Sama saja caranya seperti membuat donut. Apa yang membezakan di dalamnya diletakkan inti kegemaran seperti coklat, strawberi dan sebagainya. Gebu kejadian memang geram nak makan.
RESIPI BOMBOLONI
Bahan-bahan:
1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku)
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu besar baking powder
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar mentega (sejuk)
Cara-cara:
1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit.
2. Campurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.
3. Masukkan susu tadi ke dalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati.
4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.
6. Setelah kembang, leperkan. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.
7. Biarkan doh kembang seketika.
8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.
9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.
10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
11. Bila donut dah suam boleh golek-golekkan atas gula kastor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu.
Siap untuk dihidang.
Sumber : Nurah