
Siapa pernah alami masalah ni? Kalau pernah, anda dengan min memang geng. Setiap kali beli gas masak baru, pasti kepala gas tu tak ketat dan bunyi berdesir. Seriau sungguh bila benda berkaitan dengan gas memasak ni. Maklumlah, bahan mudah terbakar kan.
Tetapi ni min ada terjumpa perkongsian yang dikongsi oleh saudara Kamal Che Omar tentang cara-cara nak elak gas memasak keluar bila kita pasang kepala gas. Mudah sahaja rupanya. Lepas ni bolehlah cuba buat sendiri.
Salam hari minggu…Hari ni saya tak cerita masak apa atau resepi apa nak share. Cuma sedikit perkongsian tips berkenaan tong gas yang keluar gas bila kita pasang kepala gas. (Tips ni untuk TONG GAS yang bermasalah sahaja)
Jujurnya kami suami isteri pun baru tahu Jumaat lepas cara nak selesaikan masalah ni. Sebelum ni kami ikat kepala gas tu dengan tali. Lapik dengan bata berat..hahaha..yang dah tahu tu sila jangan kecam saya ya.
https://www.facebook.com/cikmin.macaron/videos/pcb.1488307041245453/1488305361245621/?type=3&theater
Kredit video & foto: Cikmin Macaron & Kamal Che Omar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Tepung Boleh Gantikan Tepung Jagung Untuk Pekatkan Kuah, Janji Masak Tetap On.

Ramai tahu tepung jagung berfungsi membantu memekatkan kuah dan sos. Namun pernahkah ada waktunya bila korang ingin menggunakan tepung jagung tapi kehabisan pulak. Jangan risau atau tak jadi masak hanya kerana kehabisan tepung jagung. Sebenarnya boleh saja tukar dengan tepung lain yang ada dalam dapur korang. Berikut beberapa tepung yang boleh digunakan sebagai ganti tepung jagung :-

Tepung Ubi
Tepung yang diperbuat dari ubi kayu ini mempuyai rasa dan warna hampir sama dengan tepung jagung, Sebab itu kalau anda gunakan sebagai penganti tepung jagung, ia tidak akan mengubah rasa. Cara penggunaannya, anda hanya perlu larutkan tepung ubi dalam air mendidih, Jangan guna air sejuk kerana ia tidak larut dalam air sejuk. Namun pastikan nisbah airnya adalah betul, jika kurang hasil bancuhan akan menjadi pekat kenyal. Tepung ubi juga tidak sesuai untuk makanan yang dimasak lama kerana ia boleh mengeras, sebab itu ia lebih sesuai sebagai campuran dalam tumisan dan sup.

Tepung Beras
Tepung beras adalah alternatif terbaik penganti tepung jagung. Teksturnya lebih pekat padat tidak lembik atau kenyal seperti tepung ubi. Untuk menggunakannya, satu sudu makan tepung jagung bersamaan 3 sudu makan tepung beras. Ia sesuai digunakan untuk campuran dalam sos atau tumiasan, jika dicampurkan dalam bahan gorengan ia akan memberikan tekstur rangup.
Tepung Serbaguna
Tepung gandum serba guna adalah campuran tepung gandum rendah protein dengan tinggi protein. Namun tepung ini ada sedikit bau tepung, oleh itu ia sesuai anda gunakan untuk makanan yang kuat bau supaya dengan bau tepung tidak akan begitu ketara. Sifatnya hampir sama dengan tepung jagung, ia boleh membantu memekatkan kuah masakan. Jika ingin menggunakan tepung ini nisab penggunaannya adalah satu sudu makan tepung jagung bersamaan dua sudu makan terpung serba guna.

Tepung Sagu
Tepung ini berasal dari batang pokok sagu. Pati sagu yang menjadi tepung ini mudah menyerap cairan semasa dipanaskan, sebab itulah tepung ini boleh memekatkan masakan. Jika digunakan dalam kuih muih seperti biskut ia akan memberikan tekstur yang rapuh.

Tepung Kentang
Tepung ini diperbuat dari kentang, namun ia tidak berbau atau memberi kesan rasa kentang. Ia antara tepung paling sesuai sebagai penganti tepung jagung. Nisbah penggunaannya sama sahaja, anda boleh selaraskan ikut cita rasa. Namun semasa mencampurkannya dalam masakan, perlulah menggunakan api sederhana.
Diharapkan dengan info ini anda boleh manfaatkan dalam mengolah pelbagai jenis masakan kegemaran anda.
Nak Bezakan Fresh Cream & Whipping Cream, Ini Caranya Supaya Tak Buat Kesilapan

Dalam bab memasak kita juga perlu tahu jenis-jenis bahan yang digunakan sama ada sesuai digunakan dalam masakan tersebut. Maka dengan itu anda perlu hadam terma terma seperti yang dikongsikan ini agar masakan yang dihasilkan menjadi enak dan boleh diterima tekak.
Perkongsian oleh Nieza Nor Hamnira boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru-baru nak membaking.
“Ini petua kampung je. Tak ada saintifik punya terma bagai. Asal faham sudah, supaya tak tersalah beli dan tak kecewa.Yang selalunya jadi confuse tu sebab dua-dua ada perkataan ‘Whip’. Ok, jangan kisah perkataan ‘whip’ tu. Buat keliru je.
Mana boleh guna untuk apa? Kena faham dua perkara ini dulu :
** DAIRY (Tenusu)
** NON DAIRY (Bukan tenusu)
DAIRY (WHIPPING CREAM)
Bila kata TENUSU je ingatlah susu (lembu). Ada perkataan UHT selalunya dekat kotak. (Ultra Heat Temperature) biasanya memang untuk bahan tenusu. Dia rasa lemak, tawar dan tak boleh nak dibentuk. Dia power kat rasa yang lemak tu. Begini cara nak ingat dia supaya senang faham : SUSU – LEMBU – LEMAK – TAKLEH BENTUK.
Dia semata-mata untuk rasa lemak yang sedap dan imej leleh-leleh tu, ia sesuai disenduk untuk makan sebab memang tak stabil.
FRESH CREAM / WHIP TOPPING
Bila kata BUKAN TENUSU ingatlah lelemak sayuran (biasanya dari kelapa sawit). Biasanya lelemak sayuran ni ada rasa manis, sebagai agen stabiliti.
Cara nak ingat supaya senang faham : LELEMAK SAYURAN – KELAPA SAWIT – INGAT DAUN KELAPA SAWIT TU – INGAT BENTUK DAUN – BOLEH DI PIPING JADIKAN MACAM2 BENTUK.
Sesuai untuk jadi lepa kek, topping kek, filling durian crepe, creampuff montok, dan apa-apa sahaja yang perlukan ‘volume’ untuk cantik!
Jadi kita ada dua perkara kena faham. Satu susu (lembu), satu lagi kelapa sawit. Apapun, keduanya tak boleh over beat. Cik susu akan terpisah jadi mentega, cik kelapa sawit akan mencair pula tak boleh dibentuk.
Harapnya formula kampung ni dapatlah membantu kefahaman buat anda semua.
Ingat, susu (lembu)- takleh bentuk.
Ingat, daun kelapa sawit – boleh bentuk.
Moga bermanfaat!
Kredit: Nieza Nor Hamnira
INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Kek Pandan Gula Melaka Lemak Manis Buat Ketagih Nak Makan
Resipi Kek Span Viral Dengan Perasa Oreo. Molek Kejadian & Sedap
Ini Rahsia Kenapa Kerabu Thai Sedap, Siap Kongsi Resipi Kerabu Sotongnya Ye..

Tidak kira kerabu, somtam, kerabu sotong atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.

Menggunakan Bahan Segar.
Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.

Masak Sekejap Je.
Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.

Sos Dibancuh Secara Berasingan
Semua bahan sos seperti jus limau, cuka garam, sos cili atau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.

Segera Dihidangkan
Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.

Penyedap Rasa Unik
Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.
Untuk memastikan tip anda menjadi, berikut diserta resipi Kerabu Sotong Ala Thai yang sedap dan hanya ambil masa 15 saja siap.

KERABU SOTONG DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
- 2 sudu makan pes cili Thai
- 3 biji cili merah | kisar kasar
- 3 batang serai | hiris halus
- 3 ulas bawang merah | hiris
- 1 pokok daun bawang | hiris
- 1/2 cawan daun pudina
- 2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
- Sementara itu campurkan semua bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula dalam mangkuk.
- Kacau rata dan cukup rasa.
- Seterusnya masukkan sotong dan gaul rata.
- Masukkan pula hirisan bawang dan serai, dan daun bawang, gaul lagi.
- Akhir sekali daun pudina dan gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.

