Peka dengan minat masyarakat pada hari ini dengan minuman yang ada boba, Asmyra Baharudin menawarkan minuman tersebut di gerainya. Ada tiga pilihan iaitu Brown Sugar Boba Barista Milk, Strawberry Chocolate Barista Milk dan Ice Vanilla Latte. Semuanya pada harga hanya RM6 setiap gelas.

Sejak September 2019, Asmyra membuka gerai menjual nasi lemak dan minuman boba kepada pelanggan sekitar Shah Alam dan Subang. Nasi lemak dinamakan Nasi Lemak Pak Maon bersempena nama watak dalam filem P Ramlee yang dirasakan unik. Minuman boba pula adalah sebagai penarik untuk orang ramai mencuba minuman yang menjadi trend masyarakat pada hari ini.

Brown Sugar Boba Barista Milk, Minuman Jalanan Tapi Cita Rasa Kafe
Asmyra.

IKLAN

“Boba yang digunakan adalah Boba dari Taiwan kerana lebih lembut dan sedap berbanding boba yang lain. Idea untuk menghasilkan minuman sebegini timbul selepas melihat kepada permintaan yang tinggi oleh pelanggan boba pearl masa kini,” ujar Asmyra memulakan bicara.

Menurut Asmyra, cara penyediaan air boba ini setanding dengan kafe barista yang ada. Bahan yang digunakan adalah boba pearl Taiwan, susu barista, gula perang, krim putar dan gula merah sebagai ramuan utama dalam penghasilan air boba.

Brown Sugar Boba Barista Milk, Minuman Jalanan Tapi Cita Rasa Kafe
Gerai yang menjadi tumpuan masyarakat setempat.

IKLAN

“Dengan adanya tiga pilihan, pelanggan memang suka dan respon pelanggan amat memberangsangkan. Mereka sangat suka dan komen mereka minuman ini kena dengan cita rasa. Lagi pula harga hanya RM6 tapi mereka dapat minuman setanding di kafe,” kata Asmyra.

NASI LEMAK ISTIMEWA

Brown Sugar Boba Barista Milk, Minuman Jalanan Tapi Cita Rasa Kafe
Nasi lemak sedap.

IKLAN

Nasi Lemak Pak Maon bukan sekadar dimasukkan santan tapi turut ada serai, halia, kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, marjerin, susu cair dan susu pekat. Dilengkapkan dengan daun pandan untuk membangkitkan aroma.

“Lauk utama adalah paru, ayam goreng, sambal sotong, telur ayam, rendang ayam, ayam masak madu dan daging masak hitam. Lauk kami tukar-tukar ikut hari. Resipi sambal pula menggunakan dua jenis cili kering bagi membangkitkan rasa pedas yang sama dan sekata,” tambah Asmyra menutup bicara.

Brown Sugar Boba Barista Milk, Minuman Jalanan Tapi Cita Rasa Kafe
Inilah minuman yang jadi kegilaan.
Brown Sugar Boba Barista Milk, Minuman Jalanan Tapi Cita Rasa Kafe
Rasa seperti kopi mahal.

 

Brown Sugar Boba Barista Milk, Minuman Jalanan Tapi Cita Rasa Kafe
Penyediaan kopi.
Brown Sugar Boba Barista Milk, Minuman Jalanan Tapi Cita Rasa Kafe
7

INFO GERAI
NAMA GERAI: Nasi Lemak Pak Maon
PEMILIK: Asmyra Baharudin
LOKASI: Berhadapan HELP University, Subang 2, Shah Alam
WAKTU OPERASI: 5 petang hingga 11 malam (Ahad tutup)
WAJIB CUBA: Strawberry Chocolate Barista Milk, nasi lemak berlauk.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI