Boleh Buat World Class Pasta Carbonara Ikut Resipi Ni

Share

Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class pasta carbonara kat rumah ye. Resepi ni buat sosnya dari scratch,tak guna sos segera (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung. Menurut pemilik resipi bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah.(butter + tepung gandum).

Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya.  Jadi, korang juga boleh buat 5 star carbonara macam kat restoran mewah tu di rumah. Carbonara original tidaklah berkuah banjir. Ia pekat seolah-olah hampir tidak berkuah. Selamat mencuba

Pasta Carbonara

Bahan-bahan:

  • 60gm spaghetti (guna saiz vermicelli)
  • 3 biji kuning telur
  • 3 biji cendawan swiss brown
  • 2-3sudu besar parmesan cheese
  • Sedikit lada hitam
  • Beef lean / beef streaky

Cara memasak:

1.Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.Guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak-lemak.


2.Ambil 3 biji kuning telur. Pastikan telur yang fresh. Kalau tak fresh, kuningnya mudah pecah.

3.Masukkan 2 sudu besar parmesan cheese dan 1 sudu besar lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kue teow Kungfu.

4.Pukul sampai pekat macam mayonis. Kena guna whisk,tak jadi kalau guna garfu. Nak guna hand mixer pun boleh.

5.Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.

6.Tumis bawang putih, cendawan dan beef lean. Nak guna bawang Holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak sosej pun boleh. Kalau nak pedas, boleh letak cili padi hiris.

7.Kemudian masukkan spagheti yang sedang direbus tu. Pastikan spagheti tu hampir nak masak. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.Ceduk air rebusan spagheti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.

8.Bila air rebusan spagheti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spagheti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu.Kalau nak buat untuk anak-anak, mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.

9.Padamkan api dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Kander ambik 4-5 sudu besar macam tu.Bancuhan telur akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi.

10.Kacau bagi rata dan pastikan padam api sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pula. Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spagheti sampai korang rasa kena citarasa.

Dah siap. Tak ada guna garam tambahan atau gula ye. Masin dari air rebusan spagheti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin berlemak.

11.Hancurkan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spagheti ni.

12.Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi kander tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.

Kredit: Wan LuQman

Published by
Putri