Biskut Nestum Crunchy ini anak-anak gerenti suka. Silap haribulan, sekali hadap je dah habis. Inikan anak-anak, orang dewasa pun suka. Mungkin boleh dijadikan salah satu biskut raya nanti. Simpan resipi ini siap-siap ye.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Faizah Arzmi ini ye. Taklah susah sangat dan bahan yang diperlukan juga taklah banyak sangat. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik untuknya.
Selamat mencuba.
500 gram Nestum nestle original
1 kg milk Beryls coin – boleh beli online di sini
2 sudu besar cocoabutter
1/3 cawan minyak masak – boleh beli online di sini
Cairkan secara double boiling coklat Beryls, cocoabutter dan minyak masak. Kacau sentiasa sehingga cair. Kemudian biarkan ia menyejuk sehingga 15 minit ke suhu bilik.
Masukkan nestum ke dalam bekas/besen, kemudian tuangkan coklat yang telah cair, gaul sehingga semua dah bersalut elok.
Gaul kena lama sikit biar sebati elok. Tapi kena pastikan ia jangan, adunan mesti basah sedikit ( lebih coklat).
Kemudian masukkan Nestum yang telah digaul coklat ke dalam coklat gold box..( rujuk gambar). Tekan-tekan ia biar mampat.
Masukkan ke dalam peti sejuk beku. Biarkan sehingga ia keras elok. Anggaran lebih kurang 20-30 minit. Apabila dah keras, tekan box biarkan biskut keluar elok. Siap untuk makan. Boleh simpan di dalam bekas bertutup kedap udara. Selamat mencuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official