Kecoh pakat duk cuba buat Biskut Susu Alien. Macam-macam rupa ada. Ada yang leper, ada yang senget macam naik roller coaster, macam-macam rupa! Ni ada resipi baru yang boleh dicuba. Biksut Meringue Cute. Comel! Guna dua bahan je. Anak-anak pasti suka. Sesuai juga dijadikan buah tangan untuk majlis-majlis istimewa.
BISKUT MERINGUE CUTE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm telur putih
- 200gm gula kastor
- Pewarna pilihan (jika suka)
CARA MEMASAK:
- Satukan putih telur dan gula dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kental. ( bila terbalikkan bekas, adunan tak jatuh.)
Jika suka, boleh titiskan sedikit pewarna pilihan. Kaup balik hingga rata. Jika tidak suka, boleh sahaja kekalkan dengan warna asal. - Masukkan adunan meringue ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper. Bentuk biskut ikut kreativiti anda.
- Bakar pada suhu 100C selam 60 minit.
- Setelah siap, boleh lukiskan mata dan mulut pada biskut menggunakan edible pen.
Kredit resipi & foto: Noor Rabi Atul Adawiyah