Boleh Buat Sendiri 2 Menu Olahan Dari Durian Yang Sungguh Sedap Ini.

Share

DURIAN atau nama saintifiknya ‘Durio’, buah tropika berasal dari Asia Tenggara ini terkenal dengan jolokan ‘Raja Buah’. Ia mempunyai isi yang lembut, rasa manis dan sangat sedap. Raja buah ini juga berkhasiat dimakan sebaik saja buahnya gugur. Durian antara buah-buahan tempatan memiliki banyak khasiat. Kepada pencinta durian berikut dua menu olahan dari durian yang sedap boleh korang semua cuba.


.

KUIH CARA DURIAN
BAHAN-BAHAN:

  • 260gm tepung gandum
  • 240gm gula
  • 500 ml santan kotak
  • 250 ml air
  • 6 biji telur saiz A
  • 300gm puri durian
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK:

  1. Sebatikan isi durian bersama gula di dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan minya, gaul rata.
  3. Seterusnya tambah santan dan tepung secara berselang seli. Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan telur, vanila dan garam kacau rata lagi.
  5. Panaskan acuan kuih cara atas dapur. Setelah panas sapukan minyak.
  6. Tuangkan aduan 3/4 acuan dan tutup acuan dengan tudung periuk.
  7. Bakar lebih kurang 12-15 minit.
  8. Setelah masak angkat dan ulang bakar hingga habis adunan.
  9. Sejukkan sebelum sedia dihidangkan.


.

BUBUR CANDIL DURIAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN ISI:

  • 4 cawan tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Perwarna merah, kuning dan hijau

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 150 puri durian
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, tambahkan air ke dalamnya sambil uli hingga menjadi doh lembut dan boleh dibentuk.
  2. Bahagikan kepada tiga Bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna kuning, merah dan hijau.
  3. Ambil secubit adunan dan bentukkan bulat-bulat kecil. Lakukan cara yang sama untuk semua warna hingga siap.
  4. Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan satu satu persatu warna adunan pulut tadi.
  5. Apabila timbul, angkat menggunakan penapis dan masukkan dalam air sejuk.
  6. Seterusnya sediakan kuah. Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan gula dan secubit garam.
  7. Renehkan atas api sederhana, sentiasa kacau hingga santan mereneh.
  8. Setelah mereneh masukkan puri durian, kacau seketika dan tutup api.
  9. Campurkan biji-biji pulut tadi dan sedia dihidangkan.
Published by
Norasida Mohamad Yasin