Walaupun raya lambat lagi, tak salah membuat biskut kesukaan anda. Boleh buat kudapan untuk dimakan bila-bila suka. Agak renyah tapi berbaloi. Kalau nak lebih crunchy tambah bakar 10-20 minit api bawah saja. Nanti base bawah akan agak garing. Selamat mencuba.
Biskut Sampan
Bahan-bahan base (bawah):
250g butter sejuk (nak lagi sedap dengan pure butter)
58g susu tepung fernleaf fullcream
458g biscuit mix
Campurkan semua bahan nie sampai jadi doh
Inti:
86g conflakes nestle(kisar kasar)
86g almond nib
86g mix fruit
86g ceri hijau & merah(dadukan)
29g kelapa kering
5sb susu pekat f&n (ikut tekak masing-masing)-beli online di sini
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan sampai sekata.Rasa ikut kemanisan yang kita nak.
2.Ambil doh letak dalam acuan. Picit dekat tengah bagi jadi lekuk bentuk sampan. Ratakan dengan pisau.
4.Kemudian letak inti banyak mana yang nak.
5.Bakar 170′ api atas bawah, off kipas.
Kredit: Iesya Sofea