Cuaca sekarang yang mendung dan kerap hujan memang mudah untuk terkena selesema. Tambah sukar kalau hidung tersumbat, nak tidur pun payah. Kalau ada yang sedang mengalaminya boleh amalkan air lemon cengkih ini.
Selain boleh diminum, air lemon cengkih ini juga boleh disedut wapnya untuk melegakan hidung tersumbat. Memang segar dan mudah bernafas.
Ads
Cara buat air lemon cengkih
Bahan-bahan
Lemon
Cengkih (sebaiknya jumlah ganjil)
Madu asli
Air atau air panas
Cara membuat
1. Masak air bersama cengkih hingga mendidih. Perahkan jus lemon dan masukkan madu. Tutup api.
2. Boleh tambah hirisan lemon, kemudian masukkan dalam bekas.
3. Jika hidung tersumbat, tuang dalam cawan dan hidu wap air ini hingga air suam. Selepas itu airnya boleh minum.
Ads
4. Air ini boleh dibuat dalam kuantiti banyak dan disimpan dalam peti ais. Panaskan jika mahu minum.
NOTA: Jika guna air panas dari penapis air, campurkan saja cengkih, potongan lemon dan madu dalam cawan. Biarkan sekejap sebelum di minum. Siap!
Bagi anda yang suka minum minuman sejuk berperisa, boleh cuba buat Jeruk Limau Kasturi Asam Boi ni. Jika minum di kedai, mesti ada yang terlebih manis atau terlebih masam,. Buat sendiri boleh ‘adjust’ rasa. Malah puas minum! Kulit limau tu pun boleh dimakan dan tak pahit. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Bertley. Lepas ni tak perlu beli kordial berwarna dari kedai lagi.
RESIPI JERUK LIMAU KASTURI ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Asam boi putih
Candy brown sugar- boleh beli di pasaraya
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih limau kasturi.
2. Rebus air hingga mendidih. Pastikan kuantiti air dapat menenggelamkan Masukkan limau ke dalam periuk dan biar mendidih 8-9 minit. Kacau sekali sekala supaya masak sekata. Kemudian toskan. Biar kering, tiada air di kulit luar limau. Nak lagi mudah, ambil tisu dan golek limau sambil keringkan dengan kipas.
3. Bila kulit limau sudah kering,ambil pisau tajam dan potong limau seperti dalam gambar. Jangan sampai putus.
4. Ambil penapis dan mangkuk kemudian picitl limau sampai habis jus. Buang semua biji yang ada.
5. Hasil jus limau yang diperah tadi.
6. Kemudian, ambil asamboi dan sumbat masuk dalam limau. Lebih mudah jika beli limau kasturi bersaiz besar.
7. Hasil limau kasturi yang telah disumbat dengan asam boi.
8. Seterusnya, tumbuk Candy Brown Sugar sampai hancur.
9. Ambil balang kaca dan letak limau asam boi di bahagian dasarnya. Kemudian masukkan candy brown sugar yang sudah ditumbuk tadi. Lakukan secara berselang seli.
10. Setelah siap dilapis, beginilah rupanya nanti. Lapisan paling atas tu haruslah gula.
11. Akhir sekali, tuang jus limau kasturi yang telah diperah tadi.
12. Tutup balang kaca tdan simpan di tempat redup dan kering. Perap selama 3 bulan supaya limau dan asam boi menjadi lembut dan manis. Dalam 2-3 hari sekali, goncangkan balang agar jus terkena pada limau yang dibahagian atas.
13. Setelah cukup tempoh pemeraman, limau dan asam boi akan menjadi lembut macam ni. Untuk menikmatinya, ambil limau dan tambahkan air sejuk. Ubah suai rasa ikut selera.
Bagi penggemar kopi, resipi Kopi Latte ala kampung perkongsian saudari Madihah Hamid ni tentunya anda wajib cuba. Bak kata empunya resipi, minuman ini menjadi ketagihan seisi keluarga beliau. Bahan-bahannya juga sangat mudah. Hanya guna serbuk kopi kampung sebarang jenama. Tak perlu guna kopi mahal pun. Tapi hasilnya memang bikin teringat-ingat. Jom cuba!
3.Biarkan mendidih selama 1 minit. Kemudian tutup api.
4. Ambil juga bersesuaian, masukkan gula ke dalamnya. Boleh pilih sama ada nak guna gula melaka, gula kabung, gula apong atau gula merah.
5.Seterusnya panaskan susu seketika. Cukup sekadar hingga timbul buih halus di tepi periuk. Susu ni paling sedap guna meadow, farm fresh @ dutchlady.
6.Empunya resipi guna jug bersaiz 1 liter.
7.Tuang air kopi ke dalam jug. Perlu tapis serdak kopi.
8.Tuang juga susu yang dipanaskan tadi. Campurkan.
9.Kopi Latte ala kampung sedia untuk dinikmati.
10. Untuk menikmatinya, tuang secawan untuk di minum, selebihnya simpan dalam peti sejuk. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Empunya resipi panggilnya peram kopi.
11.Bila nak minum, hanya panaskan sebentar. Selamat mencuba!
Kolesterol memang membahayakan kesihatan yang boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, aktiviti bersenam dan juga pemakanan yang baik amat membantu. Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi atau sedang berusaha untuk mengurangkannya, ada tip yang dikongsi oleh saudari Noor Azlina yang boleh anda cuba.
“Disini Kak Noor nak kongsi ilmu. Yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor. Tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.”