Jika mahukan kelainan dalam penyediaan sandwic, bolehlah cuba buat Bread Omelette Chicken Ham ini. Sedap tak terkata! Sampai tiga kali mak mertua request.
Perkongsian Nurul Ateekah di dalam media sosialnya buat ramai yang ingin mencuba resipi ini.
“Mak mertua cakap kat suami, tak rasa lagi ke sandwic menantu mami ni buat? Mami pun tak boleh buat roti sandwich sesedap macam ni.”
Terus suaminya kata, “Hari cuti abang tolong buat. Biar Master nak rasa.”
Ini kali ketiga mak mertuanya request. Begitu sekali penangannya. Jom cuba buat.
BAHAN-BAHAN:
Roti
Chicken ham
Daun ketumbar
Cili hijau
Capsicum kuning
Bawang merah
Telur
Keju
Mayones
Serbuk kari
Serbuk lada putih
Serbuk perasa Knorr
Butter
CARA MEMASAK:
Gaul sebati semua bahan yang terdiri daripada telur, bawang merah, capsicum kuning, cili hijau, serbuk kari, serbuk lada putih, dan serbuk perasa Knorr.
Masak seketika chicken ham di atas kuali.
Gorengkan telur yang dicampur dengan bahan-bahan seperti bawang merah, capsicum kuning dan cili hijau.
Apabila telur dan bahan-bahan tadi masak sekata, letakkan kepingan keju di atasnya.
Letakkan pula 2 kepingan chicken ham.
Sapukan butter dan sapukan juga mayones. Letakkan roti di atas permukaannya. Masak sehingga garing lalu angkat.
Dah siap, bolehlah dipotong dua. Sedap tak terkata!
TIPS: Setiap kali nak masak satu hidangan, pastikan 2 roti, 1 telur dan ambil sedikit di setiap bahan yang telah dipotong.
Kredit: Nurul Ateekah
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Banana Yogurt Smoothie & Greek Style Salad, Menu Yang Sihat & Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI