Isi rambutan biasa dimakan begitu sahaja atau dijadikan jem. Namun pernahkah anda mencuba minuman yang diperbuat daripada buah ini? Saudari Azizah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Nampak sangat sedap dan menyegarkan. Malah bahan-bahannya juga tidak sukar. Jadi kalau dekat rumah ada banyak buah rambutan boleh cuba buat minuman ni. Barulah rambutan yang banyak tu tidak membazir. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan juga dimana jua.
RESIPI AIR SEDAP MENGGUNAKAN ISI RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
Isi rambutan secukupnya
Jus limau nipis – lebih sedap guna limau kasturi kerana lebih wangi
Gula secukup rasa – beli online disini
Daun pudina- jika ada
Ais
Air masak
CARA MEMASAK:
1. Bancuh gula bersama jus limau nipis dan air hingga larut.
2. Masukkan isi rambutan dan juga daun pudina. Jika suka, boleh simpan seketika dalam peti sejuk untuk mendinginkan air. Tidak letak pun tidak mengapa.
3. Tuang bancuhan air rambutan ke dalam gelas dan masukkan ais.
4. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Air ini mempunyai rasa masam dan manis. Sangat menyegarkan. Jika suka, boleh juga menambah asam boi dan biji selasih.
Kredit resipi & foto: Azizah Ibrahim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official