Blueberry Cheesecake ni mudah sangat buatnya, tak perlu bakar. Blueberry cheesecake ni kena makan sejuk-sejuk baru sedap. Cheesecake ni jangan biar kat luar terlampau lama sebab nanti cair. Boleh simpan semula dalam peti ais kalau cair. Makan sesudu tak kan cukup.

Bahan-bahan:
150g biskut Marie-BELI ONLINE DI SINI
80g butter

500g cream cheese
120g gula halus
1 1/2 sudu besar air lemon
2 sudu besar yogurt asli

350g whipping cream
2 sudu besar gelatin
40ml air panas

200g blueberry
2 sudu besar air lemon
40g gula halus


bahan-bahan.

Cara memasak:


1. Untuk buat lapisan bawah, mula-mula kena cairkan butter dulu.

2. Bila butter dah cair, sejukkan.

3.Sementara tunggu butter sejuk, kisar hancur biskut marie. cair, sejukkan.

4.Kisar sampai hancur. Kalau takda pengisar boleh tumbuk-tumbuk bagi hancur.

 

5.Dalam mangkuk masukkan biskut marie tadi dan butter yang dah sejuk. Gaul bagi sebati.

6.Lepas tu letak dalam springform size 8″ yang dilapik baking paper. Taknak letak baking paper pun tak apa.

7. Tekan-tekan padat dan ratakan kesemua bahagian. Dah siap masukkan dalam freezer selama 30 minit supaya keras.

IKLAN

8.Lepas tu ambil air panas dan letak dalam cawan. Masukkan gelatin dan kacau laju supaya sebati


9. Dah sebati macam ni ketepikan dulu. Kena letak gelatin dalam cheesecake supaya cheesecake jadi pejal atau lembut macam jeli dan tak cair.

10. Ambil whipping cream pula dan pukul hingga kental. Whisk hand sahaja. Nak guna mixer pun boleh tapi jangan mix terlampau lama. Kalau pukul atau adun terlampau lama, whipping cream akan berketul dan keluar air.

11. Pukul atau whisk hand kental macam ni sahaja. Jangan terlebih pukul nanti whipping cream berketul dan keluar air. Nak guna mixer pun boleh tapi hati-hati jangan sampai terlebih mix. Sampai terpecik sebab pukul laju. Dah siap ketepikan.

12. Dalam bekas lain mix cream cheese sekejap.

13. Lepas tu masukkan gula dan mix lagi sehingga sebati. Tak perlu adun lama.

14.Bila dah sebati masukkan gelatin tadi. Kalau gelatin dah keras boleh panaskan dengan microwave atau double boil. Masukkan juga air lemon dan yogurt. Mix lagi bagi sebati.

15. Lepas tu masukkan whipping cream tadi. Kaup balik je guna spatula. Tak perlu mix.

16. Dah siap keluarkan springform yang letak biskut tadi dan tuang kesemua adunan.

17. Ratakan permukaan atas bagi licin. Goyang-goyang sikit supaya adunan sekata dan atas lagi licin. Sejukkan dalam peti ais biasa semalaman atau 8-9 jam.


18. Bila cheesecake dah disimpan semalaman, bolehlah masak blueberry ni bersama dengan air lemon dan gula. Masak atas dapur guna api perlahan sahaja.

19. Air blueberry ni akan keluar sendiri. Masak sehingga pekat dan lenyek-lenyek sedikit. Ariana masak tak terlampau hancur dan masih rasa tekstur buahnya.

20. Ni rupa cheesecake lepas semalaman. Nak keluarkan hanya buka tepi dan tarik springform ke atas. Jangan letak cheesecake dalam freezer, nanti cheesecake keluar air dan rasa tak sedap.

21. Kalau nak letak atas papan kek, buat terus lepas keluarkan cheesecake dari peti ais, sebab masa tu cheesecake masih keras.


22. Blueberry bila dah sejuk lagi pekat. Kacau-kacau sedikit bagi sekata sebelum letak atas cheesecake.

23. Letak di tengah-tengah cheesecake. Nak hias macam mana pun boleh.

Kredit:Ariana Sofia Ahmad

NAK MEMBELI OVEN OVEN, BOLEH LIHAT DI SINI.

BOLEH LIHAT JUGA ACUAN KEK DI SINI

Cara Mudah Buat Kek Coklat Kukus Yang Lembut & Sedap

Kek Butter Horlick Lemak Manis

Ini Dia 3 Jenis Kek Orang Lama Yang Tetap Digemari