Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak, terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Susah juga nak cuci dan sental.
Jadi macam mana nak hilangkan kesan hitam degil bawah periuk? Menurut perkongsian daripada saudari Zainun Mamat, dia mengamalkan petua guna sabun mandi dan keluli besi cuci periuk.
Hasilnya, memang macam periuk baru! Malah periuknya yang sudah berusia 22 tahun masih tahan dan bersih cun melecun.
Korang baru belajar masak? Ini ada sembilan dedaun yang sering digunakan dalam kebanyakan masakan bagi tujuan memberi dan menambahkan aroma. Di Malaysia atau negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thai turut menggunakan dedaun ini sebagai sebahagian dari pelengkap rasa makanan yang dimasak. Nak tahu apa daun-daun tersebut, teruskan membaca info ini.
SERAI
Jangan keliru ye, serai sebenarnya termasuk dalam keluarga daun walaupun ia dikenali sebagai batang serai. Ia keras berwarna hijau terang dan mempunyai aroma segar. Untuk mendapatkan aromanya, serai perlu diketuk, dihiris atau dikisar bersama bahan tumisan lain. Serai digunakan dalam kebanyakan masakan Melayu yang bertumis, rebus dan masakan berkuah.
DAUN BAWANG:
Daun bawang mempunyai aroma yang khas, bentuk fizikalnya panjang,berwarna hijau tua dan lembut teksturnya. Daun bawang banyak digunakan sebagai hiasan di atas dan di dalam makanan yang telah siap dimasak.
DAUN LIMAU PURUT
Daun limau purut mempunyai aroma yang kuat, tekstur daunnya agak tebal dan berwarna hijau tua. Ia dicampurkan dalam masakan dengan cara dicarik atau dihiris atau dimasukkan terus ke dalam masakan seperti tomyam dan masakan tumisan yang lainnya.
DAUN SALAM
Daun salam mempunyai aroma tersendiri, secara luarannya daun ini mempunyai hujung yang rucing dan berwarna hijau tua. Semakin gelap warna daun, semakin kuat aromanya. Kini daun salam boleh anda perolehi secara segar atau kering . Daun ini dimasukkan dalam masakan dengan cara memasukkan terus, menghiris atau mengoyakkannya . Kebiasaanya ia dimasukkan ke dalam masakan yang berkuah dan bersantan.
DAUN PANDAN
Ramai mengenali daun ini, bentuk daunnya panjang dan bertulang tengah, nipis teksturnya dan memberikan aroma wangi yang khusus. Ia lebih banyak digunakan dalam pembuatan kuih muih berbanding masakan. Istimewanya daun pandan bukan hanya memberikan aroma, tetapi juga sebagai pewarna hijau semulajadi pada kuih muih. Daun pandan dimasukan dalam masakan dengan cara disimpul dikoyak atau dikisar jika ingin mendapatkan warnanya.
DAUN KEMANGI
Daun kemangi dikategorikan dalam sayur segar untuk tujuan ulam Kerap dimasukkan dalam pecal dan urap. Ia mempunyai tekstur yang halus, nipis dan lebar. Bau wangi yang kuat menjadikan daun kemangi kerap digunakan dalam makanan untuk tujuan menghilangkan bau hanyir dalam sup.
DAUN KARI
Mungkin ramai mengenali daun ini kerana ia kerap digunakan dalam masakan kari dan gulai. Warna daunnya hijau pekat dan bersaiz kecil. Jika ia dimasukkan dalam masakan seperti kari atau gulai aroma karinya menjadi lebih sedap.
DAUN KUNYIT
Aromanya tidak lari dari bau kunyit, bersaiz besar dan berwarna hijau muda, ia dimasukkan dalam masakan dengan cara dicarik dan disimpul atau dihiris halus, Tujuananya untuk membangkitkan aroma dan menghilangkan bau hanyir dalam masakan.
DAUN KETUMBAR
Daun ini mempunyai bentuk bergerigi bulat kecil dan berwarna hijau cerah, ia hampir sana dengan bentuk daun sup. Aromanya sedikit maung, tetapi apabila dimasukkan dalam masakan seperti sup, tomyam dan masakan berkuah, ia memberikan satu aroma yang cukup lazat. Cara dimasukkan dalam masakan ada dihiris atau dikoyak-koyakkan . Selain dicampur dalam masakan, daun ini juga kerap digunakan sebagai hiasan atas makanan.
