Jika ada banyak stok kurma di rumah, boleh cuba buat kek. Sedap sangat. Tidak perlu banyak gunakan gula sebab kurma itu sendiri sudah cukup manis. Bahan yang digunakan juga tidak banyak. Anda boleh cuba pelbagaikan. Letak kekacang pun sedap.
KEK KURMA
BAHAN-BAHAN
20 biji kurma
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan susu UHT
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila
1 genggam kecil gajus (ditumbuk kasar)
CARA MEMBUAT
1. Buang biji kurma. Kisar kurma sehingga halus dengan sedikit air. Masukkan kurma dalam bekas mixing.
2. Masukkan bahan minyak masak, gula halus dan susu UHT. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, baking soda dan esen vanila.
4. Masukkan gajus dan kacau lagi.
5. Bakar kek selama 35 minit pada suhu 180 darjah celcius.
Bila sebut sahaja kek oren, terbayang kenangan waktu kecil-kecil dahulu di mana mak-mak kita suka buat kek ini. Selain mudah dan ringkas, kek oren ini memang sedap dimakan. Dihidang pula bersama air teh o panas, memang syok makan petang bersama keluarga. Jika anda rindukan kek ini, jom kita cuba buat di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Rosliza Sabar Malisi.
KEK OREN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula aising
1 cawan butter atau marjerin
2 cawan tepung gandum
4 biji telur gred B
3 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan pati oren sunquick
1/2 sudu kecil kulit oren sunquick yang diparut
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning telur
CARA PENYEDIAAAN:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis. Pukul lagi hingga kembang.
2. Masukkan susu, pati oren, esen vanilla, kulit oren, pewarna kuning dan pukul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak dengan baking soda dan soda bikarbonat. Kacau sebati.
4. Panaskan oven dengan api atas bawah 180°c.
5. Sapu loyang dengan butter dan lapik dengan kertas minyak.
6. Tuang adunan dan hentak loyang sedikit supaya padat dan tiada gelembung udara.
7. Bakar dalam 1 jam mengikut keadaan oven masing-masing.
8. Bila kek sudah nampak agak kecoklatan, cucuk dengan lidi atau pisau. Jika tiada lekatan, bermakna kek dah masak.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.