Ketika Hari Raya, antara banyak hidangan biskut raya di atas meja terselit agar-agar kering. Bukan semua orang menghidangkan agar-agar kering ini. Kebanyakannya, orang lama yang gemar membuatnya.
Walaupun pembuatannya mudah, namun proses penjemuran untuk pengeringan itu yang agak mengambil masa. Kalau dibuat ketika musim panas, maka cepatlah proses pengeringannya. Jika hari perayaan jatuh pada musim tengkujuh, maka lambatlah proses pengeringannya.
Jom kita ikuti resipi perkongsian daripada Diana Bt Ismail ini. Mudah saja membuatnya. Sekejap saja prosesnya, dah penuh berbalang-balang.
Cuaca panas begini sedap juga nikmati aiskrim. Ikutlah apa perisa yang korang suka, dapat makanan sejuk begini memang nikmat di tekak. Tapi kalau buat sendiri lagi puas makan, nak cedok banyak mana pun boleh. Ada yang teringin nak cuba buat ais krim sendiri? Apa yang penting dijamin kebersihannya serta pastinya halal. Bahan-bahannya pun senang dicari.
Ais krim homemade Bahan-bahan:
1 tin susu cair-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu pekat-BELI ONLINE DI SINI
1-2 sudu besar ovalette-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat:
1. Masukkan susu cair,milo, serbuk koko, susu pekat ovalette dan kisar sampai adunan ais krim kembang dan gebu.
2. Adunan yang dah siap kisar dituang dalam mangkuk. Sedia untuk dibekukan.
3. Hias dengan coklat cip. Kemudian masuk dalam peti sejuk semalaman.
Dah lama rasanya tak buat bubur jagung ni. Paling sedap kalau waktu bulan puasa, bubur manis begini memang jadi rebutan. Eloklah tu puasa pun dah tak lama lagi, bolehlah buat nanti. Rasa lemak manis memang tak boleh bawa bincang.
BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
CARA MEMBUAT:
1) Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2) Kisar halus jagung bersama satu cawan air. Untuk bagi kuah tu rasa jagung.
3) Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama dua cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4) Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5) Bila jagung dah empuk, masukkan santan, garam, gula Melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau.
6) Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacaukan ia. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila dah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Bila disebut kacang pasti snek rangup ini menjadi ‘teman’ paling menyeronokkan bila menonton tv, wayang atau pun masa tengah bersantai. Tetapi kacang pun boleh menjadi bahan asas pelbagai bahan ramuan lauk dan sampingan.
Nak guna kacang dalam sup dan nasi pun boleh. Jom semak 5 lagi resipi sihat berasaskan kacang dari Chef dan tenaga pengajar Kagumas Culinary Academy, Seksyen 19 Bandar Baru Bangi yang diasaskan oleh Tn. Hj Harun Nordin ini.
1. MINTED PEA SOUP
BAHAN-BAHAN :
25gm mentega
1 biji bawang besar | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
1 cawan kacang pis hijau | segar @ sejuk beku
1 biji kentang saiz besar | dicincang
500ml air rebusan @stok ayam
1/4 ikat daun pudina | dicincang
150ml @ 2/3 cawan krim ringan rendah lemak (single cream)
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan layurkan bawang besar dan bawang putih selama 5 minit sebelum bertukar warna.
2. Masukkan kacang pis, kentang dan stok ayam dan separuh dari daun pudina dan biarkan mendidih.
3. Biarkan mereneh selama 5-6 minit sehingga kacang pis lembut.Padamkan api.
4. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga menjadi larutan sup.
5. Masukkan dalam kuali dan panaskan, perisakan dengan garam dan lada hitam dan tuangkan ke dalam krim. Usah sampai mendidih mendidih.
6. Hidangkan di dalam mangkuk bersesuaian dan hiaskan dengan daun parsli yang dicincang.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak :10 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan :Sajian pembuka selera berasaskan kacang pis hijau Keistimewaan : Rendah lemak dan sesuai juga dijadikan sarapan dimakan bersama roti Anggaran kos : RM 6
Info Chef : Kacang pis hijau dipenuhi nutrisi anti oksidan dan ia adalah sumber yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan.
2. PRAWN COCKTAIL WITH RED BEAN SAUCE
BAHAN-BAHAN :
1 salad (gem lettuce) | pisah-pisahkan daunnya
1/2 biji timun | dihiris nipis
250 gm udang | dicelur
Bahan sos :
1 tin kacang merah
Jus lemon secukupnya
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Lapiskan salad, udang dan timun dalam gelas berasingan secara individu.
2. Campurkan semua bahan sos, jangan lupa untuk rasa ikut citarasa anda, tetapi sos ini usah terlalu melekit.
3. Sudukan sos di atas salad udang tadi.
Saiz hidangan : 1-2 orang Waktu memasak :10 minit Cara memasak : Tidak perlu dimasak Jenis masakan :Sajian pembuka selera berasaskan kacang merah Keistimewaan : Salad segar yang rangup dan kacang merah menjadikan ia kaya nutrisi Anggaran kos : RM 5
Info Chef : Penggunaan sayur dan kacang merah tanpa menggunakan mayonis menjadikan ‘appetiser’ salad ini sesuai untuk mereka yang berdiet.
3. STEAM CHICKEN WITH BROWN RICE AND CLEAR VEGETABLE SOUP
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam
1 sudu makan halia yang diparut
1 sudu makan daun bawang | dicincang ambil bahagian putihnya sekali
Bahan sos perapan :
1 sudu teh cuka
1/2 sudu teh garam
Bahan sos pencicah :
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap soya
4 sudu makan air
1 ulas bawang putih
1 sudu makan minyak bijanBahan sup sayur bening :
1/2 sudu teh minyak masak
2 ulas bawang putih | dicincang halus
2 sm halia | dicincang halus
1/2 cawan daun bawang | dicincang halus
1 cawan brokoli | dipisahkan tongkol kecilnya
5 biji cendawan | dihiris nipis
1 hirisan lobak merah
Sedikit kubis /secukupnya | dicincang kasar
5 cawan air rebusan sayur-sayuran (stok sayur)
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada hitam
1 sudu makan jus lemon
30gm gajus panggang
*beras perang dimasak dan masukkan sekali gajus untuk dihidang bersama ayam stim dan sup sayur
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan sos perapan di kedua belah bahagian.
2. Letakkan parutan halia dan daun bawang cincang , diatas ayam dan biarkan perapa selama 30 minit.
3. Kemudian letakkan dalam pengukus, kukuskan dengan api kuat selama 20-30 minit sehingga empuk.
4. Kemudian keluarkan dan potong kepada beberapa bahagian yang anda sukai.
5. Hiaskan dengan daun bawang. Cara masak sos pencicah :
6. Di dalam kuali panaskan minyak bijan dan tumiskan bawang putih dan daun bawang hingga naik bau. Kemudian tambahkan sos tira, kicap soya dan air.
7. Kacau rata dan biarkan semua bahan tadi mendidih.
8. Masukkan dalam mangkuk pencicah .Hidangkan ayam bersama dengan sos pencicah ini. Cara masak sup sayur bening :
9. Mula-mula panaskan minyak zaitun dalam kuali.
10. Tumiskan bawang putih dan halia dengan api kuat dalam seminit.
11. Masukkan daun bawang dan teruskan menumis. Atau boleh juga gunakan bawang besar
12. Kemudian masukkan hirisan cendawan sehingga ia mengeluarkan air, dan tumis dalam masa 2 minit.
13. Masukkan stok sayur (air rebusan sayur) atau air.
14. Biarkan sup mendidih selama 10 minit sehingga sayur separuh masuk.
15. Masukkan lada hitam dan biarkan merenih lagi 5 minit, masukkan jus lemon. Hidangkan bersama ayam stim dan beras perang.
Saiz hidangan : 2-3 orang Waktu memasak :45 minit Cara memasak : Stim dan tumis Jenis masakan : Ayam kukus berjus Keistimewaan : Nasi perang dan sup melengkapi set sajian sihat ini Anggaran kos : RM 8
Info Chef : Penggunaan gajus di dalam beras perang melenngkapkan sajian ayam kukus yang sungguh ideal untuk mereka yang berdiet. Sajian yang mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan obesiti.
4. MALAYSIAN ROLL WITH PEANUT BUTTER
BAHAN-BAHAN : Bahan inti :
¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
½ cawan parutan lobak merah
½ cawan sengkuang yang diparut
20gm badam panggang | ditumbuk kasar
3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit.
2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati.
3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan.
4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak :30 minit Cara memasak : Digaul tanpa masak Jenis masakan : Kudapan Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang Anggaran kos : RM13
Info Chef :Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
5. CHICKEN APRICOT DING
BAHAN-BAHAN :
570gm dada ayam dibuang kulit | kerat 2.5 sm setiap ketul
230gm sengkuang cina dalam tin | toskan airnya dan hiris
1/2 cawan biji aprikot panggang
3/4 cawan air rebusan ayam
1 sudu makan tepung jagung | dicairkan dengan sedikit ari
2 sudu makan kicap soya
1 sudu makan cuka berat
2 sudu makan sos hoisin
1 sudu teh gula
CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk kecil pukul air rebusan ayam, tepung jagung, kicap soya, cuka beras, gula dan sos hoisin bersama. Ketepikan
2. Panaskan minyak sayuran dalam kuali besar dengan api sederhana. Perasakan ayam dengan garam dan lada hitam dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masak dan kacau sekali sekala sehingga ayam empuk dan keperangan, lebih kurang 3-5 minit. Ketepikan.
4. Masukkan bawang putih, dan masak lagi 30 saat
5. Masukkan sayur-sayuran bersama 2 sudu kecil air. Masak dan kacau sekali sekala hingga sayur-sayuran lembut rangup, anggaran 4-5 minit bergantung kepada saiz sayur-sayuran anda.
6. Perasakan dengan garam dan lada hitam
7. Masukkan air rebusan ayam bersama campuran sayuran tadi ke dalam kuali, dan nyalakan api tinggi sehingga mendidih.
8. Masak dalam seminit atau hingga sos menjadi pekat.
9. Masukkan aprikot dan hidangkan bersama nasi.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Sayur-sayuran dan ayam Keistimewaan : Tambahan aprikot menjadikan ia sajian penuh khasiat dan menyihatkan. Anggaran kos : RM 25
Info Chef: Sajian yang kaya dengan potassium , vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Boleh membantu mengawal paras kolestrol. Biji aprikot pula dipercayai adalah makanan anti kanser.
RESIPI :Chef Mohd Kamarul bin Ariffin, Chef Nurmasshariza bt. Maskahawi, Chef Muhammad Izzat Amani bin Jamaludin Amini, Chef Muhammad Akmal Danial bin Abdul Rahim TERIMA KASIH : TN HJ HARUN NORDIN, Kagumas Culinary Academy, Lot 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 19, Bandar Baru Bangi, Selangor. Emel :kagumas@yahoo.com.my. Laman web: http ://www.kagumas.com.my