Sebut sahaja Bonda Rozita Ibrahim, pasti ramai yang mengenali pengasas produk Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya ni. Lemah lembut dan penuh sifat keibuan. Sangat mempersonakan!
Jika anaknya, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri aktif di instagram, sang ibu pun tidak kurang hebatnya. Bagi yang follow laman sosial Bonda Rozita sama ada di Instagram atau facebook, pasti biasa melihat pelbagai posting bermanfaat yang dikongsi oleh usahawan berjaya ini.
https://www.instagram.com/p/BbWi3suAlUB/?taken-by=bondarozitaibrahim
Bila dah namanya wanita, pasti tidak terlepas dari bercerita tentang masakan. Istimewanya Bonda Rozita suka berkongsi masakan-masakan kampung! Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Malah masakan yang eksotik pun ada. Sambil memasak, ada sahaja tip yang diselitkan untuk panduan bersama. Antara sajian yang pernah beliau kongsi ialah Bakso, Batang Keladi Masak Asam dengan Ikan Puyu, Masak Lemak Cili Padi Nanas Dengan Ikan Masin, Daging Buah Pala dan banyak lagi!
https://www.instagram.com/p/BcLrj8yAXjK/?taken-by=bondarozitaibrahim
https://www.instagram.com/p/BdY-wuiACTB/?taken-by=bondarozitaibrahim
https://www.instagram.com/p/BdUGAcMgxwd/?taken-by=bondarozitaibrahim
https://www.instagram.com/p/BdL2INBAEiL/?taken-by=bondarozitaibrahim
Bukan itu sahaja, beliau juga tidak kedekut berkongsi pelbagai petua kesihatan, petua dapur , petua memasak dan bermacam-macam lagi.
https://www.instagram.com/p/Bdd-QtmAhQ4/?taken-by=bondarozitaibrahim
https://www.instagram.com/p/BdHiC1EAQA_/?taken-by=bondarozitaibrahim
https://www.instagram.com/p/Bc1WDi1ASsi/?taken-by=bondarozitaibrahim
https://www.instagram.com/p/Bcl1S8wA9HQ/?taken-by=bondarozitaibrahim
Pendek kata, kalau tengok Bonda Rozita berceloteh, memang ralit dan seronok. Para pembantu pun duk melayan. Happening jadinya! Jom layan IG Bonda Rozita ni. Memang bermanfaat.
https://www.instagram.com/p/BcjTtnDAsUU/?taken-by=bondarozitaibrahim
https://www.instagram.com/p/BbRKOKsgXld/?taken-by=bondarozitaibrahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaul-Gaul Dah Siap. Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah & Sedap
Resipi Kerabu Ikan Bilis perkongsian saudari Haslina Muhammad ni memang cukup mudah. Bahan tak banyak dan boleh disediakan dalam masa yang cukup singkap. Janji bahan semua ada, hiris halus, goreng, gaul rata dan perasakan sahaja. Dah boleh hidang. Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa, bolehlah cuba lauk ni. Pasti berselera.
RESEPI KERABU IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis secukupnya – beli online disini
Bawang besar – beli online disini
Bunga kantan
Serai
Daun ketumbar (jika ada)
Cili padi
Tomato
Jus perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Jumlahnya bergantung sebanyak mana kerabu yang anda nak buat.
2. Hiris halus semua bahan-bahan kerabu yang lain. Satukan dalam bekas.
3. Gaul rata semua bahan supaya bercampur rata.
4. Tuang jus limau kasturi dan perasakan dengan garam sert gula dengan secukupny.
5. Nikmati segera.
NOTA: Untuk rasa kerabu yang mempunya tekstur rangup ikan bilis, terus nikmati sebaik sahaja ia siap disediakan. Barulah rasa lebih enak. Bila sudah lama, bilis akan jadi sedikit lemau.
Kredit resipi & foto: Haslina Muhammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ringkas Je Tapi Sedap. Resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis
https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kecur Liur Dengan Aneka Kerabu Pembuka Selera
Bila makan nasi dipadankan pula dengan hidangan kerabu, nikmat tidak terkata. Ia merupakan hidangan pembuka selera. Paduan rasa masam, manis dan pedas membuatkan ia istimewa. Malah sardin juga boleh diolah menjadi kerabu. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba!
KERABU PERUT THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg perut lembu telah direbus
- 2 batang serai | mayang halus
- 1 biji bawang besar | mayang halus
- 1/2 batang bunga kantan | mayang halus
- 1 biji buah tomato | potong kecil
- 10 biji cili padi | mayang halus
- 1 biji limau nipis | perah jusnya
- Cuka secukup rasa
- Sos ikan/sotong secukup rasa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
- Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan, cili padi dan tomato.
- Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
- Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
- Sekali lagi gaul rata.
- Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh ditambah hirisan timun atau kacang panjang jika suka.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
- Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
- Bawang merah | dimayang halus
- Cuka secukupnya
- Limau nipis secukupnya
- Cili padi | dihiris
- Serai | dihiris nipis
- Daun ketumbar | dihiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Kicap sotong secukupnya
CARA MEMASAK
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2. Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
3. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota:
Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Resipi perkongsian saudari Emma Suzaima
KERABU SARDIN
BAHAN-BAHAN
- Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
- Bawang besar | dihiris
- Cili padi | dihiris
- Cili besar | dihiris
- Tomato | dihiris
- Asam keping
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
2. Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
3. Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
4. Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Resipi perkongsian saudari Hunny Wanny
KERABU LIMAU NIPIS BERSAMA BAWANG & GAJUS
BAHAN-BAHAN:
- Buah limau nipis | di[potong kecil
- Kicap sotong secukup rasa
- Cili padi secukupnya | dihiris
- Bawang merah (kecil) | dimayang halus
- Kacang gajus
- Madu
- Gula secukup rasa
- Udang kering | digoreng seketika
- Sedikit jus limau nipis
( Jumlah bahan-bahan adalah mengikut citarasa masing-masing. Boleh tambah serbuk cili @ emping cili untuyk rasa lebih pedas)
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.
- Seimbangkan rasa masam, masin, manis dan pedas mengikut citarasa anda.
Kredit resipi & gambar: Norraihan Ismail via MAHN
KERABU MEMPELAM TELUR
BAHAN-BAHAN:
- Mempelam telur muda
- Bawang merah
- Cili padi
- Cili flake
- Kacang tanah | disangai
- Udang kering | digoreng
- Gula perang secukup rasa
BAHAN SOS:
- Kicap sotong
- Madu
CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong nipis mempelam telur seperti dalam gambar dan rendam dalam air sejuk.
2. Potong bawang merah dan cili. Campurkan cili kering, belacan dan gula perang.
3. Gaul bahan-bahan tadi hingga sebati. Kemudian masukkan bahan-bahan lain( termasuk sos) kecuali udang kering.
4. Campur semua bahan hingga rata. Kemudian gaul dan masukan udang kering.
5. Sedia untuk dinikmati.
NOTA:
* Untuk sos, campurkan madu dengan kicap sotong dan masak hingga mendidih. Sejukkan sepenuhnya.
* Bahan-bahan diatas tiada jumlah yang spesifik. Ikut kesesuaian & citarasa anda.
Kredit resipi & gambar: Norraihan Ismail via MAHN
KERABU PUCUK PAKU DENGAN ISI KERANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 ikat pucuk paku
- 500gm kacang botol | dihiris nipis
- 10 biji bawang merah besar | dimayang halus
- 20 tangkai cili padi akar
- 2 genggam udang kering | direndam di dalam air panas seketika.
- 1 biji limau kasturi | boleh ditambah atau dikurangkan jumlahnya
- Sedikit belacan
- 1 1/2 biji kelapa goreng
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda. Kemudian celur pucuk paku ini sampai layu.
- Tumbuk udang kering , belacan dan cili padi sampai lumat. Kemudian perah limau kasturi. Kacau rata.
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi pucuk paku. Gaul rata.
- Akhir sekali campurkan kelapa goreng dan gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
Koleksi Resipi Kerabu Air Tangan Mak-Mak Yang Mudah & Comfirm Sedap
Mudahnya Buat Kerabu Pucuk Paku Gaul Isi Ikan. Bertambah-Tambah Nasi!
10 VIP Ini Berkongsi 20 Resipi Sedap & Mudah.
Bukan mudah untuk mengumpulkan resipi air tangan VIP. Istimewa untuk anda semua RASA kongsikan koleksi 20 menu masakan lauk-pauk yang sangat sedap . Apa kata korang cuba dua atau tiga resipi untuk hidangan seisi keluarga atau mengundang tetamu makan di rumah. Kesemua VIP ini memang tidak kekok di dapur dan seronok berkongsi resipi kesukaan keluarga mereka dengan kita semua.
Puan Sri Shariffa Nisa Bakri memang pakar masak kari dan Asam Pedas. Malah beliau kini mempunyai restorannya sendiri dan mengeluarkan produk pes kari dan asam pedas jenamanya sendiri.
KARI IKAN MASIN BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang |saiz XL
- 15udu makan telur masin | kuning sahaja dan hancurkan
- 3 sudu makan pes kari
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 biji bawang holland | potong dadu besar
- 2 biji tomato | potong dadu
- 2 batang kacang bendi | potong dua
- 2 tangkai cili hijau | potong dua
- 1 tangkai daun kari
- 1cawan santan pekat
- Air secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk tanah, panaskan minyak.
- Tumiskan halba campur bersama daun kari, kacau hingga wangi.
- Seterusnya masukkan masukkan pes dan kacau lagi. Jika terlalu pekat tambah air.
- Kemudian masukkan ikan masin, diikuti dengan sedikit lagi air. Biarkan seketika.
- Masukkan bahan sayuran, kacang bendi, tomato dan cili hijau.
- Ia diikuti dengan udang, kuning telur masin dan santan.
- Kacau dan biarkan mendidih dan udang masak.
- Angkat dan hidangkan.
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan tenggiri | bersih dan tos
- 2 sudu makan pes asam pedas
- 2 sudu makan telur masin | bahagian kuning dan dihancurkan
- 2 kuntum bunga kantan | hiris
- 1 biji bawang Holland | potong dadu besar
- 1 biji tomato | belah empat
- Sedikit daun ketumbar | hiris
- 2 tangkai daun kesum | lurut dari tangkai
- 2 biji cili merah | belah dua
- 2 biji cili hijau | potong dua
- 1/2 cawan santan pekat
- Air secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis pes (campur sedikit air jika terlalu pekat).
- Masukkan bawang Holland, kacau seketika dan tambah air secukupnya.
- Setelah mendidih masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, cili merah dan hijau.
- Bila ikan masak, masukkan santan dan telur kuning, biarkan mendidih seketika.
- Sebelum angkat masukkan tomato dan daun ketumbar.
- Sedia dihidangkan.
Umum tahun kepakaran Puan Sri Betty Saw dalam masakan pernah menghasilkan beberapa buah buku masakan dan terlibat dalam beberapa program TV suatu ketika dahulu.
CUCUR SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kobis | cincang halus
- 1/2 batang lobak merah |cincang halus
- 5 ulas bawang putih | kisar
- 150 gm tepung beras |ayak
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
- 2 batang daun bawang |cincang
- 175 ml atau 3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
- Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
- Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
- Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
- Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
- Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
- Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
- Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
- Hidangkan bersama sos cili.
BOTOK-BOTOK UDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 150gm isi ayam | potong dadu ukuran 1cm
- 150gm undang | buang kulit dan cincang
- 1/2 sudu teh garam dan serbuk lada hitam
BAHAN CAMPURAN SANTAN:
- 75ml santan
- 2 sudu makan sambal tomato
- 2biji cili merah | buang biji dan hiris halus
- 3 biji cili padi | hiris halus
- 4 ulas bawang merah |hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1/2 sudu teh gula
- 3/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 10 helai daun Thai Basil | cincang halus
BAHAN LAIN:
- 2 batang daun bawang | cincang halus
- 2 biji telur | kacau rata
- 20 helai daun kesum
- Daun pisang ikut keperluan
- Lidi pencucuk secukupnya
- BAHAN UNTUK SAMBAL TOMATO:
- 20 cili merah | buang biji
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 sudu teh serbuk belacan
- 1 1/2 sudu the garam
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 biji tomato | cincang
- 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan ayam dan udang dalam mangkuk, taburkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
- Masukkan campuran santan dalam mangkuk ayam dan udang. Gaul rata.
- Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau tadi, gaul rata dan perap lebih kurang 30 minit.
- Kemudian ambil daun pisang, letakkan di atasnya dua helai daun kesum. Diikuti dengan dua sudu bahan perapan tadi di tengah daun pisang.
- Bungkus dan kemaskan bungkusan dengan lidi pencucuk
- Lakukan sehingga bahan perapan habis.
- Panaskan pengukus, kemudian masukkan dalam pinggan dan kukus lebih kurang 20 minit.
- Cara membuat sambal tomato.
- Campurkan cili merah , bawang merah, bawang putih, garam, belacan di dalam mangkuk pengisar. Kisar hingga halus dan masukkan dalam mangkuk.
- Gunakan pengisar yang sama, kisar pula tomato, keluarkan dan ketepikan.
- Tuangkan pes cili tadi di dalam kuali, masak atas api sederhana.
- Kacau selalu hingga timbul minyak.
- Masukkan pula tomato kisar tadi, kacau hingga pekat dan tambahkan gula.
- Masak satu minit lagi, tutup api.
Datin Fatimah Binti Shuib, diam-diam berisi, sangat cekap di dapur menyediakan masakan untuk keluarga malah seronok bila memasak bertemankan anak-anak di dapur. Pakar dalam menyediakan ketupat palas utara.
TAUHU SUMBAT DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji 10 | potong dua bentuk tiga segi
- 200gm daging kisar
- 1 batang lobak merah | potong dadu halus
- 1 biji bawang Holland
- 3 sudu serbuk kari campur
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil perasa
- 2 sudu minyak masak
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil minyak ikan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng semua tauhu sehingga keperangan.
- Kemudan sejukkan tauhu dan dibelah dua. Ketepikan.
- Korek dan keluarkan isi tauhu, kemudian hancurkannya hingga halus.
- Untuk menyediakan inti: Panaskan minyak dan tumis bawang ,lobak merah sehingga naik bau
- Masukkan daging dan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi, tumis sehingga masak.
- Perasakan dengan garam, serbuk kari campur dan perasa.
- Apabila sudah masak ambil kulit tauhu yang telah dikorek isi tadi kemudian sumbat dengan inti yang telah siap tadi.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, pecahkan telur, kemudian peraakan dengan sos ikan dan dipukul hingga sekata.
- Celup tauhu yang telah disumbat intinya ke dalam teluar dan goreng sehingga keperangan.
- Tauhu sedia dihidangkan bersama sos cili Thai.
KETUBAT PALAS UTARA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg pulut susu
- 1 sudu butter
- 200ml santan
- 150 ml air
- 2 helai daun pandan
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun palas
CARA MEMASAK:
- Cuci pulut sehingga bersih dan toskan sehingga kering.
- Panaskan periuk dan masukkan butter,garam, gula, santan, air dan daun pandan.
- Kemudian masukkan pulut dan kacau sehingga kering.
- Angkat dan letakkan dalam bekas yang besar dan tunggu sehinnga sejuk.
- Setelah pulut sejuk, balut pulut dengan daun palas.
- Panaskan periuk kukus, dan kukus ketupat palas lebih kurang satu jam.
- Sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
Datin Sri Norja Khairayarani Amin memang terbaik dalam menyediakan menu masakan autentik Negeri Sembilan, sekali rasa Gulai Lemak Cili Padi telur itiknya memang terangkat.
ITIK MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur itik
- 1000ml santan
- 2 keping asam gelugor
- 1 helai daun kunyit | mayang halus
- Garam Secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan bersama bahan kisar di dalam periuk, kacau rata.
- Didihkan atas api sederhana, kemudian masukkan asam gelugor dan garam
- Apabila kuah lemak sudah mendidih, kecilkan api dan pecahkan telur dalam mangkuk satu persatu dan masukkan dalam Lakukan hingga habis.
- Terus didihkan hingga telur keras.
- Sebelum tutup api, masukkan hirisan daun kunyit.
- Sedia dihidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK UDANG PETAI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang | buang kepala dan belah belakang
- 150gm petai yang telah dibuang kulit
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
- BAHAN TUMBUK
- 20 biji cili padi
- 4 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng udang seketika, bila kulit bertukar warna kemerahan angkat. Ketepikan.
- Kemudian goreng pula petai seketika. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Seterusnya masukkan tempoyak, kacau hingga rata.
- Bila timbul minyak masukkan udang dan petai, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
Demi minat dalam masakan Datin Azreen Abu Noh, telah menyediakan dapur yang besar untuknya menyediakan masakan kegemaran keluarga besarnya, kesibukan bisnes bukan masalah untuk masuk dapur baginya. Malah kalau keluar negara beliau tetap memasak.
KARI KEPALA IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
- 2 Kepala Ikan Jenahak | bersihkan
- 3 batang bendi | buang tangkai dan hujung
- 1 biji bawang besar | hiris bulat tebal
- 2 biji tomato | belah dua
A: Bahan Tumis:
- ½ sudu teh halba
- 2 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
B: Bahan Kisar:
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 cawang rempah kari ikan
- 1 cawan air
C:
- 1 cawan air asam jawa
- 1 cawan susu rendah lemak
- 1 cawan air
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk.
- Masukkan bahan A. Masukkan sedikit
- Seterusnya, masukkan bahan B, goreng sehingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian campurkan bahan C dan masukkan kepala ikan.
- Biarkan kuah mengeleggak, kemudian tambahkan asam jawa dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bendi, hirisan bawang besar.
- Apabila bendi sudah lembut, tutup api dan masukkan tomato
AYAM TAGIENE MOROCCO
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dipotong 14
- 3 biji kentang | kupas dan belah 4
- 2 batang lobak merah | potong bulat tebal
- 1/4 biji kobis | hiris tebal
- 2 biji bawang besar | belah 2
- 1/4 labu | potong tebal
- 4 ulas bawang putih | ketuk
- 1/2 cawan kismis
Bahan Rempah:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan serbuk Safron
- 1 sudu kecil paprika
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil jintan manis
- Garam secukup rasa
- Sedikit Minyak zaitun
- 1 cawan air
CARA MEMASAK:
- Ayam digaul dengan rempah-rempah dan minyak zaitun.
- Masukkan di dalam periuk tagin.
- Susan secara berselang seli sayur-sayuran.
- Taburkan garam secukupnya.
- Tambahkan air.
- Masak sehingga ayam dan sayur-sayuran empuk.
- Jika kurang masin tambahkan garam.
Datin Seri Qustina Yunus mewarisi bakat memasak dari ibu ini begitu seronok bila di dapur terutamanya dalam menyediakan menu kegemaran keluarga. Daging Palembang Menu wajib bila ada keraian dan Aidil Fitri.
DAGING PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | direbus dan hiris nipis
- 6 batang serai | dititik
- 1 cawan air rembusan daging
- 1 cawan kicap lemak manis
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 sudu makan rempah kari
- 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 2 sudu makan kerisik
BAHANKISAR:
- 1 labu bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 3cm lengkuas
- 10 biji cili kering
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama serai hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar, terus kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah direbus dan gaul sebati.
- Kemudian tambahkan air rebusan daging dan biarkan mereneh.
- Setelah air daging kering masukkan dan kisap pekat manis dan kerisik.
- Jika kurang masin atau manis, boleh tambah garam dan gula.
- Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah timbul minyak.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
SEMUR AYAM:
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong 12
- 1 cawan kicap manis
- 1 biji bawang besar |hiris bulat
- 3 biji cili merah | hiris serong
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 3cm batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
KISAR:
- 4 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 3cm halia
- 1 sudu makan biji ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
- masukkan bahan kisar. Kacau rata.
- Apabila pecah minyak, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.
- Setelah ayam kecut dan air kering sedikit masukkan air asam Jawa dan kicap.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah kuah kelihatan agak pekat, taburkan serbuk lada hitam.
- Kacau seketika dan tutup api.
- Ayam semur sedia dihidangkan panas-panas.
Datin Maria Abdullah, pilihan menu kegemaran adalah yang ringkas tapi sedap. Namun beliau berguru dengan mentua untuk pakar dalam menyediakan masak asam tempoyak. Ketam Mentega adalah menu kegemaran anaknya yang wajib ada setiap minggu.
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan patin (anggaran 1kg) | bersihkan dan tos
- 20 biji cili padi (bergatung kepada tahap kepedasan)
- 3cm kunyit hidup
- 4 tanggkai daun kesum
- 2 kuntum bunga kantan | belah dua
- 3 batang kacang bendi | buang tangkai dan hujungnya
- 2 biji tomato | belah empat
- 3 sudu makan tempoyak/atau ikut kepekatan kuah
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
- Asam keping | jika perlu
CARA MEMASAK:
- Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk atau dikisar hingga halus.
- Kemudian campurkan bahan kisar dengan tempoyak dan gaul sebati.
- Seterusnya , lumurkan campuran tempoyak dengan cili kunyit tadi pada ikan patin. Perap sebentar seketika.
- Seterusnya masukkan ikan dalam periuk, dan tambahkan air dan masaknya di atas dapur.
- Masak hingga mendidih, kemudian tambahkan garam dan perasa secukupnya. Diikuti dengan bunga kantan, daun kesum dan kacang Bendi.
- Kecilkan api, biarkan mereneh seketika.
- Sebelum tutup api masukkan buah tomato.
KETAM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam (500gm) | potong dua
- 50gm mentega
- 5 biji cili padi | belah dua
- 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
- 250 ml susu cair
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan tepung jagung
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega, kemudian masukkan cili padi dan daun kari, goreng hingga wangi.
- Masukkan ketam, gaul sebati dan tutup periuk atau kuali seketika.
- Seterusnya masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi kemudian tutup seketika.
- Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung, gaul seketika.
- Akhir sekali tutup api, ketam sedia dihidangkan.
Datin Seri Siti Nur Cahaya, Kini pengeluar produk daging kambing ini juga tidak menjadikan sibuk di ladang dan di pejabat sebagai alasan tidak ke dapur. Malah kini seronok menghasilkan resipi-resipi baru berasaskan daging kambing ternakan ladangnya.
TORTILLA KAMBING SERI CAHAYA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging kambing Boer | cuci dan bersihkan
- 1 paket roti tortilla
BAHAN PERAPAN:
- Sedikit serbuk paprika
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk lada putih
- Sedikit sebuk tyme, oregano dan Cajun
- Sedikit minyak zaitun
BAHAN ISIAN
- 1 batang lobak merah | hiris halus
- 1/4 biji kobis | hiris halus
- Beberapa kelopak daun salad | ikut suka
BAHAN SOS LADA HITAM:
- 6 cawan air
- 150gm daging | hiris
- 3 sudu makan kicap
- 6 sudu makan gula perang
- 1 tin cendawan butang | hiris
- 1 tim krim cendawan
- 3 sudu makan tepung gandum | untuk memekatkan kuah
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan perapan dalam mangkuk, kemudian gaulkan pada daging kambing. Perapkan sekurang-kurang satu jam. (sebaiknya semalaman dan disimpan dalam peti sejuk).
- Panaskan pemanggang, dan panggang daging ikut selera, separuh masak atau masak sepenuhnya. Ketepikan dan hiris kecil dan nipis.
- Sementara itu sediakan sos. Campurkan semua bahan kecuali tepung gandum.
- Masak atas api perlahan hingga mereneh.
- Kecilkan api dan masukkan tepung gandum, kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
- Untuk menghidangkannya, bentangkan roto tortilla kemudian letakkan parutan bahan isian dan lapisi dengan hirisan daging kambing.
- Tuangkan sos lada hitam di atasnya dan gulung tortilla.
- Tortilla sedia dihidangkan.
AYAM MASAK KURMA:
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong 14
- 3 sudu makan rempah kurma
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 1litter santan segar
- Rempah penumis | bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
- 1 biji tomato | belah empat
- 2 biji kentang | belah empat
- 2 biji cili merah | belah dua
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRISAN:
- 6 ulas bawang merah | hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan hirisan dan daun kari, kacau lagi hingga layu.
- Seterusnya masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan kentang.
- Bila ayam dan kentang empuk, masukkan santan.
- Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup.
- Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan cili.
- Selepas seminit, tutup api dan hidangkan panas-panas.
Datin Anida tidak pernah kedekut dalam share resipi masakan air tangan, malah seronok menjamu rakan-rakan dan sanak saudara. Kebanyakan resipinya ada dikongsikan di laman sosialnya.
KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kepala ikan Jenahak| belah dua dan cuci bersih
- 2 biji bawang besar | hiris
- 3 peket rempah kari ikan saiz kecil | bancuh dengan sedikit air
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1/2 cawan air asam jawa
- 2 1/2 cawan santana
- 3 biji kacang bendi
- 1 biji tomato | belah empat
- 3 biji cili hijau | belah tak putus
- Sedikit daun bawang
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN PENUMIS
- 1 sudu makan halba campur
- 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 5 ulas bawang merah | ditumbuk kasar
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan penumis hingga wangi.
- Masukkan pula hirisan bawang besar,kacau rata dan tambahkan pes cili kering.
- Apabila garing, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air.
- Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa, kacau seketika masukkan pula santan.
- Biarkan mendidih baru masukkan kepala ikan bersama bendi dan cili hijau.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, masukkan tomato dan biarkan mereneh 2-3 minit baru tutup api.
- Kari kepala ikan sedia dihidangkaan.
IKAN SIAKAP KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN:
IKAN GORENG:
- 1 ekor ikan siakap |siang bentuk butterfly dan bersihkan.
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung jagung
- Garam dan lada sulah secukupnya
- BAHAN KERABU MANGGA:
- 2 biji mangga epal muda
- 10 biji cili padi | hiris halus
- 1 biji bawang besar | mayang halus
- 1 helai daun limau purut | mayang halus
- 1 kuntum bunga kantan| mayang halus
- 1 sudu makan cuka makan
- Garam dan gula secukup rasa
- Sos Cili Thai secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, sementara itu gaulkan ikan dengan garam dan lada sulah.
- Celupkan dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan tepung jagung.
- Goreng dalam minyak banyak (deep fry) hingga garing.
- Untuk menyediakan kerabu mangga, campurkan hirisan mangga dengan bahan yang dimayang halus dalam mangkuk.
- Campurkan gula, cuka dan garam , kemudian tuang dalam mangkuk campuran bahan hirisan.
- Gaul rata. Kemudian masukkan dalam pinggan dan letakkan ikan di atas dan taburkan kerabu di atas ikan.
- Sebagai penambah perasa, tuangkan sos cili Thai di atasnya.
- Ikan Siakap Kerabu Mangga sedia dihidangkan.
.
Datin Nurulhuda Yaacob, menjadikan minatnya dalam memasak telah membawa beliau sebagai salah pengusaha katering yang berjaya, Memasak baginya bukan masalah dan sentiasa seronok di dapur.
BOTOK-BOTOK IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping ikan tenggiri
- 6 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan kerisik
- 4 ulas bawang besar | dikisar
- 2cm halia |dikisar
- 250ml santan pekat
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun pisang | dilayukan atas api kecil
BAHAN ULAM:
- Sedikit pucuk ubi
- Sedikit pucuk daun gajus
- Sedikit daunselom
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan dan rendam dengan air garam dalam lima minit , kemudian toskan.
- Campurkan semuabahan kecuali ulam ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
- Bentangkan daun pisang dan letakkan campuran ulam.
- Kemudian lentakkan campuran bahan yang digaul sebati di atas campuran ulam.
- Lalu diselangkan dengan potongan ikan yang telah di toskan.
- Bungkuskan seperti nasi lemak.
- Sediakan pengukus, Bila air sudah menggelegak, kukus botok-botok sehingga masak.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
- 3 biji bawang besar |dihiris
- 4 ulas bawang putih |dihiris
- 4 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
- Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
- Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
- Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
- Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
- Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
- Sedia dihidangkan.