Mudah, cepat dan enak! Pizza Cones Berkeju ni memang layan. Cara nak buatnya pun tak susah malah lengkap dengan sayur-sayuran. Bagi anda yang gemarkan rasa keju, ha…pasti sukakan hidangan ini. Cubalah! Sekali makan, pasti nak lagi.
PIZZA CONES BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 150gm sos pasta segera
- 50gm isi jagung manis ( dalam tin)
- 50gm lada benggala hijau | potong dadu
- 50gm bawang besar | potong dadu
- 60gm keju cheddar | potong dadu
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- Roti sandwic secukupnya
- Air
- Keju mozarella secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan sos pasta, jagung, bawang besar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Kemudian masukkan lada benggala. Gaul lagi hingga sebati.
- Ambil roti dan potong tepinya.
- Gelek roti hingga nipis. Sapu air pada sisi roti dan bentukkan menjadi bentuk kon.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar roti yang telah dibentuk tadi selama 5-7 minit.
- Keluarkan dan sejukkan roti.
- Sudukan inti ke dalam kon roti dengan secukupnya.
- Seterusnya sudukan keju mozarella.
- Bakar kembali menggunakan suhu yang sama selama 5 minit.
- Sedia untuk dinikmati.