Selalu ada nampak orang buat dan jual kek mini coklat dan cheese leleh dalam bekas kecil. Bagus juga untuk bantu tambah pendapatan keluarga.
Jika anda berniat untuk berniaga secara kecil-kecil dan tak tahu nak jual apa, boleh cuba resipi kek mini coklat dan cheese leleh daripada Habsah Ngah ini.
Resipinya sangat senang dan bahan yang digunakan pun mudah didapati. Boleh cuba selain daripada untuk niaga, tetapi buat makan untuk anak-anak.
1. Satukan semua bahan bertanda * . Masak menggunakan api paling perlahan sampai semuanya sebati. Bila dah cantik berkilat boleh tutup api. 2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semuanya. 3. Satukan telur dalam satu mangkuk. Kacau macam nak buat telur dadar. 4. Tuang tepung yang diayak tadi berselang-seli dengan telur dalam adunan kek tadi. Kacau sampai rata. Adunan yang dimasak tadi tak perlu tunggu sejuk tau. 5. Dah siap campur semua bahan, kacau-kacau bagi sebati. Tapis adunan tadi supaya kek lagi ringan dan tak ada ketul-ketul tepung. 6. Sekarang dah boleh untuk kukus. Kalau guna bekas macam saya, letak dalam 2 sudu besar adunan. Jangan letak banyak, nanti tak muat nak letak topping pula. 7. Kukus selama 10 minit saja dengan menggunakan api besar. Bila dah masak, tunggu sejuk dulu baru letak topping.
BAHAN TOPPING COKLAT:
1 cawan serbuk koko 1 cawan minyak (masak/jagung/sayur) 1 cawan susu pekat manis ½ cawan susu cair
1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double boiler atau atas dapur je. Guna api paling perlahan kalau terus atas dapur. Masak hingga larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan biarkan suam sedikit. Tapis dulu sebelum dituang ke atas kek tadi supaya tiada ketulan serbuk koko. 3. Tabur coklat rice untuk hiasan. Bolehlah masuk peti. Makan sejuk-sejuk sedap.
KEK MINI CHEESE LELEH
BAHAN A:
4 biji telur (saya guna saiz B je, biasanya untuk kek guna A) 1 cawan gula halus/kastor 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil emulco pandan coconut* 1 sudu kecil pewarna hijau* *untuk perisa dan pewarna, kalau nak banyak perisa, boleh letak bila adunan dah siap. Bahagi kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna dan perisa.
BAHAN B: (ayak sekali)
Ads
1 ¾ cawan tepung (saya guna 1 cawan self-raising flour + ¾ cawan tepung gandum) 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil cream of tartar (optional, tak letak pun takpa)
BAHAN C:
4 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan putar sehingga kental (bukan gebu), dan jika diangkat adunan akan jatuh perlahan-lahan.
2. Masukkan bahan ayak B dan putar hingga sebati. Matikan mixer. 3. Masukkan minyak masak dan kacau laju. Ini untuk membuang angin dan mengelakkan adunan mendap di tengah-tengah.
4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas plastik untuk kukusan. Tutup permukaan bekas kek dengan plastik. Boleh je gunakan plastik biasa yang dapat waktu membeli belah tu ya, asalkan bersih. 5. Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Kemudian kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz bekas. 6. Jika kecil masa lebih singkat dan sebaliknya. Kecilkan api terlebih dahulu, baru buka penutup dan periksa kek sama ada sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi, tester atau pisau. 7. Jika lidi bersih tandanya sudah masak, jika melekat pada lidi tanda belum masak, perlu teruskan mengukus lagi. 8. Keluarkan kek yang sudah masak dan terus terbalikkan di atas papan kek, kemudian balikkan semula bagi mengelakkan kek mendap atau kecut. Kalau acuan plastik/kecil tunggal tunggu sejuk boleh letak topping. 9. Bila dah sejuk, baru boleh potong dan tuang dengan krim cheese.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH:
Ads
250g cream cheese ½ cawan susu pekat manis ½ cawan whipping cream/susu cair/susu full cream Cheddar cheese | sagat @ terpulang nak letak hiasan apa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix semua bahan sehingga kembang dan pekat. 2. Tuang pada kek sebagai filling dan topping. Untuk topping, boleh dicairkan lagi dengan menambah susu cair ke dalam adunan. 3. Tabur dengan cheddar cheese yang disagat.
NOTA TAMBAHAN:
1. Pastikan guna telur dari peti ais ya. Sejukkan dulu sekejap. 2. Nak sukat bahan, saya guna cawan minum teh tu je. 3. Mix telur, gula kastor dan ovellate high speed selama 15 minit atau sampai adunan gebu ringan, berwarna putih berkilat. 4. Perlahankan putaran, baru letak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar yang dah diayak terlebih dahulu. Tak perlu mix lama-lama. Cukup nampak dah tiada ketul tepung je. 5. Pastu masukkan pula minyak masak. Tak perlu mix lama-lama juga. Bila dah siap, bagi rehat sekejap. 6. Panaskan periuk pengukus. Bila air dah menggelegak, boleh mula mengukus. Pastikan api kuat ye. Kalau bekas kecil-kecil, saya kukus selama 7-8 minit je. Masa tu ikut berapa banyak susunan bekas dalam periuk. Kalau padat, masa kukus tu bagi lebih sikit.
Biskut Nestum Crunchy ini anak-anak gerenti suka. Silap haribulan, sekali hadap je dah habis. Inikan anak-anak, orang dewasa pun suka. Mungkin boleh dijadikan salah satu biskut raya nanti. Simpan resipi ini siap-siap ye.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Faizah Arzmiini ye. Taklah susah sangat dan bahan yang diperlukan juga taklah banyak sangat. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik untuknya.
Cairkan secara double boiling coklat Beryls, cocoabutter dan minyak masak. Kacau sentiasa sehingga cair. Kemudian biarkan ia menyejuk sehingga 15 minit ke suhu bilik.
Masukkan nestum ke dalam bekas/besen, kemudian tuangkan coklat yang telah cair, gaul sehingga semua dah bersalut elok.
Gaul kena lama sikit biar sebati elok. Tapi kena pastikan ia jangan, adunan mesti basah sedikit ( lebih coklat).
Kemudian masukkan Nestum yang telah digaul coklat ke dalam coklat gold box..( rujuk gambar). Tekan-tekan ia biar mampat.
Masukkan ke dalam peti sejuk beku. Biarkan sehingga ia keras elok. Anggaran lebih kurang 20-30 minit. Apabila dah keras, tekan box biarkan biskut keluar elok. Siap untuk makan. Boleh simpan di dalam bekas bertutup kedap udara. Selamat mencuba!
Jom buat Biskut Semperit Dahlia! Bila tiba bulan Ramadan kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka biskut yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang sedap yang boleh anda buat adalah Biskut Semperit Dahlia perkongsian saudari Jaja Noriza yang dicuba dari Surianti Kitchen. Kata beliau, dua kali dicuba, semuanya menjadi. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Teringat rasa Biskut Dahlia zaman dulu-dulu. Jom cuba!
CARA MASAK BISKUT SEMPERIT DAHLIA KLASIK
BAHAN A:
1/2 cawan gula pasir (dikisar halus) – empunya resipi tidak guna gula aising kerana gula ising ada campuran tepung jagung yang mengakibatkan bunga semperit jatuh selepas dibakar) – beli online disini
1.Campurkan semua bahan A dalam bekas yang sesuai dan gaul hingga sebati. Jangan gaul lama sebab tak mahu adunan menjadi kembang.
2.Masukkan tepung jagung dan tepung kastad terlebih dahulu ke dalam campuran bahan A tadi. Sebatikan.
3.Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh yang lembut. Kalau sudah jadi doh yang lembut, tidak perlu habiskan tepung gandum tadi.
4. Tutup doh dan rehatkan dalam 15 minit.
5. Seterusnya bolehlah terap doh menggunakan acuan yang disukai. Susun dalam dulang pembakar. Letak ceri.
6. Rehatkan biskut sekali lagi selama 30 minit sebelum dibakar pada suhu 160-170C selama 25-30 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
Tidak lama lagi, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa. Maka bermulalah pesta biskut raya. Terdapat pelbagai jenis biskut raya ada dijual di pasaran namun yang dihasilkan sendiri tentunya lebih bermakna. Bagi anda yang tercari-cari idea untuk kuih raya, ini seleksi aneka resipi biskut raya mudah dan paling popular yang wajib ada tahun ni. Anda boleh dicuba. Nak buat niaga pun sesuai.
1. BISKUT SEMPERIT
BAHAN-BAHAN:
185gm gula
375gm mentega
60gm tepung kastad | diayak
60gm tepung jagung | diayak
375gm tepun gandum | diayak
1 sudu makan esen vanilla
1 biji kuning telur
Ceri merah secukupnya | dipotong kecil
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.
Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
Masukkan doh ke dalam acuan samprit dan terapkan diatas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipaskan pada suhu 150°C selama 10 minit.
Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.
2. BISKUT MAKMUR
BAHAN-BAHAN:
160gm mentega
100gm minyak sapi
1 biji telur
80gm gula halus
400gm tepung naik sendiri
200gm gula ising | ditabur
BAHAN INTI:
150gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak & dikisar halus
60gm gula halus
30gm mentega
CARA MEMASAK:
Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan.
Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul hingga sebati.
Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan tersebut sehingga rata.
Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Angkat biskut dan salutkan dengan gula ising secukupnya.
3. BISKUT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
500gm mentega
350gm gula halus
250gm tepung gandum |diayak
250gm tepung jagung | diayak
125gm tepung kastad | diayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Gula berwarna secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur yang telah dilecek. Pukul hingga rata.
Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
Canai doh tadi dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega.
Sapukan telur di atas biskut dan susun hirisan badam dengan secukupnya.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
Info Chef: Pastikan disapukan sedikit kuning telur di atas kuih sebelum dibakar.
4. ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik
450gm tepung gandum
2 sudu teh emplex
220gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuhar
BAHAN SALUTAN:
450gm coklat masakan
1/2 sudu makan lemak sayuran
3 sudu makan badam cincang | dibakar seketika
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.
Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.
Info Chef: Coklat hendaklah dipotong kecil sebelum dicairkan. Selain teknik double-boil, boleh juga dicairkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
5. TAT NANAS TERATAI
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
120gm minyak sapi
450gm tepung gandum
1 biji telur gred B
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
Info chef: Biskut ini amat mudah disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih enak dimakan bersama jem nenas kerana ia memberikan rasa manis pada tat selain mempunyai tekstur yang rapuh apabila dikunyah.
6. BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
150gm tepung beras
1/2 biji santan kelapa
100gm tepung kacang hijau
120gm gula ising
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
Sedia untuk dinikmati.
7. BISKUT AISKRIM
BAHAN-BAHAN:
130gm mentega
60gm gula ising
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam
Sedikit esen vanilla
1 biji kuning telur | untuk sapuan
Sedikit coklat masakan | dicairkan
Gula-gula manik | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul sehingga menjadi doh.
Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.
Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
Taburkan gula-gula manik berwarna dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
8. MAMA CAREY
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
125gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
330gm tepung gandum | diayak
65gm tepung jagung | diayak
65gm susu tepung | diayak
BAHAN ISING:
1 biji putih telur
1 sudu makan tepung jagung
90gm gula ising
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak lekat di tangan.
Masukkan doh ke dalam plastik kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
Keluarkan doh dan canaikan. Teraop doh menggunakan acuan pilihan anda.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk,
Untuk menghasilkan isingnya, pukul putih telur sehingga kembang.
Kemudian masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat.
Masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan paipkan diatas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
Masukkan kembali biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.
9. BISKUT CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
90gm gula kastor
1 biji telur
80gm kismis hitam
125gm tepung naik sendiri | diayak
375gm cornflakes | diramas kasar
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga rata.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
Dalam bekas berlainan, campurkan tepung dan kismis. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.
Dengan menggunakan sudu the, ceduk adunan menjadi ketulan kecildan salutkan dengan cornflakes yang telah diramas kasar. Letakkan diatas dulang pembakar.
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar biskut selama 12-15 minit atau sehingga biskut menjadi kuning keemasan.
Biarkan sejuk seketika dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
10. BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum | diayak
60gm tepung gandum | diayak
140gm gula halus
125gm kacang tumbuk
1 sudu teh esen vanilla
Minyak Mazola secukupnya
BAHAN HIASAN:
Kacang tumbuk kasar secukupnya
Kuning telur untuk sapuan
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sehingga sebati.
Kemudian masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi dohyang boleh dikepal.
Ambil doh yang siap diuli tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat.
Letakkan doh diatas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di bahagian atasnya. Taburkan juga kacang tumbuk dengan secukupnya.
Bakar biskut tadi selama 20 minit pada suhu 180°C.
Angkat dan sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Untuk menyediakan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sehingga halus.
11. BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan tepung jagung
2 1/4 cawan tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sk baking powder diayak)
CARA MEMASAK: 1. Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur. 2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer. 3. Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata. 4. Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan. 5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut. 6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna. 7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C. Kredit resipi & foto: Reen Khan Shariff
12. BISKUT NESTUM
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
100gm gula halus @ kastor
100gm tepung jagung
1 biji kuning telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh air sejuk dlm peti ais
Tepung gandum cap ros secukupnya – bergantung pada kondisi doh
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan. 2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan. 3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum. 4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing. NOTA: Panaskan oven dulu degan suhu 170 selama 20 minit kemudian semasa membakar turunkan suhu pada 160C. Kredit resipi & foto: Hizar Harmiza Hashim
13. TAT NANAS KEJU
BAHAN KULIT:
150gm mentega tanpa garam
50gm marjerin
50gm gula aising
1/4 sudu teh garam
2 biji kuning telur
225gm tepung paling halus/superfine
35gm tepung jagung
25gm tepung susu
50gm keju cheddar-diparut halus
BAHAN UNTUK EGG WASH:(GAUL RATA)
2 biji kuning telur
1 sudu teh susu cair
BAHAN UNTUK TABUR:
50gm keju cheddar-disagat
BAHAN INTI NENAS:
450gm nanas – parut
125gm gula pasir
1/8 sudu teh garam
3 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
25gm keju cheddar-diparut
1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK: 1. Inti: Masak nanas sampai air meresap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih dan kayu manis. Masak lagi sambil dikacau hingga kering.Tambahkan keju parut dan jus lemon.Gaul rata. Dinginkan.Bentuk bulat-bulat kecil. 2. Kulit: Pukul mentega, marjerin, gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning telur. Pukul rata. 3. Tambahkan tepung paling halus, tepung jagung dan tepung susu sambil digaul rata.Tambahkan keju parut.Gaul rata. 4. Ambil adunan kulit sebesar hujung ibu jari. Bulatkan, leperkan. Letak inti nanas.Bulatkan kembali. 5. Letakkan di atas loyang yang sudah digris dengan marjerin atau alas dengan baking paper. 6. Bakar tat pada suhu 150’C guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak. 7. Keluarkan tat dari oven. Biarkan suam. Oles dengan kuning telur dan tabur keju parut. 8. Bakar kembali tat pada suhu 150’C selama 20 minit sampai masak. Kredit resipi & foto: Noraziah Yazid Nor Cookies
14. CORNFLAKES MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ketul buttercup
1 cawan gula perang
500gm cornflakes
10 sudu makan madu
CARA MEMASAK: 1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api. 2. Masukkan madu. Kacau hingga rata. 3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu. 4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas. 5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit. 6. Sedia untuk dinikmati. Kredit resipi & foto: Norasiah Samsudin
15. CORNFLAKES COKLAT
BAHAN-BAHAN:
200gm bijirin cornflakes
150gm bubble rice
1 bar coklat masakan
CARA MEMASAK:
Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.
16. SEMPERIT SUSU
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
1/2 cawan susu pekat manis
Pewarna kesukaan secukupnya
2 sudu makan ( menggunung) tepung kastard
4 1/4 cawan tepung jagung
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan diatas dan kacau menggunakan senduk. 2. Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau lagi hingga rata. 3. Seterusnya masukkan tepung jagung. Uli hingga sebati. Adunan mestilah agak lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya. 4. Terap adunan dan biarkan 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak, Guna api atas dan bawah. Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
17. TAT NANAS GULUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega
2 sudu makan minyak sapi
30gm gula icing
3 cawan tepung gandum – diayak. Jumlah boleh tambah kalau doh lembik
2 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu sudu makan tepung ubi kayu
1 sudu teh essen vanila
1 biji kuning telur
Pewarna kuning lemon
HIASAN:
2 biji kuning telur
1 sudu makan susu manis
Pewarna kuning lemon
CARA MEMASAK: 1. Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan. 2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning. Kacau rata. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. 4. Kemudian terap doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur. 5. Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing. Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar
18. BISKUT BADAM SALJI
BAHAN A:
250gm mentega
150gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
50gm sebuk badam
BAHAN B:
350gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm tepung susu
40gm tepung jagung
Sedikit coklat masakan dan serbuk roti |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul kesemua bahan A hingga berkrim dan gebu.
Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh.
Kemudian canai dan bentukkan adunan menjadi bulat.
Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.
Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah di cairkan.
Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.
19. ALMOND ROCHER
BAHAN-BAHAN:
250gm coklat susu compound
50gm pes kacang hazel
Badam jejari secukupnya |dipanggang
CARA MEMASAK:
Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.
Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk.
Info Chef: Pastikan hirisan badam dipanggang terlebih dahulu hingga masak dan rangup kemudian barulah di tuangkan ke dalam coklat masakan.
20. BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES
BAHAN A:
200gm mentega
50gm shortening
80gm gula aising
Secubit garam (Pukul semua bahan 2-3 minit)
BAHAN B:
175gm tepung naik sendiri
150gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk koko
(Satukan semua bahan B) BAHAN C:
50gm cornflakes ( ramas kasar)
50gm almond nibs ( goreng tanpa minyak sekejap..pastu biarkan sejuk)
80gm coklat chips
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah dipukul tadi.Gaul rata guna senduk.
Masukkan semua bahan C.Gaul rata. (adunan memang lembik).
Dengan menggunakan sudu plastik, sudukan adunan sebesar duit syiling 20sen ke dalam tray.
Hias dengan coklat chip dan almond flakes (badam hiris).
Bakar selama 20-25minit (hingga masak) pada suhu 180C menggunakan api atas dan bawah.