Nak cuba buat brownies milo? Seorang pengguna akaun facebook dengan nama Anys Idayu Zakaria, berkongsi resipi brownies milo yang nampaknya sangat sedap. Tanpa guna tepung pun. Hanya empat bahan digunakan untuk membuat brownies ini. Jom cuba.

BROWNIES MILO TANPA TEPUNG

Brownies Milo Tanpa Tepung, Sedap Sungguh!

IKLAN

BAHAN-BAHAN
• 1 cawan milo
• 2 biji telur ayam
• 2 sudu susu pekat
• Setitik esen vanilla

Brownies Milo Tanpa Tepung, Sedap Sungguh!

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Campur semua bahan. Kocak-kocak manja hingga semua sebati.
2. Masukkan dalam loyang kecil atau cup cake. Sapu mentega pada loyang sebelum tuang bancuhan.
3. Bakar dalam air fryer dengan suhu 180° selama lebih kurang 15 minit.
4. Tak da air fryer, guna oven pun boleh.

Brownies Milo Tanpa Tepung, Sedap Sungguh!

IKLAN

 

Kredit resipi Anys Idayu Zakaria
Link: https://www.facebook.com/groups/2266202376809538/permalink/2961599717269797/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI