Jarang kita dengar ‘frozenkan’ buah atau buah disejuk beku. Selalunya peti ais bahagian sejuk beku ini penuh dengan ikan, ayam, serai, lengkuas, serai bunga kantan, daun bawang, dan sebagainya.
Tapi rupanya perkara ini memang boleh dilakukan dan ia sudah dipraktikkan oleh Noor Hafiza Mohamad sejak 6 tahun lalu.
Kongsi beliau tip frozen buah ini diperoleh daripada seorang rakan yang juga merupakan pegawai teknologi makanan. Cara ini katanya bukan saja membolehkan buah tahan lama, malah ada yang lebih sedap bila disejuk beku.
“Kalau dulu saya biasa simpan beku ikan dan daging. Beberapa tahun lepas kita dapat ilmu bekukan herba masakan pula. Serai, halia, lengkuas, kantan, kesum, daun bawang, lobak merah dan banyak lagi.
“Enam tahun lepas saya dapat tip frozen buah dari kawan seorang pegawai teknologi makanan. Saya tak buat waktu sebab peti saya kecik. Sejak balik menetap di kampung, barulah saya apply cara itu sebab dapat banyak sangat buah-buahan dari orang tua, jiran dan saudara mara,”katanya.
Ads
Buah yang sesuai dan sedap bila frozen
Kongsi Noor Hafiza lagi daripada sebuah peti sejuk untuk sejuk bekukan bahan makanan dia menambah kepada deep freezer 100 liter untuk diisi bahan makanan sejuk beku ini.
“Saya pun dah mula tanam sendiri, tetap juga petik dan simpan di peti sejuk. Kadang malas juga nak ke belakang rumah petik daun pandan/serai/lengkuas. Faham-faham lah orang perempuan nak keluar laman rumah pun kena sauk baju cardigan dan tudung,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau turut berkongsi beberapa jenis buah yang bukan saja sesuai malah sedap jika disejukkan beku.
“Selain nanas, buah naga, nangka, tembikai potong juga boleh disejuk beku. Untuk bekukan pisang, boleh tabur gula untuk elak jadi lebam.
Ads
Ujarnya sebaiknya buah-buahan dan sayuran yang hendak disejuk bekukan ini dibasuh bersih terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan dan dimakan.
Ads
Dalam pada itu ada juga perkongsian dari netizen di ruangan komen.
“Rambutan boleh buang kulit letak dalam bekas dan simpan. Buah mangga, kuinin, macang boleh potong siap-siap untuk disejuk bekukan. Buah dokong pun boleh. Bila anak-anak balik bercuti, semua boleh makan buah-buahan ini tanpa tunggu musimnya.
“Selain itu buah strawberi juga enak bila disejuk bekukan. Rasa macam makan aiskrim.”
Ayam pencen memang enak dimasak dengan pelbagai hidangan seperti rendang, kari, gulai dan bermacam-macam lagi. Namun, isi ayam ini bukan mudah dimasak seperti isi ayam biasa. Ia mempunyai tekstur yang lebih keras serta liat.
Bagi memudahkan isi ayam ini empuk sewaktu dimasak, ada petua yang boleh dicuba. Antara yang boleh dicuba adalah:
BAHAN-BAHAN:
Ayam tua – dibersihkan
Betik muda
CARA-CARA:
Hiris betik muda bersama-sama kulitnya.
Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan rendam selama 10-15 minit.
Kemudian bolehlah dibersihkan dan dimasak seperti biasa.
Ramai di antara kita masih memasak menggunakan gas di rumah. Biasanya, tong gas diletakkan di dalam kabinet dapur yang tertutup supaya dapur nampak kemas dan teratur. Namun, tahukah anda bahawa cara ini sebenarnya tidak disarankan untuk keselamatan?
Tempat letak tong gas memasak seharusnya mempunyai pengaliran udara yang baik dan tidak berada di dalam kabinet bertutup. Ini penting untuk mengelakkan risiko kebocoran gas dan kejadian buruk di rumah.
Cara Selamat Kendalikan Tong Gas Memasak
Berikut beberapa langkah penting yang perlu diikuti bagi memastikan penggunaan tong gas anda selamat di dapur:
Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak ialah antara 1 hingga 1.5 meter. Alat memasak juga perlu diletakkan lebih tinggi daripada silinder gas.
Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup atau yang tidak mempunyai pengaliran udara, contohnya dalam kabinet bertutup.
Jika terhidu bau pelik atau busuk daripada silinder gas, itu tanda kebocoran. Segera tutup semua punca api dan elakkan penggunaan peralatan elektrik.
Gunakan air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika muncul buih, bermakna ada kebocoran. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang lebih terbuka serta mempunyai pengudaraan baik.
Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak untuk elakkan percikan gas berlebihan.
Pastikan dapur mempunyai pengudaraan baik dan jangan tinggalkan masakan tanpa pengawasan.
Tutup peralatan memasak dan injap gas apabila tidak digunakan.
Do’s dan Don’ts Tong Gas Memasak
Selain panduan di atas, berikut antara amalan yang perlu dan tidak perlu dilakukan ketika menggunakan tong gas di dapur:
Perkara yang Perlu Dibuat:
Pastikan tong gas sentiasa dalam keadaan tegak dengan injap di atas.
Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk memastikan pengudaraan yang baik.
Pastikan kedudukan dapur memasak lebih tinggi daripada tong gas.
Sebelum memasang kepala gas, pastikan terdapat gelung getah pada injap tong gas.
Matikan kepala gas apabila meninggalkan rumah untuk jangka masa panjang.
Perkara yang Tidak Boleh Dibuat:
Jangan baringkan tong gas memasak.
Jangan letakkan kuali atau benda panas di atas tong gas.
Jauhkan langsir atau bahan mudah terbakar daripada dapur memasak.
Jangan tinggalkan masakan tanpa pengawasan, terutamanya ketika api masih menyala.
Cara Mengesan Kebocoran Tong Gas Memasak
Kebocoran gas boleh mengundang bahaya besar jika tidak dikesan awal. Berikut cara mudah mengenal pasti kebocoran:
Jika terhidu bau gas, segera periksa tong gas kerana itu tanda kebocoran.
Serangga seperti lipas kadang-kadang tertarik pada bau gas dan berkumpul di kawasan yang bocor.
Kadangkala anda akan mendengar bunyi berdesir — tanda jelas gas sedang keluar.
Cara terbaik untuk mengesan kebocoran ialah dengan menyapu air sabun pada saluran atau sambungan gas. Jika terdapat buih, itu bermakna ada kebocoran.
Sentiasa amalkan langkah keselamatan ketika menggunakan tong gas memasak supaya dapur anda kekal selamat dan bebas risiko kebakaran atau letupan.
Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya…
Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.
CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AYAM AGAR TIDAK MELETUP
Apa yang anda perlukan ialah:
1.Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.Selamat mencuba!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.