff crumble
Adun hingga sebati.
Jemput adunan besar duit 5 kupang, tekan dengan garpu bagi ada corak.
Kemudian bakar pada suhu 180c selama 25-30minit atau hingga masak. Ikut oven masing-masing.
Bahagian pedal dan hati ayam memang ramai peminatnya. Selain enak digoreng kunyit, ia juga boleh dimasak sambal garing manis.
Untuk memasak pedal dan hati masak sambal garing manis ini dua bahagian ayam ini direbus dan dihiris nipis dulu.