Mak-mak dan akak-akak yang masih bercuti dan tak tau masak apa malam ni, ini ada tiga menu ikan yang sedap dan boleh korang cuba kalau dah mula muak dengan menu daging. Cara masaknya mudah dan rasa tidak mengecewakaan. Kalau ada tetamu yang datang makan malam pun pasti berselera makan.
.KERABU IKAN TALAPIA BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | cuci bersih dan bakar
4 helai daun kaduk | mayang halus
1 kuntum bunga kantan segar | mayang halus
1 tangkai cili merah | mayang halus
5 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang merah | mayang halus
1 biji limau nipis | ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Asingkan isi ikan Talapia dari tulangnya.
Masukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan ke dalamnya semua bahan hirisan.
Perahkan jus limau nipis.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Gaul rata sehingga cukup rasa.
PERCIK KEMBUNG DAUN KADUK BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | cuci bersih dan tos
1 cawan santan
4 helai daun kaduk | mayang halus
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR:
Ads
3 biji cili merah
5 biji cili padi
2cm kunyit hidup
1 batang serai
2cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
CARA MEMASAK: 1. Balut ikan dengan daun pisang kemudian bakar tawar. 2. Sementara itu, sediakan kuah percik. 3. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama santan, kacau rata. 4. Renehkan di atas api sederhana. 5. Apabila kuah pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Setelah timbul minyak, taburkan hirisan daun kaduk ke dalamnya. 7. Kacau rata dan tutup api. 8. Buka pembalut daun pisang dari ikan. Letakkan ikan dalam pinggan hiding. 9. Tuangkan di atasnya dengan sos percik dan hidangkan.
.SAMBAL IKAN PARI MALBARI BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm ikan pari | potong kecil, bersihkan dan tos
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN PENUMIS:
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 biji bawang besar | mayang halus
4 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | mayang halus
1 batang serai | titik
1 sudu teh rempah biji
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan pari dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah biji dan daun kari.
Kacau dan kecilkan api. Baru masukkan campuran rempah kari dan serbuk cili.
Tambah sedikit air, pes asam jawa dan sos tomato.
Terus kacau hingga tumisan rempah masak atau terbit minyak.
Masukkan sos tomato, ikan yang telah digoreng, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah seimbang rasa pedas, masam, manis dan kari. Tutup api.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Terasa nak cuba masak Nasi Briyani Udang? Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara yang paling mudah & ringkas boleh puan-puan cuba.
RESIPI NASI BRIYANI UDANG RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi – dibersih dan rendam 30 minit
5 ulas bawang merah kecil – mayang halus
3 ulas bawang putih – mayang halus
1 inci halia – mayang halus
1 batang serai – dititik
1-2 helai daun bay
5 biji cili padi
1 biji cili merah – dipotong besar
250gm udang besar -dibuang kulit
2 sudu makan rempah biryani
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Rempah 4 sekawan
Kismis dan kacang gajus secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning telur
2 ½ cawan air – untuk masak nasi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya. Biar seketika dan jangan gaul terlebih dahulu.
5. Siap untuk dinikmati. Boleh dimakan bersama sambal tumis, telur rebus ataupun kari.
Bestnya kalau dapat menjamu selera dengan muffin coklat cip yang kaya dengan rasa koko ni. Jangan kedekut ramuan,nanti naik tak cantik pulak
Siapa tak suka bila muffin yang dibuat naik gebu gabas dan gemuk montokkan. Jom follow resipi yang dikongsikan oleh Azzu Riana ni, barulah menjadi kegebuan dan kelembutan muffin coklat cip ni.
MUFFIN COKLAT CIP MONTOK
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 sdk soda bikarbonat
1sdk baking powder
1/2 sdk garam halus
1/4 cawan coco powder
Bahan B
1 biji telur gred A
1 cawan susu sejat @ susu full cream
1/3 cawan minyak jagung ( sy guna minyak masak je )
1 sdk esen vanilla
Cip coklat 3/4 cawan
CARA MEMBUAT : 1. Satukan ke semua bahan A tadi dalam satu bekas & gaul sampai sebati semuanya. 2. Dalam bekas yang lain pukul telur menggunakan whisk, pukul manja aje. 3. Masukkan susu cair, esen vanilla, minyak & sebatikn smua adunan kmudian masukn cip coklat gaul-gaul kejap. 4. Masukkan bahan-bahan A tadi yg telah disebatikan ke dalam adunan bahan B dan gaul bagi sebati. 5. Tuang adunan ke dalam cawan cup cake & bakar pd suhu 160c selama 20 – 25 minit ( cup saiz L ) dan jika cup saiz M bakar dalam 15 minit aje.
.
Nota: jangan kacau lama sangat adunan tu cukup sekadar bagi sebati je kalau tak nanti muffin jadi keras serta kering.
Kredit Resepi : azzu riana
ANDA INGIN MEMBELI OVEN BARU UNTUK BAKAR KEK DAN MUFFIN, JOM LAYARINYA DISINI. PELBAGAI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH MENARIK ADA DI SINI.
Ubi kentang membekalkan sumber karbohidrat yang boleh menggantikan nasi. Ia juga mempunyai rasa lemak susu dan mentega yang enak.
BAHAN-BAHAN:
8 biji telur
2 ketul ubi kentang
150gm kulit tembikai (bahagian putih)
2 biji bawang merah
50gm tepung gandum
½ sudu teh lada hitam
1 sudu teh cincangan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu segar
2 sudu makan mentega
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Masukkan kulit tembikai putih yang telah dipotong kiub, tumis hingga lembut.
Masukkan kentang yang telah dipotong kecil, gaul bersama kulit tembikai tadi singga lembut. Matikan api dan biarkan ia sejuk seketika. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, pukul telur dan masukkan garam, susu, lada hitam,tepung gandum dan daun ketumbar, pukul hingga rata bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan kentang dan kulit tembikai tadi yang telah disejukkan, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
Panaskan kuali, letak mentega dan minyak sedikit. Masukkan telur tadi, kacau dengan perlahan-lahan dengan api perlahan. Kacau kira-kira dua minit dan apabila mengeras, bentukkan ia bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Setelah itu terbalikkan sehingga ia masak dalam 10 minit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!