Kebanyakan periuk dan kuali di rumah memang bersih permukaannya tetapi bahagian belakang selalunya hitam dan berkerak. Memang susah nak hilang. Sebelum kerak hitam semakin menebal, cuba praktikkan cara yang dikongsi oleh Eyda Fyda. Memang berkesan. Belakang periuk atau kuali terus licin berkilat.
********
Kita nak bagi tips periuk berkilat seakan baru..
Dari start beli kita tak pernah pakai periuk ni. Dapat kat family depa ni rajin masak tu yang sampai jadi macam tu. Berkat kesungguhan dan kerajinanku hari ini, jadilah macam baru walaupun setengah hari jugalah menyental, penat berhenti lepas tu sambung, pastu berhenti pastu sambung.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Sabun cap buruh/sabun mandi
Gosok periuk kasar
Tenaga dan kerajinan
CARA-CARA:
Lumurkan sabun buruh/mandi keliling kuali atau periuk
Kemudian, biarkan sebentar dalam 10 minit
Selepas itu, apa lagi keluarkan tenaga untuk menyental
Ulang semula selagi tak bersih
TIP KALAU DAH TAK LARAT NAK MENYENTAL:
Agak-agak dah tak larat berhenti dulu, sambung buat benda lain sementara tinggal tu, lumur lagi dengan sabun, nanti dah ada tenaga sambung lah balik menyental.
Kalau anda tengah berkira-kira mahu beli kuali atau periuk baru, boleh klik di sini.
Minyak mercik semasa menggoreng ikan atau kuih muih bergoreng, biasakan? Ini juga alasan anak dara takut masuk dapur. Emak-emak yang dah biasa masak, buat tak kisah je. Tapi kalau terkena percikkan minyak, ya ampun sakitnya, walaupun sikit tapi pedehkan. Jadi untuk selesaikan masalah ini semua, RASA nak kongsikan enam cara nak kurangkan minyak mercik semasa menggoreng yang korang semua boleh cuba. Senang je.
Pastikan Kuali Kering
Semasa nak menggoreng perhatikan kuali yang lepas dicuci perlu dikeringkan airnya. Caranya senang je, hidupkan api dapur dan biarkan kuali kering baru masukkan minyak. Jika masih ada air walau sedikit ia akan meletup-letup kecil kerana minyak tidak boleh bercampur dengan air.
Tentukan Keperluan Minyak Untuk Menggoreng
Minyak yang terlalu banyak atau sedikit boleh membuatkan minyak mercik. Oleh itu sesuaikan minyak untuk keperluan menggoreng. Paling bagus adalah menggunakan minyak 1/3 kuali, tetapi kalau hanya untuk menggoreng telur guna sedikit sahaja dan gunakan kuali yang non stick leper.
Periksa Bahan Perapan Dalam Makan Yang Digoreng
Pastikan bahan perapan yang digunakan pada makanan yang mahu digoreng tidak mengandungi air, Jika terpaksa atau memang berair, tapis dahulu hingga air perapan tos. Cara ini boleh mengurangkan percikan minyak.
Elak Guna Minyak Terlalu Panas
Kerana nak cepat masak bahan yang digoreng, korang panaskan minyak hingga tahap terlalu panas, tindakan ini mengundang percikkan minyak yang kuat dan suhu yang terlalu tinggi juga mengurangkan kualiti minyak. Malah ia boleh membentuk radikal bebas. Ia tidak elok untuk kesihatan korang semua.
Taburkan Sedikit Garam Dalam Minyak
Saran ini dikatakan mampu mengurangkan percikan minyak semasa menggoreng, caranya semasa minyak mulai panas, taburkan satu sudu teh serbuk garam di dalamnya Bila anda gunakan cara ini, pastikan kurangkan jumlah garam dalam makanan yang digoreng,
Guna Kuali Berpenutup
Akhir sekali, cara terbaik dan mudah, korang boleh guna kuali berpenutut untuk mengelakkan dari terkena percikan minyak semasa menggoreng. Tapi jangan sampai terlupa membalikkan makanan yang digoreng, bimbang ia masak atau hangus sebelah.
Boleh cuba tip ini untuk mengelakkan rasa takut bila menggoreng..