Bow Tie Pedas Seafood, Memang Sedap dan Menyelerakan

Share

 

Hidangan sarapan perlulah sedap dan menaikkan selera. Ini kerana sarapan adalah waktu makan paling penting dalam sehari. Kita perlu bersarapan supaya metabolisme tetap tinggi. Jika metabolisme rendah, maka kita mudah berasa lesu. Apa kata buat sarapan dengan menu barat ini? Sedap jugak tau.

BOW TIE PEDAS SEAFOOD

 

BAHAN-BAHAN
Semangkuk bow tie (rebus, tos dan ketepikan)
5 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah (cencang)
5 ulas bawang putih (cencang)
Sedikit udang
Sedikit sotong
Sedikit kepah
1 tin cendawan
Cili padi (giling)
Serbuk jintan manis
1 biji capsicum
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar pes tomato
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar mentega
Garam
Gula
2 sudu besar kicap
1 biji cili merah
2 sudu besar serbuk keju

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, kepah dan cendawan. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi, serbuk jintan manis dan capsicum. Gaul rata.
4. Masukkan bow ties dan sedikit air rebusan tadi. Biarkan sekejap.
5. Masukkan pula sos cili dan pes tomato. Kacau.
6. Masukkan serbuk ketumbar, mentega, garam, gula dan kicap. Gaulkan.
7. Masukkan cili merah. Kacau seketika dan angkat.
8. Letakkan dalam pinggan. Taburkan serbuk keju. Hidangkan.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas