Serunding Halia Dengan Garlic Crispy sesuai sangat ada ketika di bulan Ramadan ini. Boleh buat stok di dapur, makan untuk bersahur dan juga berbuka. Makan dengan nasi panas, memang layan. Jom kita cuba buat Serunding Halia Dengan Garlic Crispy seperti yang dikongsikan resipinya oleh CikAyu Masfaliza Ab Jaafar
RESIPI SERUNDING HALIA DENGAN GARLIC CRISPY
BAHAN-BAHAN:
Halia tua (tip: cari halia yang tak begitu tua dan yang panjang-panjang supaya mudah untuk disagat. Ikan bilis – BELI ONLINE Garam bukit –BELI ONLINE Perencah hilal Minyak masak –BELI ONLINE
BAHAN TAMBAHAN: Garlic crispy
CARA MEMBUAT:
1. Sagat halia dengan penyagat. Tekstur halia selepas disagat.
2. Selepas habis sagat, perah air halia. Kita nak halia itu sahaja.
3. Panaskan minyak. Kena guna minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk serunding halia.
4. Gunakan api yang besar untuk dapatkan tesktur serunding yang garing dan cantik.
5. Agak-agak sudah warna sedikit gelap, cepat-cepat angkat.
6. Beginilah hasilnya. Tapiskan lebihan minyak ini dahulu ya.
7. Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. Gunakan chopper sahaja. Mudah dan pantas.
8. Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak. Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dimakan begitu saja.
9. Kalau di rumah ada bawang putih crispy, boleh gaulkan bersama-sama serunding tadi. Ini lagi ummphhh..
11. Kalau garing macam ini, sepinggan pun boleh makan seorang. Selamat mencuba!
Sedap, rangup dan lemak snek yang dinanti-natikan setiap kali musim perayaan tiba. Kalau dibiarkan memang takkan duduk lama dalam balang kuih mesti cepat habis. Kamu yang baru berazam nak buat kudapan raya bolehlah cuba buat resipi nestum cruncy ni.
RESIPI POPIA NESTUM CRUNCHY
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
Minyak masak
Gula halus
Nestum
Susu tepung/ Horlicks
CARA MEMASAK:
1. Gulung kulit popia
2. Gunting
3. Goreng
4. Angkat dan biar sejuk dulu
5. Salut dengan gula, nestum dan susu tepung @ horlick
(sukatan 1,2,3.. 1 cup gula, 2 susu tepung, 3 cup nestum)
@
(sukatan 1 cup gula, 2 cup horlicks, 3 cup nestum)
Bagi yang tercari-cari resipi soto yang sedap, RASA sarankan anda cuba resipi ni. Sekali cuba, pasti dah tak nak yang lain. Ada rasa pedas, manis dan masin yang seimbang. Perahan jus limau kasturi menambahkan lagi kesedapan soto.
SOTO DAGING ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN:
1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan
BAHAN UNTUK KUAH:
500ml air
400gm daging | rebus empuk, carik-carik
BAHAN UNTUK SUP:
50gm rempah sup
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Air rebusan daging secukupnya
30ml minyak masak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN SAYUR:
30gm tauge
40gm kacang goreng
Limau kasturi
Sedikit daun bawang
BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:
50gm cili padi
40ml kicap manis
30gm gula pasir
20ml air
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
Biarkan ia mendidih, tutup api.
Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.