Brownies selalunya dimakan sebagai kek yang penuh dengan rasa coklat. Olah sedikit jadikan biskut yang mempunyai tesktur chewy.
CARA MEMASAK:
- Ambik 300g dark compound cairkan dengan butter. Lagi 100g cincang letak tepi.
- Pukul telor, gula, esen vanila dengan mixer hingga adunan putih.
- Masuk tepong, serbuk koko dan baking powder yang diayak. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan butter dan chocolate yang g dicairkan tadi. Step ini gunakan spatula, kaup sebati dan masukkan chocolate cincang tadi.
- Adunan memang cair jadi jangan bimbang.
- Rehatkan adunan dalam peti 15 minit.
- Sementara itu panaskan oven 180.
- Guna scoop ice cream kalau ada. Kalau tidak ada boleh guna sudu sahaja. Sudukan dalam tray. Ikut nak tebal atau nipis cookies tu. Kalau mahu tanggup buat nipis.
- Jarakkan jauh-jauh sebab cookies ni akan mengembang.
- Taburkan sedikit chocolate cincang tadi kalau ada lebih. Lagi sedap tabur kacang badam pun boleh.
- Bakar 15 minit. Habis bakar tunggu sejuk dahulu sebab dia lembik ketika panas.
Kredit: Mazliyani Abu Bakar