Boleh Kukus Atau Bakar. Resipi Kek Pisang Moist Ni Memang Mudah

Share

Sedapnya Kek Pisang Moist ni. Sekali makan, pasti rasa puas hati. Bagi anda yang gemar makan kek pisang, resipi yang dikongsi dari saudari Tn Shafika Tn Naza ini antara yang harus dicuba. Resipinya cukup mudah. Boleh pilih sama ada nak kukus atau bakar. Untuk adunnya pula, jika tiada mixer, boleh sahaja guna blender. Pendek kata guna sahaja apa gajet yang anda anda. Hasilnya memang lembut, enak dan memuaskan hati. Jom cuba.

RESEPI KEK PISANG MOIST

BAHAN A:
1 cawan minyak masak beli online disini
1 cawan gula halus (kalau suka manis boleh letak 1 1/2 cawan)
3 biji telur
8-9 biji pisang emas
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla beli online disini

BAHAN B:
2 cawan tepung gandum beli online disini
1 sudu teh baking powder beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan A dan kisar. Jika adun guna mixer, pastikan pisang telah dilenyekkan terlebih dahulu.


2. Ayak bahan-bahan B.
3. Satukan bahan A & bahan B. Kaup balikkan guna spatula hingga bercampur rata.
4. Tuang adunan Kek Pisang ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit. Harus diingat, waktu memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.


5. Jika suka, kek juga boleh dikukus selama 45 minit. Tekstur Kek Pisang yang dikukus adalah lebih ‘moist’.

Kredit resipi & foto: Tn Shafika Tn Naza

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur