Botok botok adalah hidangan istimewa terutama masyarakat di Batu Pahat, Johor. Hidangan sangat mudah disediakan cuma mencari pucuk ulam ulaman kampung agak mencabar. Namun, terpulang kepada selera masing masing untuk menambah seberapa banyak jenis ulam.

Botok botok menjadi kegilaan bagi yang sukakan ulam ulaman dan sayur. Selain itu, botok botok yang baru keluar dari kukusan dan dihidangkan panas panas mengeluarkan aroma herba yang amat menggoda selera. Hanya yang pernah merasai keenakkan botok botok akan tau betapa nikmatnya hidangan ini.

Pakcik sediakan resepi di bawah. Cubalah!
Nota: Ini adalah hidangan kegemaran arwah mak saya. Mak akan guna ikan kembung saiz kecil yang manis isinya. Satu bungkus botok botok, mak masukkan dua ekor ikan. Seronok kami sekeluarga makan nasi lauk botok botok panas panas berasap. Rindu pada arwah mak Botok Botok Johor Resipi Arwah Mak Memang Tiada Tandingan.

Botok Botok Johor

Ikan Kembung / Tenggiri
gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam halus
10 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah soto (jika suka)
1 sudu kecil serbuk cili
sedikit kerisik (jika suka)
sedikit air asam
air suam
sedikit garam
gaulkan sehingga menjadi pes, jangan terlalu cair.

Ulam ulaman
Pucuk ubi
Pucuk puding kuning
Pucuk puding mangkuk
Daun selasih
Daun kunyit (racik halus)
Pucuk tenggek burung
Pucuk belinjau
Pucuk betik (muda)
Daun pegaga
Daun pucuk bebuas / buas buas (susah dapat)
Pucuk gajus
Pucuk sekentut
Pucuk ulam raja
Daun Pisang untuk membungkus (layurkan atas api sehingga lembut dan tidak pecah ketika membungkus)

IKLAN

Cara membuat:
1.Selang selikan daun ulam atas daun pisang.
2.Letakkan 2 sudu pes rempah atas ulaman.
3.Letakkan ikan, taburkan daun kunyit yang telah diracik.
4.Tambah sesudu pes rempah di atas daun kunyit.
5.Tutupkan dengan daun ulam ulaman.
6.Bungkus kemas.
7.Kukus dengan api yang sederhana selama 30-45 minit.
8.Botok botok akan mengeluarkan air rempah setelah masak, hati-hati ketika mengangkat keluar dari pengukus.
9.Hidangkan panas bersama nasi.

Resipi dari : Pakcik Salleharon Ahmad

Ada yang nak menukar periuk nasi? Boleh beli online DI SINI

IKLAN

 

Ikan Kembung Rebus Air Asam, Lauk Simple Tapi Sedap Sungguh

Resipi Basque Burnt Cheesecake Sedap, Mudah & Gerenti Jadi

IKLAN

Manfaatkan Lebihan Nasi, Jom Buat Nugget Nasi Sedap Ni.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI