Buah-Buahan Serta Tumbuh-Tumbuhan Segar & Pelbagai Produk Makanan Di MAHA 2018

Share

Korang dah pergi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018)? Masih boleh bawa keluarga atau rakan-rakan  kerana ia berlangsung sehingga 2 Disember beroperasi dari 10am- 7pm di MAEPS, Serdang. Dengan tema “Makanan Kita, Masa Depan Kita”, MAHA 2018 menyediakan ruang pameran dalam dewan seluas 40,000 meter persegi yang dibahagikan kepada enam kluster pameran termasuk Agro Kulinari, Agro Pelancongan, Agro Belia, Agro Teknologi, Agro Makanan serta Produk Asas Tani dan Jualan.

Selain itu, pengunjung boleh merasai pengalaman pertanian di 7 laman pameran yang berada di luar dewan iaitu Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nenas, Laman Herba dan Sayur, Laman Florikultur serta Laman Mekanisasi, Automasi dan Teknologi. Malah, terdapat beberapa segmen terbaru yang turut diperkenalkan seperti Sumber Rezeki Baharu, Teknologi Pertanian Terkini, Miracle Garden, Festival kanak-kanak terbesar Lolababa dan banyak lagi.

 

Sesiapa yang hadir ke MAHA 2018 pasti akan rambang mata kerana terdapat pelbagai barang atau produk yang dijual termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran segar, tumbuh-tumbuhan seperti bunga dan pokok-pokok serta produk-produk makanan tempatan yang sangat berkualiti dengan harga berpatutan.


Sekiranya anda lapar setelah penat berjalan, anda boleh singgah di gerbang foodtruck yang menyediakan pelbagai jenis makanan serta minuman.

Sememangnya penganjuran MAHA yang berusia lebih 90 tahun sejak pertama kali diadakan pada 1923 ini menghimpunkan segala hasil pertanian terbaik dari seluruh negara dan ia dijangka dapat menarik lebih 3.5 juta pengunjung dengan sasaran jualan RM300 juta.

Sedikit info untuk korang yang nak ke MAHA 2018:

-Tidak perlu risau tentang tempat letak kenderaan kerana terdapat 7,000 petak parking buat para pengunjung MAHA2018

-Para pengunjung juga disediakan shuttle bas percuma yang membawa penumpang dari Putrajaya Sentral, IOI City Mall dan KTM Komuter Serdang.

– Jika tidak mahu membawa kereta untuk datang ke MAHA2018, anda boleh menggunakan perkhidmatan MyCar dan taipkan kod promo “mahamycar2018” untuk mendapatkan diskaun.

kredit foto: MAHA 2018: Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2018

Published by
Amanina