Sekarang ni, orang buat biskut dan makan biskut bukan time raya sahaja. Bebila masa rasa teringin, memang akan buat. Ada juga yang menjual biskut raya ni sepanjang tahun. Permintaan tak pernah surut. Malah selalu juga biskut ini dijadikan hadiah atau buah tangan bagi tetamu yang datang ke majlis perkahwinan. Nah, RASA berikan resipi Biskut Nescafe Badam untuk anda.
biskut nescafe badam fb.
BAHAN A
• 1 cawan mentega
• 1 cawan gula perang
• 1 biji telur grade A+
• 2 sudu besar susu tepung
• 1 sudu kecil Nescafe
BAHAN B
• 2 cawan tepung gandum serba guna
• 3 camca besar tepung jagung
• 1 camca teh baking powder
BAHAN C
• 3/4 cawan badam
• 1/4 cawan coklat chip
CARA MEMBUAT
1. Satukan Bahan A dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan Bahan B dan gaul rata.
3. Akhir sekali masukkan Bahan C.
4. Gaul sehingga semua bahan sebati.
5. Sudukan dalam dulang ikut bentuk yang disukai. Bakar pada suhu 170°C sehingga keperangan.
Resipi Oleh Siti Zahrah Bistamam dari Telegram KakiMakan