Onde-Onde atau kuih Buah Melaka antara kuih paling senang dan sedap. Disukai ramai, Sesuai sangat kalau dijadikan menu minum petang ni. Apa lagi resipi dah ada jomlah kita buat bersama-sama
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung pulut
- 4 sudu makan tepung gandum
- Secubit garam
- Air secukupnya
- Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
- Kelapa parut | gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
- Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
- Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu setiap bahagian.
- Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
- Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
- Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
- Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.
- Gaulkan dengan kelapa.
- Lakukan cara yang sama hingga habis.
- Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sedar Habis 3 Pinggan Nasi, Menu Daging Karachi Memang Sedap!
Daging karachi, menu masakan dari negara Pakistan. Masakan ini sangat popular di kalangan rakyat sana.
Mengikut menu asal, mereka menggunakan ayam (chicken karachi), tetapi resipi yang dikongsikan Al-sabbhy Ibn Bajauhy ini menggantikannya dengan daging.
Sangat enak dan lazat makan dengan nasi putih. Tak sedar dah tambah nasi putih tiga pinggan. Masakan ini tidak mengunakan air, sepenuhnya jus dari buah tomato asli.
DAGING KARACHI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging lembu
1 ½ kg tomato (yang warna merah pekat)
200gm cili padi hijau | potong belah dua – beli online di sini
2 biji bawang besar | dihiris – beli online di sini
Bawang putih | ditumbuk
2 inci halia | ditumbuk
150gm daun ketumbar | dipotong-potong
1 sudu teh kasuri methi (boleh cari di shopee/lazada)
4 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar air mawar
1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1 sudu teh serbuk kunyit – beli online di sini
1 sudu teh serbuk garam masalah
Garam secukup rasa
4 biji kentang | dipotong-potong – beli online di sini
TONTON Makaroni Ulam Bakar – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Daging diperap dulu dengan serbuk kunyit, lada hitam, lada putih, ajinomoto, garam, bawang putih dan halia selama 1 jam.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Kemudian, goreng dengan 2 cawan minyak masak. Guna api sederhana.
3. Selepas jus daging keluar, masukkan bawang dengan cili hijau. Gaul sampai rata. Masuk semua bahan rempah dan air mawar. Gaul lagi.
4. Masukkan tomato, kena sentiasa gaul untuk elak hangit. Makanan ini tidak mengunakan air. Hanya jus dari buah tomato sepenuhnya.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Tekan-tekan buah tomato untuk keluarkan jus. Masukkan kentang. Gaul rata. Biarkan mereneh sehingga kentang empuk. Siap untuk dihidang
*Kalau tak ada kauseri methi, boleh gantikan daun batang ketumbar. Potong halus-halus 3cm. Perapkan. Memang sedap baunya. Dah siap masak, potong 1 inci daun ketumbar. Tabur garnish atas makanan tu. Jangan letak daun sup/bawang.
Kredit resipi: Al-sabbhy Ibn Bajauhy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Jumpa Resipi Kek Batik Coklat Cheese Sedap, Terus Tak Pandang Yang Lain
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap & Mudah
Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal perkongsian saudari Eh Hidayah Ariffin ni. Istimewanya resipi ini menggunakan daun kesum. Memang wangi semerbak dan lebih enak rasanya. Cubalah. Anda pasti suka akan rasanya.
CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL KESUM
YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 15 ekor ikan cencaru – dibersihkan
BAHAN KISAR:
- 7 biji bawang merah
- 1/2 biji bawang holland
- 4 ulas bawang putih
- 1.5 inci belacan
- 1 sudu makan asam jawa
- 3 sudu teh garam
- 2 inci manisan/gula melaka
- Air secukupnya
- 8 tangkai cili kering -rendam air panas terlebih dulu
BAHAN POTONG DADU:
- 7 biji bawang merah
- 1/2 biji bawang Holland
- 3 biji tomato
- Daun kesum /pucuk midi – leraikan daun & tak perlu hiris
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan, buang perut dan belah dua bahagian atas. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar ikut tekstur yang disukai. Jika bahan kisaran terlalu cair, masukkan ke dalam kuali dan didihkan sehingga air berkurangan. Lebih sedap jika bahan-bahan tersebut ditumbuk.
3. Satukan bahan kisar bersama bahan potong dadu. Rasa masin dan manisnya supaya cukup rasa.
4. Ambil ikan dan sumbat sambal di bahagian perut terlebih dahulu. Kemudian isikan di bahagian tulang belakang. Perap ikan seketika.
5. Panaskan minyak masak dan goreng ikan hingga masak. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
TIP MASAK
1. Jika mahukan rasa sambal yang lebih sedap, tumbuk bahan kisar.
2. Daun kesum / pucuk midi boleh diabaikan. Tapi cubalah letak, rasanya memang sedap.
3. Jika kisar, jangan kisar semua tomato dan bawang. Separuh boleh dipotong dadu supaya bila makan, dapat rasa tekstur bawang dan tomato.
4. Ikan Cencaru Sumbat ini boleh digoreng dan juga dibakar.
5. Boleh ubah suai resipi ikut citarasa dan selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Eh Hidayah Ariffin
Resipi Kuih Cara Berlauk Paling Mudah. Lembut, Lemak Memang Sedap
Sedapnya Kuih Cara Berlauk. Lembut dan ada inti yang enak. Memang tak puas makan. Jika terasa nak puas makan, lebih baik buat sendiri.
Kuih Cara Berlauk ini boleh dipelbagaikan intinya mengikut selera masing-masing. Tidak semestinya menggunakan daging semata-mata. Jika suka, anda boleh gantikan dengan isi ayam dan udang. Malah jika suka, anda juga boleh menggunakan sardin dan juga tuna. Sedap tau!
Seperti mana membuat Kuih Cara Gula, Kuih Cara Berluk ini juga ringkas. Bahan-bahan tak susah dan boleh dapat dalam jumlah banyak. Sangat jimat berbanding kuih yang dibeli. Bagi anda yang suka sangat makan kuih muih yang pedas dan savoury, resipi perkongsian saudari Qaseh Izzaty ni memang patut dicuba.
CARA MASAK KUIH CARA BERLAUK DAGING YANG SANGAT SEDAP
BAHAN INTI:
- 200gm daging kisar
- 2 sudu besar rempah raja kari faiza (bancuh dgn sedikit air) – beli online disini
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering – beli online disini
- Sedikit daun bawang/sup – diracik
- Cili merah – dipotong serong
- Garam dan sedikit gula
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
- 2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
- 1 biji telur
- Pewarna kuning – beli online disini
- Sedikit garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI:
- Kisar atau tumbuk bawang putih dan bawng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit sahaja.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
- Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.
CARA MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG:
- Pukul telur bersama sedikit garam.
- Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
- Jika adunan berketul-ketul, tapis dahulu adunan. Kemudian titikkan sedikit pewarna. Adun sekata.
- Untuk lebih mudah, kisar adunan menggunakan pengisar.
CARA MEMASAK KUIH CARA:
- Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
2. Tuang adunan hingga 3/4 penuh acuan sahaja.
3. Kemudian masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong hirisan cili merah.
4. Taburkan juga daun sup dan daun bawang.
Tutup kuih cara guna tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Qaseh Izzaty
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official