
Biskut Milo Rangup atau Milo Cookies ni adalah salah satu biskut mudah dan sedap yang anda boleh cuba. Tidak menggunakan banyak bahan serta kaya dengan rasa coklat. Kanak-kanak pasti suka. Bagi yang nak cuba resipi perkongsian saudari Ahriany Ahmad ni, jom lihat bahan-bahannya.
RESIPI BISKUT MILO RANGUP
BAHAN-BAHAN :
- 250gm mentega
- 110gm gula perang
- 1 biji telur gred A
- 185gm serbuk Milo
- 2 sudu teh esen vanilla
- 500gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata.
3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.


5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto: Ahriany Ahmad
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI BISKUT-BISKUT LAIN:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kek Zebra Putih Telur Paling Mudah, Sedap & Gebu.

Sedapnya Kek Zebra Putih Telur ni atau tajuk asal dalam bahasa Indonesianya dipanggil Bolu Zebra Putih Telur. Nampak gebu dan sedap kan? Malah, bahan-bahannya nampak mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida dari IG @fridajoincofee ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK KEK ZEBRA PUTIH TELUR

BAHAN-BAHAN:
250gm putih telur ( guna lebih kurang 7 biji telur)
120gm gula pasir
1/2 sudu teh emulsifier (SP) – boleh didapati di kedai menjual alatan kek)
100gm tepung gandum protein rendah (tepung halus @ tepung superfine)
15gm susu tepung
15gm tepung jagung
100gm mentega cair
10gm serbuk koko
Pes mocha secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Pukul putih telur, gula pasir dan SP sehingga kembang dan kental.
2. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung yang telah diayak. Kaup balikkan hingga rata.
3. Masukkan mentega cair yang sudah disejukkan pada suhu bilik. Kaup balikkan lagi hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian ditambah dengan pes mocha, satu bahagian dicampur serbuk koko dan satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.

5. Ambil loyang, oles marjerin dan tabur sedikit tepung bagi mengelakkan kek melekat.
6. Tuang satu sudu makan adunan secara berselang-seli. Lakukan hingga kesemua adunan habis.

7. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak.
8. Keluarkan kek dan sejukkan sebelum dipotong dan dinikmati

Kredit resipi & foto: IG Mak Frida ( fridajoincoffee)
Popular Dari A.S Kek Hummingbird Super Sedap, Ramuan Kekacang Dan Buah-buahan

Min cukup tertarik dengan resipi Kek Hummingbird dari Nor Azlita Abdul Aziz dalam blognya Azlita Masam Manis , lebih dikenali sebagai Ita . Resipinya sudah diubahsuai mengikut citasa keluarga dan dikurangkan penggunaan gula untuk mengurangkan rasa manis.
Menurut catatan Azlita atau lebih dikenali sebagai Ita, kek ini cukup popular di Amerika Syarikat dan cukup diminati di sana. tapi sebenarnya ia berasal dari Jamaica lewat tahun 60 an.
Menariknya sejarah kek ini nama asalnya adalah Doctor Bird Cake, ia kemudiannya dinamakan Hummingbird bertepatan dengan pemakanannya yang menghisap madu. Jadi kek ini rasanya manis dengan ramuan daripada buah-buahan dan kekacang menjadikan ia sangat enak untuk dinikmati.
Menurut Ita lagi untuk menghasilkan kek ini anda tidak memerlukan mesin pemutar @ mixer. Bahan-bahan hanya perlu di adun sebati sahaja.. tapi hasil kejadian kek cukup hebat dan lazat tak terkata. Pada ita pula penyediaan kek ini lebih mirip kepada kek karot.

Dalam resipi ini Itaa tak menggunakan karot atau lobak merah , sebaliknya mengantikan dengan pisang. Badam pula di gantikan dengan kacang pecan atau kekacang lain yang di rasakan bersesuaian.
Resipi asal boleh sahaja diambil dari Joy of Baking, tetapi resipi Ita ini sesuai bagi mereka yang mahukan kek yang sederhana manis bak kata Ita sedang-sedang aje.
HUMMINGBIRD CAKE

BAHAN-BAHAN :
- 100 gm kacang pecan | Ita campur 50 gm pecan dan 50 gm walnut
- 390 gm tepung gandum
- 300 gm gula halus | resepi asal 400 gm
- 1 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk cinamon
- 3 biji telur | saiz A
- 180 ml minyak jagung
- 1 1/2 sudu teh esen vanilla
- 227 gm nenas dalam tin | tak perlu toskan
- 400 gm pisang masak ranum
CARA MEMASAK :
Cara buat kek :
1.Kacang pecan walnut dibakar dahulu dalam oven pada suhu 170 selama 8 minit.Ita guna dua kacang iaitu pecan dan walnut

2. Bila dah bakar sejukkan sebentar kemudian di cincang kasar
3. Pisang pula ita guna pisang montel , yang masak ranum. Kemudian lenyek halus.

4. Nenas pula ita jangan ambil semua airnya , ita cuma ambil 2 sudu besar besar sahaja , tapi nenas tu ita tak perah. Kemudian nenas pun di cincang, dan campurkan dengan 2 sudu besar air nenas dari tin.

5. Untuk mudah sediakan kek ini, asingkan bahan kering iaitu, tepung, gula, garam, soda dan serbuk cinamon. Tepung, serbuk cinamon, soda dan garam disatukan dan ayak.

6. Bahan basah pula seperti telur, minyak jagung dan esen satukan dalam satu bekas yang lain.

7. Satukan telur, minyak jagung dan esen vanila dalam satu bekas dan pukul dengan wisk hingga sebati sahaja.
8. Kemudian kita masukkan nenas cincang, dan pisang lenyek tadi, gaul rata. Bila sebati masukkan gula dan gaul lagi
9. Kemudian masukkan bahan kering ( tepung , serbuk cinamon, garam dan soda ) yang telah diayak tadi. Gaul hingga sebati.
10. Akhir sekali masukkan kekacang pecan dan walnut yang telah cincang.
11. Sediakan 2 loyang 8 inci, lapik loyang dengan kertas minyak dan oleskan dengan mentega. Tuangkan adunan ke dalam kedua-dua loyang tersebut sama banyak.

12. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 180 C selama 30 ~ 45 minit bergantung pada kepanasan ketuhar masing-masing
13. Bila dah masak, cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek, jika lidi kering , ini bermakna kek telah masak sepenuhnya. Angkat dan letakan kek atas redai hingga sejuk sepenuhnya.
14. Sementara kita tunggu kek sejuk, sediakan Krim kejunya pula
KRIM KEJU PECAN

* gandakan adunan ini untuk lapisan dalam dan sapu keseluruhan kek
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm krim keju
- 30 gm mentega tanpa garam
- 60 gm gula aising | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh pes lemon
- Pecan Croqan
Bahan pecan croqan :
- 100 gm pecan di cincang
- 100 gm gula
- 20 gm mentega
Cara buat pecan croqan:
- Masukkan pecan, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan pecan dan nampak kuning keemasan.
- Tutup api dan masukkan mentega. Kacau rata hingga ia berderai dan sejukkan.
Cara buat krim keju :
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
- Tambahkan mentega, esen vanilla dan pes lemon.
- Pukul adunan hingga sebati, akhir sekali masukkan pecan croqan yang telah sejuk
* Kalau tak nak gaul sekali , tabur semasa layer atas kek pun boleh
KARAMEL SOS

BAHAN-BAHAN :
- 113 gm mentega
- 120 gm whipping cream Dairy
- 3 sudu besar air
- 60 ml sirap jagung
- 200 gm gula halus
Cara Buat Karamel Sos :
- Masak gula dan air hingga perang
- Tambahkan sirap jagung syrup dan masak lagi
- Kemudian masukkan whipping cream dan gaul rata
- Bila dah pekat, tutup api dan masukkan mentega
Cara melayerkan kek
- Kek yang telah sejuk sepenuhnya kita potong setiap kek kepada 2 keping. jadi semuanya akan ada 4 keping kek.
- Letakkan kek atas lapik kek, sapukan krim keju yang telah kita sediakan tadi rata
- Ulang proses yang sama hingga habis
- Salutkan keseluruhan kek dengan krim ,simpan kek dalam peti ais hingga keras sebelum dihias.
- Hiaskan dengan sos caramel, ikut hiasan yang anda sukai. Sedia untuk dihidangkan.an
Sumber resipi dan foto : Nor Azlita Binti Abdul Aziz
https://norazlitaaziz.blogspot.com/
blog Azlita Masam Manis, IG @azlitaaziz
Cheesekut Coklat Nestum Dessert Mudah, Disukai Ramai

Apa menu minum petang anda hari ini? Sesekali lidah terasa nak makan dessert yang mudah dan disukai ramai. Boleh cuba buat Cheesekut Coklat Nestum hasil perkongsian saudari Izanizawati Ismail.Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah. Dessert ni tak boleh makan banyak sekali hadap sebab muak. Dapat sepotong pun dah puas rasanya.
Cheesekut Coklat Nestum

Bahan-bahan:
1 paket Cream Craker HupSeng (guna deluxe cracker lebih afdal)
250gm Cream Cheese
1 paket Nestum original
1 tin susu cair
1 cawan krimer manis coklat SAJI
1/2 cawan gula kastor (lebihkan jika suka manis)
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:
- Pukul cream cheese, krimer manis coklat SAJI, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
- Masukkan 3 sudu besar serbuk koko yang diayak terlebih dahulu dan pukul hingga sebati.

- Masukkan 3 sudu besar susu cair dan kacau guna spatula. (Susu cair dimasukkan kerana adunan cream cheese sedikit kental kerana ditambah serbuk koko. Lebihkan susu cair jika suka cheese meleleh)

- Panaskan susu cair dan tambah 2 sudu besar serbuk koko (supaya serbuk koko senang larut). Tapis jika perlu dan sejukkan sebentar.

- Tuangkan susu cair tadi dalam bekas supaya senang untuk dicelup. Celup cracker satu persatu dan susun dalam loyang. Sudukan 4 sudu besar cream cheese dan ratakan. Taburkan nestum secukupnya. Ulang langkah hingga habis.

- Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.
Kredit: Izanizawati Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

