Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia,  Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.  

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

 

1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos
  • 1 batang serai |titik
  • 2 ulas bawang merah |kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 sudu kunyit hidup | kisar
  • Seikat daun selom | potong
  • 10 biji cili padi | kisar
  • 1 mangkuk santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
  2. Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
  4. Masukkan garam, udang dan daun selom.
  5. Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
  6. Hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.

 

2. TELUR MASIN LEMAK CILI API

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur masin
  • 1 batang serai | titik
  • 1 ulas bawang merah | kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 sudu kunyit hidup |kisar
  • 10 biji cili padi |kisar
  • 1 mangkuk santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan  semua bahan kecuali telur.
  2. Didikan kuah sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
  4. Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
  5. Tutup api dan hidangkan.

INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.

 

Ads

3. AYAM SAMBAL BALI

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam | lumurkan kunyit dan kunyit
  • 1 batang serai | titik
  • 1 tangkai daun kari |leraikan dari tangkai
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • ½ sudu makan air asam jawa

Bahan Kisar: 

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • Minyak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, tumiskan bahan kisar, serbuk ketumbar, serai dan daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam.
  4. Akhir sekali masukkan ayam goreng dan gaul rata.

INFO CHEF: Selain ayam boleh juga gunakan daging.

 

4. ACAR AYAM

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam |lumurkan kunyit dan garam
  • 1 biji bawang besar |potong wedges
  • 3 sudu cili sos
  • ½ batang timun |buang tengah dan dipotong memanjang
  • ½ batang lobak merah |dipotong seperti membuat acar
  • Sedikit biji sawi
  • 1 sudu makan cuka
  • Sedikit air
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya

Bahan-bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan cuka, sos cili, gula, garam dan sedikit air.
  5. Setelah mendidih, masukkan timun, lobak merah, cili hijau, cili merah dan bawang besar.
  6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng.
  7. Gaul rata dan angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Selain ayam, boleh juga menggunakan ikan.

 

5. OPOR NANGKA

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm nangka muda | dipotong dan rebus sehingga empuk
  • 1 ½  sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • ½ sudu serbuk jintan putih
  • 1 batang serai
  • 1 biji kelapa diambil santan
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu makan kerisik
  • Penumis 4 sekawan (bunga lawang/cengkih/pelaga dan kayu manis)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ inci lengkuas

CARA MEMSAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan empat sekawan.
  2. Masukkan bahan kisar, serai dan semua serbuk jintan dan ketumbar.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan santan, kerisik dan daun limau purut.
  4. Akhir sekali masukkan nangka muda yang telah direbus.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Setalah secukup rasa, angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Untuk resipi ini anda juga boleh menggunakan buah sukun.

 

6. LAWA JANTUNG PISANG

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji jantung pisang
  • 1 biji kelapa| diambil pati santan sahaja
  • 1 sudu lada hitam | kisar halus
  • 3 ulas bawang merah |kisar
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit belacan| jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dalam periuk, kemudian rebus  jantung pisang hingga empuk.
  2. Angkat dan toskan. Kemudian potong kecil.
  3. Kemudian campurkan semua bahan lain dengan hirisan jantung pisang.
  4. Gaul rata dan rasa masam, masin dan manisnya.
  5. Setelah secukup rasa,sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jantung pisang boleh ditukar dengan terung bakar, jika suka.

 

7. TEMPOYAK DAUN

Ads

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm cekak pucuk ubi |dihiris halus
  • 3 papan petai | belah dua.  
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 2 helai daun kunyit |dihiris halus
  • 4 helai daun kaduk |dihiris halus
  • 4 helai pucuk daun labu dihiris halus
  • 4 batang serai dihiris halus
  • 1 biji kelapa | ambil santan pekat sahaja
  • 6 sudu makan tempoyak
  • Gula dan garan secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 3cm kunyit hidup
  • 4 ulas bawang merah
  • 20 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan hirisan dalam periuk.
  2. Kemudian campurkan santan dan bahan kisar.
  3. Gaul rata dan masak atas api sederhana sehingga kuah agak pekat.
  4. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya

INFO CHEF: Tempoyak daun ini lebih lama dipanaskan lebih sedap rasanya.

 

8. KARI DAGING BERSAMA UBI KELEDEK

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | hiris
  • 2 biji ubi keledek | buang kulit dan belah empat
  • 3 sudu makan rempah daging
  • 1 tangkai daun kari
  • 500ml santan
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga

Bahan Kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis, diikuti bahan kisar dan daun kari.
  2. Tumis hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau rata hingga tumisan pecah minyak dan masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan daging, kacau dan biarkan daging kecut dan empuk.
  5. Masukkan keledek dan santan.
  6. Setelah keledek empuk, lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Selepas beberapa minit, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Rasa keledek yang lebih manis daripada kentang menjadikan kari lebih sedap.

 

9. PUCUK MERANTI LEMAK PUTIH

Ads

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm pucuk meranti | leraikan dari batangnya.
  • Sedikit ikan bilis – ditumbuk separuh halus
  • 2 ulas bawang merah – ditumbuk separuh halus
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit hirisan cili merah
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMSAK:

  1. Campurkan santan bersama dengan bahan kisar.
  2. Didihkan atas dapur dengan api sederhana.
  3. Apabila kuah mendidih masukkan daun meranti.
  4. Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
  5. Selepas beberapa minit, lengkap rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Gulai lemak ini juga sedap ditambah dengan keledek.

 

10. URAP PEGAGA

Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm  pucuk pegaga | dipotong kecil dalam 2 inci
  • Sedikit ikan bilis |ditumbuk separuh halus
  • 2 ulas bawang merah |ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih |ditumbuk
  • 1 cawan kelapa parut | putih sahaja
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 2cmkunyit | ditumbuk
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kisar, garam, gula dengan kelapa, gaul rata.
  2. Goreng sangai dalam kuali sehingga bahan menjadi sedikit kering.
  3. Selepas itu masukkan pucuk pegaga.
  4. Masak sehingga pucuk pegaga layu. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain ikan bilis anda juga boleh gunakan udang kering.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI