Biskut Raya Paling Senang, Choc Almond Cluster Guna 3 Bahan Je

Share

Bahan hari raya makin terasa. Mak-mak mesti sibuk nak buatkan biskut raya untuk anak-anak.

Resipi Choc Almond Cluster yang dikongsikan Nor Shafawati ini, sangat untuk dibuat sebab guna 3 bahan je.

Bahan tak banyak, sedar-sedar je dah habis sebalang makan. Untuk satu adunan ni boleh dapat 3 balang.

 

CHOC ALMOND CLUSTER

BAHAN-BAHAN:

500g almond strips
350g milk choc coin (Beryls)
200g dark choc coin (Beryls)
1-2 sudu besar mentega (optional)

TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera

TONTON Red Velvet Creampuff

CARA-CARA:

1. Sangai almond strips dalam kuali selama 10-15 minit sehingga garing.


2. Dah siap, angkat dan sejukkan sedikit. Almond akan betul-betul rangup selepas dah sejuk sepenuhnya.
* Tambahan: boleh juga masuk dalam ketuhar sekejap selepas disangai (suhu 180° selama 5-10 minit).
3. Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Dah cair angkat dan sejukkan sedikit.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Dah sejuk masukkan almond ke dalam coklat, gaul semua sehingga rata.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Tuang dalam paper cup. Masukkan dalam chiller sekejap selama 5-10 minit.


6. Jangan lama-lama, cukup sekadar coklat tu dah mengeras. Kalau tak, nanti sejuk berpeluh atas dia. Siap.

Kredit resipi: Nor Shafawati

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff