Kreatif! Kalau Ada Lebihan Nasi Dingin, Boleh Buat Sushi Egg Roll

Share

Bila ada lebihan nasi dingin di rumah, mesti kita akan buat nasi goreng tanpa berfikir panjang. Namun anak-anak pula mesti bosan kalau asyik nasi goreng.

Apa kata kali ini, tukar buat Sushi Egg Roll untuk anak-anak. Menerusi perkongsian resipi daripada Umi Watie ini, dia hanya menggunakan beras biasa saja. Tidak menggunakan beras sushi pun.

Kalau buat bekal ke sekolah mesti anak teruja. Sushi ini boleh dihidangkan dengan kicap cair.

RESIPI CARA BUAT SUSHI EGG ROLL MUDAH

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A

2 cawan nasi
3 sudu besar mayonis – beli online DI SINI
1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online DI SINI
2 sudu besar kicap cair – beli online DI SINI
Bijan – beli online DI SINI
Seaweedbeli online DI SINI

TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma 

TONTON  Let’s Cooking:  Yorkshire Pudding & Salted Caramel Sauce 

BAHAN B

2 biji telur
Seaweed

*saya guna beras biasa saja. Tak guna beras sushi pun

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1.Gaulkan semua bahan A sampai rata. Tekstur dia memang melekat antara satu sama lain.


2. Gentelkan bahan A

tadi ikut saiz yang anda suka. Saya buat saiz comel-comel saja. Dapat lebih kurang 20 ketul.


3. Hidupkan api dapur sederhana saja. Atas kuali anti lekat, letakkan sekeping seaweed yang telah dipotong memanjang.

[SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]


4. Ratakan telur yang telah diaduk rata. Biarkan telur sedikit mengering.


5. Letak nasi yang telah kita kepalkan tadi. Gulungkan nasi tadi atas telur. Hati-hati ya. Mula-mula saja agak payah. Lepas tu senang saja.


6. Gulung seperti dalam gambar. Nasi tadi elok saja dan tak terurai pun. Angkat dan hidangkan pada anak-anak.


7. Dah siap. Lepas ni kalau ada nasi lebih bolehlah buat sushi egg roll lagi. Bahan mudah dan murah saja.

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff