Bila dah bersama dengan ahli keluarga di rumah, kena fikir kudapan jugak. Usah keluar beli jajan, buat oreo cookies ajak anak-anak sekali. Dah tak payah keluar semata-mata nak beli biskut.

Istimewanya oreo cookies ni rangup dan enak dengan biskut oreo dan coklat cip. Menu biskut ini telah disediakan oleh Chef Pastri, Chef Mohd Shafeeq Shahrom Nuwi, dari Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor

IKLAN

OREO COOKIES

BAHAN-BAHAN :

IKLAN

1 cawan tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan mentega tanpa garam | lembut dengan suhu bilik
1/4 cawan shortening
1/4 cawan gula halus
1/3 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1 cawan coklat cip | kurang manis
28gm biskut mini Oreo | dihancur kasar

CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven dengan suhu 350 darjah Fahrenheit.
2. Masukkan oreo ke dalam beg plastik, hancurkan kasar.
3. Ayakkan tepung dengan serbuk penaik dan garam, ketepikan
4. Ambil mangkuk dan pukul mentega dengan shortening, masukkan esen vanila dan gula. Pukul hingga ringan dan gebu.
5. Masukkan telur dan kacau sebati.
6. Campurkan adunan bahan kering (campuran tepung) ke dalam mangkuk ini. Masukkan coklat cip dan oreo, gaulkan sekali.
7. Sediakan dulang pembakar beralas kertas minyak (baking sheet) , susunkan adunan menggunakan sudu bulat di atas dulang pembakar dan jarakkan 2 inci.
8. Bakar 10-12 minit atau perang keemasan di keliling biskut.

Saiz Hidangan : 30 biji
Waktu memasak : 12 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Biskut rangup dengan ramuan biskut oreo
Anggaran kos : RM 12

INFO CHEF : Simpan adunan doh dalam ‘chiller’ lebih kurang sejam untuk mengekalkan kerangupan biskut.

Resipi : Hotel Crystal Crown, PJ.
CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Biskut Badam Paling Enak & Rangup, Sedap, Sihat & Cantik.

VIDEO NI PUN MENARIK JUGA :