Pernahkah kamu perhatikan beberapa jenis biskut yang mempunyai lubang di atasnya? Tahukah yang lubang tersebut bukan hanya tujuan hiasan sahaja? Jom baca info berguna ni.
Di laman Daily Mail, Mark Greenwell, pengurus besar di Pabrik United Biscuit di Carlislie, Amerika Syarikat menjelaskan bahawa lubang di biskut memiliki fungsi sebagai saluran udara dan memperkuatkan struktur biskut.
Disaat pembuatan biskut, suhu panas membolehkan aliran jalan keluar udara dari setiap lapisan biskut. Lubang tersebut adalah salah satunya. Jika lubang tidak ada, maka lapisan biskut renyah yang berada di antara krim akan menjadi retak, hancur dan lembik.
“Jika tidak ada lubang, suhu panas kan berkumpul di dalam biskut. Biskut tersebut akan hancur dan menjejaskan kualitinya,” kata Greenwell.
Suhu tersebut perlu disalurkan dengan baik untuk mendapatkan tekstur yang bagus dan merata. Namun, untuk biskut chocco chip dan kacang misalnya, memang sengaja tidak dilubangkan untuk memberi tekstur retak.
Ternyata berguna juga ya lubang-lubang kecil di biskut itu. Ingat hanya sekadar hiasan…
Boleh la lepas ini kamu berkongsi info ini kepada kawan-kawan atau keluarga.
Sumber: beragamberita
CUBA RESIPI BISKUT INI:
http://www.rasa.my/brownies-cookies-kedut-seribu-rasa-pahit-manis-chewy-gitu/
http://www.rasa.my/biskut-meringue-cute-yang-hanya-guna-2-bahan-memang-mudah/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Khasiat Labu Kuning Untuk Nak Cantik Dan Jaga Kesihatan Pun Boleh…
Kalau anda sedang gigih nak kurangkan berat badan , nah ini dia berita baik untuk anda. Labu kuning bulat adalah pilihan tepat untuk mereka yang sedang berdiet. Selain rasanya yang sedap ia juga boleh bantu menurunkan berat badan kerana rendah kalori dan karbohidrat.
1. Menurunkan berat badan.
Bukan sekadar itu, makan labu kuning juga membuat anda rasa kenyang lebih lama kerana seratnya yang cukup tinggi dan boleh melambatkan proses penghadaman. Apabila rasa kenyang lebih lama, dapat menjauhkan diri anda mengambil makanan lebih dari sepatutnya atau memakan kudapan yang boleh membuatkan anda gemuk.
2. Menajamkan penglihatan
Labu kaya dengan vitamin A kerana kandungan beta karotennya. Beta karoten berubah menjadi vitamin A di dalam tubuh yang mana ini berfungsi membantu retina mata menyerap dan memproses cahaya. Di samping itu labu kuning juga mengandui lutein dan zeaxanthin, dua anti oksidan yang boleh membantu mencegah katarak.
3. Mencantikkan kulit
Makan labu kuning juga boleh memelihara kesihatan kulit. Labu kuning mengandungi pelbagai vitamin, mineral , serat dan anti oksidan yang diperlukan oleh tubuh agar sihat. Menarik buat merek yang peka dengan kecantikan , buah labu ini juga mampu menjadi kulit anjal dan lembut.
Kandungan anti oksidan di dalam labu kuning dikatakan mampu melindungi daripada radikal bebas dan mencegah radiasi dari sinar UV. Makanan yang kaya dengan beta karoten sememangnya dipercayai boleh menjadikan anda lebih awet muda.
4. Meningkatkan pertahanan badan.
Kandungan vitamin A di dalam labu kuning juga boleh membantu tubuh melawan jangkitan bakteria,, virus dan penyakit berjangkit. Labu kuning juga mengandungi 20 peratus dari jumlah vitamin C yang disarankan, keadaan ini membantu anda pulih dari sakit dengan lebih cepat umpamanya seperti selesema dan batuk-batuk.
5. Mencegah Barah
Beta karoten yang tinggi terdapat pada labu bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan mata dan kulit , ia juga membantu melawan barah. Kajian menunjukkan makanan yang kaya dengan beta karoten merendahkan risiko terhadap beberapa jenis barah termasuk barah prostat dan paru-paru. Vitamin A dan C juga bertindak sebagai pelindung sel dalam tubuh untuk melawan radikat bebas penyebab barah.
6. Kesihatan jantung
Kandungan folat, karotenoid dan magnesium di dalam labu kuning juga sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung anda. Magnesium berfungsi merilekskan pembuluh darah hingga dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah dari berlakunya strok dan serangan jantung. Memakan labu kuning juga dapat mencegah dari terjadinya pengerasan dan pengumpulan lemak di dalam dinding pembuluh arteri yang boleh menyebabkan serangan jantung.
7. Menurunkan tekanan darah
Labu kuning juga sangat kaya dengan kalium. Kandungan kalium mampu mengurangkan risiko strok, pembentukan batu karang dan memelihara kepadatan tulang.
Nah cubalah sajian berasaskan labu kuning nih
BINGKA LABU LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji telur
- 200ml santan
- ½ cawan susu cair
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir halus
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu mentega
- 2 cawan labu |- yang telah direbus, toskan dan dilecek
- Bijan secukupnya | untuk ditabur atas permukaan kuih
* opsen ,satu sudu teh kecil pewarna kuning telur supaya warnanya lebih terserlah.
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven (suhu 200°C). Loyang yang telah disapu mentega tadi di panaskan seketika.
2. Satukan bahan-bahan di atas kecuali labu yang dilecek dan bijan. Kisarkan.
3. Tapis adunan tadi yang telah dikisar. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah dilecek, kacau hingga rata.
4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
6. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.
Kredit Resipi dan Foto : ernyfirdaus.blogspot.my
Rujukan teks : Hello Sehat.com
Atasi Dapur Berbahang Dengan Cara Ini
Tidak selesa dengan dapur yang berbahang atau panas? Ini mungkin menjejaskan mood anda untuk memasak apa lagi untuk menikmati makanan di kaunter bar atau pulau yang berada di dapur anda. Terdapat beberapa tip dan cara yang kadang kala kita tidak sedar dapat membantu mengurangkan rasa bahang di dapur. Jom sejukkan dapur.
- Gunakan slow cooker
Slow cooker merupakan salah satu peralatan elektrik yang membenarkan anda untuk mereneh makanan. Cara ini sebenarnya mengekalkan suhu yang lebih rendah di dapur berbanding menggunakan cara memasak yang lain seperti menggoreng, membakar atau merebus. Banyak resipi yang boleh anda cuba menggunakan slow cooker ini.
- Memanggang
Tahukah anda dengan memasak cara memanggang atau menyalai di dapur merupakan cara yang sangat baik untuk mengelakkan keseluruhan kediaman rasa berbahang. Tambahan pula, cara masakan yang cepat dan mudah menjadikan makanan lebih senang disediakan. Contohnya makanan yang ingin disalai atau dipanggang diperap terlebih dan sedia untuk dimasak untuk makan tengah hari atau malam anda. Tidak perlu risau kerana terdapat puluhan resipi yang memudahkan cara untuk memanggang makanan.
- Salad dan snek
Menyediakan salad di dapur untuk makan tengah hari mahupun malam merupakan cara yang baik untuk mengelakkan dapur menjadi panas dan berbahang. Ia bukan sahaja baik untuk itu, malah bagus untuk kesihatan anda. Makanan berbentuk snek juga tidak perlu di masak seperti sandwic dan buah-buahan. Ia membantu mengurangkan bahang di dapur.
- Menggunakan dapur gas
Ya, cara menggunakan dapur gas mampu menjadikan dapur berbahang namun ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding masakan menggunakan ketuhar. Oleh itu, elakkan penggunaan ketuhar jika tidak mahu dapur anda menjadi panas. Cara paling mudah ialah memasak masakan yang tidak perlu dimasak lama agar dapur kekal segar dan sejuk.
- Pengudaraan
Pengudaraan menjadi kunci penting untuk mengekalkan suhu dapur yang sejuk dan menyenangkan. Pastikan tingkap dapur dibuka terutama ketika anda memasak. Ia akan membantu pengaliran udara dengan lebih baik. anda juga boleh memasang kipas ekzos yang berfungsi menyedut asap dan bahang di dapur.
- Masa memasak
Masa memasak juga penting kerana menjadi faktor kepada kenaikan suhu di dapur. Masa terbaik untuk memasak adalah pada waktu pagi. Ini kerana segala proses memasak di dapur ketika waktu pagi lebih mudah seterusnya mengelakkan dapur menjadi berbahang.
Sumber gambar: 123 royalty free
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Dua Resipi Sambal Yang Confirm Buat Selera Bertambah, Jom Tengok!
Tip Simpan Sayur Berdaun Agar Kekal Hijau & Segar Lebih Lama
Buang Lemak Dengan Guna Bahan Dapur Je, Badan Kurus Dan Wangi
Masalah berat badan sememangnya menjadi fobia buat semua orang khususnya wanita. Sebut saja apa jua cara untuk kurus, semua buat wanita tergoda ingin mencubanya. Tidak kiralah dengan ubat sapuan, minum dan makan semua mahu dicuba asalkan boleh kurus.
Sebut tentang tip membuang lemak, teringat pada satu petua kurus yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai di mana dia sendiri mengolah dan mengamalkan minuman tradisional ini untuk menjaga badan. Mereka yang obsesi nak membuang lemak dan turunkan berat badan, boleh cuba cara yang disarankan ini.
Yang penting, dia menggunakan bahan semula jadi yang mempunyai khasiat tersendiri. Mungkin cara ini dapat memberi peluang untuk anda yang mahu kurus dengan cara yang selamat, mudah dan berkesan.
AIR KURUS VIRAL
Ni la resepi air kurus viral yang jadi igauan kakak kakak kat luar sana. Bila restock jek mesti licin disambar orang. Tak sempat Aisyah nak pelok pelok selfie ngan KMC ni.
Camano laa tak jadi rebutan. Yang dulu pakai baju size XL, lepas minum air kurus viral ni terus pakai baju size M. Yang berat 73 kg, lepas raya boleh pulak berat tinggal 63 kg.
Yang penting, air kurus viral ni kita buat sendiri kat dapur. Guna bebahan dapur jek. Tak de bahan pepelik. Jadi tak de la kita risau nak minum kann.
Jom tengok resepi air kurus viral, kalau bahan dah cukup, malam ni boleh rebus. Untung untung minum 3 hari turun skilo😉
.
====================================
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara-cara
1. Rebus kayu manis Ceylon, halia, serai, dan cengkih dengan 1 liter air.
2. Rebus sampai mendidih tau, agak agak 15-20 minit gitu. Pastu tutup api.
3. Amik 1/2 gelas air kurus viral.
4. Pastu tambahkan lagi dengan 1/2 air panas. Tapi masa ni Aisyah letak air masak biasa, sebab air kurus viral baru masak.
5. Oraitt, pastu perahkan dengan lemon. Satu hiris jek cukup. Jangan korang belasah pakai limau kasturi pulak, khasiat dia tak sama.
6. Last sekali, masukkan 1 sudu besar madu. Pastikan pakai sudu plastik tau. Kalau pakai sudu besi nanti khasiat dia terjejas.
7. Tadaaa, kacau rata rata sambil selawat. Pastu niat nak sihat tubuh badan dan KURUS. Minum 30 minit sebelum makan.
8. Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.
Khasiat
Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.
KMC
– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman
Serai
– bantu penghadaman
– buang toksin dalam badan
– kurangkan bau badan
– cantikkan kulit
– kurangkan stress
– cairkan lelemak degil
– anti kanser
– kurangkan kencing manis
– kurangkan jerawat kat muka
Halia
– buang angin dan toksin dalam badan
– pecahkan lemak
– hilangkan bau badan
– lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam
Lemon
– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut
Cengkih
– boleh mencegah stroke, cegah darah beku
– lancarkan pencernaan
– cantikkan kulit
– wangikan badan
Madu
– melancarkan darah
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi
Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat.
Korang dah kurus belum?