
Min cukup suka biskut suji badam ni, buatnya dahlah senang, rasanya rapuh dan cair di mulut. Gabungan serbuk badam dengan minyak sapi @ghee memang gerenti sedaplah. Lemak dan rangup.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Maria Bentalib dalam FBnya. Eh ringkas sungguh bahannya. Kalau nak beli sebalang, 50 keping aje mahu sampai RM20 nih. Ada jugak yang jual RM30 , perrgh boleh tahan jugak harganya kan. Buat sendiri lagi puas hati.
BISKUT SUJI BADAM

Bahan bahan:
- 1kg tepung gandum
- 300gm gula kastor
- 400gm ghee @ minyak sapi
- 100gm serbuk badam
Langkah Memasak:

- Pukul gula dengan minyak sapi terlebih dahulu.

- Kemudian baru masukkan tepung gandum dan serbuk badam.
- Bakar pada suhu 160 darjah Celsius, panaskan dahulu oven dan bakar selama 30 minit.

Senangkan, biskut yang mudah-mudah ni buat sendiri aje. Jimat sikit belanja kan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kek Sedap Rasa Dan Disukai Ramai

Buat yang suka makan dan buat kek, kena tahu cara-cara mudah untuk membuatnya. Untuk mentega, margerin dan telur yang akan digunakan, simpan di dalam suhu ruang. Pembuatan kek harus sesuai mengikut sukatan dalam resipi. Tak boleh main agak-agak seperti kita masak lauk pauk. Timbang bahan dengan tepat barulah kek menjadi dengan elok dan enak rasa.

KEK OREN BIJI POPI
BAHAN KEK:
- 5 biji telur gred A
- 300gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
- 300gm cawan tepung gandum
- 200gm gula kastor
- 3/4 cawan perahan jus oren
- ¼ cawan susu segar
- 2 sudu makan parutan kulit oren
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanila
- 70gm biji popi
BAHAN ISING CREAMCHEESE:
- 200gm gula ising | ayak
- 150gm creamcheese | dilembutkan pada suhu bilik
- 150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung gandum serbuk penaik. Ketepikan.
- Campurkan jus oren, susu dan esen vanila di dalam mangkuk. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren dan biji popi. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu, kacau sebati. Kemudian masukkan campuran tepung dan susu secara berselang seli, bermula dan diakhiri dengan tepung.
- Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
- Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
- Untuk membuat ising; Pukul mentega dan creamcheese hingga sebati. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati. Masukkan esen vanila.
- Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan aising di atas lapisan kemudian letakkan lapisan kek yang kedua. Salutkan kek dengan lebihan ising, atau boleh terus dihidangkan tanpa disalut (naked cake style). Hias dengan isi buah oren.

KEK PISTACHIO DAN KARAMEL MASIN
BAHAN KEK:
- 3 biji telur gred A
- 200gm gula kastor
- 250ml minyak jagung
- 250ml susu segar
- 350gm tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh esen vanila
- 70gm kacang pistachio | hancurkan kasar
BAHAN KARAMEL MASIN:
- 200g gula
- 3 sudu makan air
- 90g mentega | potong kiub
- 120ml krim (whipping cream/heavy cream)
- 1 sudu teh garam
BAHAN ISING BUTTERCREAM:
- 150gm gula ising | ayak
- 150gm lemak sayuran (shortening)
- 150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ayak dan ketepikan.
- Pukul telur, gula kastor dan garam hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan susu dan minyak jagung perlahan-lahan.
- Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan paling perlahan hingga adunan sebati. Jangan pukul terlalu lama.
- Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
- Taburkan kacang pistachio ke adunan kek. Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
- Untuk membuat ising; Pukul kesemua bahan kecuali esen vanila hingga kembang. Masukkan mentega kacang, putar sehingga sebati.
- Untuk membuat karamel masin; Masak gula, garam dan air di dalam pan yang mempunyai dasar yang tebal di atas api sederhana. Masak hingga gula berwarna perang.
- Masukkan mentega perlahan-lahan. Karamel akan berbuih apabila mentega dimasukkan. Kacau dengan laju dan berhati-hati hingga mentega cair sepenuhnya. Masukkan krim dan teruskan mengacau selama seminit. Angkat dan sejukkan.
- Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan ising di atas lapisan kemudian taburkan kacang pistachio. Ulang langkah ini dengan satu lagi lapisan kek, ising dan kacang.
- Salutkan kek dengan lebihan ising. Sudukan karamel di atas kek. Hias dengan kacang pistachio.

KEK COKLAT PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 110gm coklat putih | cairkan
- 90gm coklat putih | cincang halus
- 227gm mentega
- 350gm gula kastor
- 5 biji telur
- 2 sudu teh esen vanila
- 350gm tepung
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- ¼ sudu teh baking soda
- 225gm yogurt
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
- Tapiskan tepung, serbuk penaik, garam dan baking soda bersama.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
- Masukkan coklat putih yang telah dicairkan.
- Masukkan adunan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul perlahan sekadar sebati.
- Tuangkan pada loyang separa penuh. Taburkan coklat putih yang dicincang. Penuhkan loyang dengan adunan selebihnya.
- Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak.
- Hiaskan dengan buah strawberi untuk lebih menarik.

KEK COKLAT KACANG HAZEL
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kacang Hazel | dibakar dan dikisar halus menjadi serbuk seperti tepung
- 80gm koko
- 100gm mentega | lembutkan pada suhu bilik
- 5 biji telur | asingkan putih dan kuningnya
- 300gm gula kastor
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
- Tapis serbuk kacang hazel dan koko bersama.
- Pukul kuning telur bersama 200 gram gula kastor. Masukkan mentega sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga gebu.
- Masukkan campuran koko dan kacang hazel. Kaup balik adunan.
- Dalam mangkuk adunan lain yang bersih, pukul putih telur dan masukkan lebihan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kental. Kaup balik ke dalam adunan tadi perlahan-lahan sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam 35 minit atau sehingga masak.
- Boleh bakar sebiji atau jadikan seperti kek cawan.
Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Rasa Mewah, Sedap Tak Terkata

Terliur juga saat melihat kek pisang coklat ini. Melihatkan rupa bentuknya saja dah tahu yang rasanya pasti premium. Bukan rasa kek pisang yang biasa. Memang patutlah namanya Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan.
Sebelum ini, memang ramai juga yang dah mencuba resipi ini. Menurut Suhasnida Ismail yang berkongsi resipi viral ini, sahabatnya Rushdi Lazim merupakan pemilik asal resipi kek pisang coklat ini.
Diperakui kesedapannya, Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan ini memang lain daripada biasa. Rasanya sangat sedap, teksturnya lembab dan cukup mewah dengan coklat.
Paling penting, mudah membuatnya, Tak perlu gunakan blender mahupun mixer. Bahannya juga ada diletakkan cuka untuk menghasilkan buttermilk. Jom cuba buat.
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang
½ cawan susu full cream/fresh – Boleh beli online di sini
½ sudu makan cuka – Boleh beli online di sini
120g soft brown sugar
115g mentega
160g tepung naik sendiri – Boleh beli online di sini
½ sudu kecil soda bikarbonat – Boleh beli online di sini
25g serbuk koko
½ sudu kecil garam
Bahan hiasan:
Walnut/ badam yang dibakar
Chocolate chips – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:
Mula-mula, lenyekkan pisang.

Kemudian, campurkan susu dengan cuka untuk dijadikan buttermilk. Biarkan seketika dalam anggaran masa 10 minit.
Cairkan mentega di dalam pan.

Menjadi begini.

Campurkan pula susu dengan gula di dalam mangkuk. Godek-godekkannya dan masukkan mentega yang telah dicairkan tadi.

Masukkan buttermilk (campuran susu dan cuka) tadi.

Setelah itu, ayakkan tepung, soda bikarbonat dan juga serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan tadi.

Kemudian, masukkan garam dan pisang.
Masukkan pula 2 genggam chocolate chips dan segenggam walnut jika mahu kekacang. Salutkan chocolate chips dengan tepung untuk elakkan daripada mendap dan mencair di dalam adunan ketika membakar nanti.

Taburkan lagi di atas kek tadi lebihan coklat dan kekacang yang ada.

Bolehlah dibakar pada suhu 150c selama 45 minit atau sehingga kek masak. Adunan kek ini menggunakan loyang 7 inci.

Kek ini akan lebih sedap jika menggunakan coklat Belgium dan pure butter. Selamat mencuba.
Kredit: Suhasnida Ismail
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Aiskrim Vanila Coklat, Rasa Premium Tapi Kos Buat Murah Betul!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kek Batik Indulgence Enak Tak Terkata

Nikmatnya dapat makan Kek Batik Indulgence ni,mewah dengan rasa coklat dan cheese. Dessert yang mudah buat kerana tak perlu bakar hanya sejukkan semalaman dalam peti sejuk.
KEK BATIK INDULGENCE
Bahan-bahan untuk Kek Batik:
540g biskut marie
250g mentega
200g susu pekat manis
1 cawan serbuk Milo
180ml susu full cream
50g serbuk koko
1/4 sudu kecil garam *for unsalted butter
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
250g krim keju
50g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar susu pekat manis
3/4 sudu besar serbuk gelatin
3 sudu besar air panas
200ml krim putar tenusu
Bahan-bahan untuk coklat ganache:
300g coklat masakan gelap
250g krim putar tenusu
1 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
Cara-cara untuk kek batik:
1.Lapik loyang dengan plastik.
2.Patah-patahkan biskut marie.
3.Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat manis,
serbuk milo, susu full cream dan serbuk koko. Kacau sampai tak berketul.
4.Masukkan esen vanila, garam (kalau guna unsalted butter).Kacau sampai mendidih
dan tutup api.
5.Tuang biskut maire yang dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
6.Tuang ke dalam loyang.
7.Ratakan dan tekan rapat.
8.Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan lapisan cheese.
Cara membuat lapisan cheese:
1.Bancuh gelatin dengan air panas dan kacau sampai larut.
2.Masukkan krim cheese dalam mangkuk adunan.
3.Masukkan gula kastor, esen vanilla, susu pekat dan cecair gelatin.
Kacau sekata.
4.Dalam bekas yang berasingan, putar whipping cream sehingga kental.
5.Campurkan whipping cream dalam adunan cheese.
6.Keluarkan kek batik dan tuang adunan cream cheese di atasnya.
7.Ratakan dan masukkan balik ke dalam peti sejuk.
Cara membuat lapisan coklat ganache:
1.Cairkan coklat (double boil).
2.Masukkan whipping cream kemudian kacau sehingga suam dan larut.
3.Masuk sedikit butter (supaya lapisan ganache berkilat).
4.Masukkan esen vanilla.
5.Bila dah cair sekata boleh angkat.
6.Keluarkan kek batik dari peti sejuk dan tuang coklat ganache.
7.Simpan dalam peti sejuk semalaman
Tip:
*Jangan panaskan terlalu lama coklat ganache.
*Sentuh bubble yang muncul atas lapisan coklat ganache supaya lapisan
kek licin
*Pisau sentiasa direndam dalam air panas setiap kali kita potong supaya
potongan jadi bersih dengan cara ni
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

