Brownies pun boleh dibuat biskut atau cookies. Kaya dengan rasa coklat, brownies nutella flat cookies pasti menceriakan ahli keluarga di Hari Raya.

Yang penting kalau buat jualan untuk raya ni, memang laku lah. Kaya dengan rasa coklat dan nutella memang sedap sungguh ni. Ingat tau potong masa panas-panas baru tak pecah.

BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES

Brownies Nutella Flat Cookies, Boleh Buat Niaga Nih.

Bahan-bahan :
100gm mentega
250g coklat dark compound | cairkan
2 sudu besar nutella
*Satukan dan boleh cairkan, ina guna pengukus selain itu boleh juga double boil

IKLAN

Bahan ayak :
150gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar tepung beras

2 biji telur
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila

Bahan tabur :
Kuaci
Hazelnut @ pecan @ badam| ikut suka kekacang yang disukai
Coklat Cip

IKLAN

CARA MEMBUAT :
1. Kacau (whisk) telur dengan gula perang dan esen vanila.
2. Masukkan campuran coklat, mentega dan nutella tadi panas-panas dan kacau
3. Masukkan tepung (bahan ayak) dan kacau lagi.
4. Sediakan dulang pembakar dan lapikkan baking paper.
5. Letakan sesenduk ratakan nipis nipis, lagi nipis lagi bagus
6. Taburkan kuaci, kacang hazelnut atau pecandan coklat cip, letak rata-rata.
7. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 darjah Celcius bergantung oven masing-masing
8. Dalam masa 20 minit dah boleh check.
9. Masa panas belum rangup jadi potong cepat-cepat masa panas, jadi ia tak mudah pecah.
10. Bila sejuk baru ambik pisau dan sisip bawah brownies tadi, dah siap.

Kredit foto & resipi  : Azlina Ina Fans

IKLAN

Via FB : Rahsia Resepi Bonda

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Jom Cuba! Aneka Resipi Biskut Raya Popular & Disukai Ramai.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI