Musim panas begini sesuailah buat ais krim ni.Mudah jer nak buat. Rajin atau tak saja. Hanya guna 3 bahan .Sedap pula tu. Bolehlah buat, gerenti anak-anak pun suka.
Aiskrim Nutella Homemade
Bahan-bahan:
Nutella
1 tin susu pekat
Ads
1 tin susu cair
Cara membuat:
1.Masak susu pekat dengan susu cair,campur 3 tin air.Biarkan sehingga mendidih.Korang nak rasa manis lagi boleh tambah gula.
2.Bila susu dah mendidih, biarkan sejuk.
3.Isi nutella dalam plastik aiskrim.
4.Ambil susu tadi, isi dalam plastik aiskrim.Ikat simpul.
Ads
5.Siap.Masuk dalam peti ais beku. Tunggu beku dulu,baru makan.
Nikmatnya di tekak bila dapat menikmati puding yang enak. Puding lumut butter bukan hanya enak dinikmati sekeluarga malah sesuai untuk majlis hari lahir. Meriah sungguh kejadiannya.
PUDING LUMUT BUTTER
Bahan Puding Lumut
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
150gm gula pasir
125gm santan pekat
550ml air
100ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu)
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna hijau
Cara memasak:
1.Satukan kesemua bahan, kacau sebati. Tapis jika perlu
2.Didihkan dengan api perlahan.
3.Kacau sesekali sahaja
4.Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang.
5.Tuang ke dalam acuan/loyang
6. Sejukkan
***untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat
1 1/2 adunan puding lumut
Bahan Puding Mentega
Bahan A
3 biji kuning telur
100gm mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanila
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan)
Bahan B
1 paket serbuk agar-agar
4 sudu besar gula pasir
550ml air
Cara memasak:
1.Masak Bahan B sehingga larut dan meruap-ruap.
2.Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati
3.Biarkan mendidih/tutup api
4.Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut
5. Sejukkan
***cakar2 sedikit permukaan Puding Lumut baru tuang adunan Puding Mentega
Selamat mencuba.
*Kalau ada yang ada nak shopping online peralatan dapur , ni ada tawaran istimewa untuk korang. Jom rebut peluang ni. Layari https://invol.co/cloqny
Roti canai menjadi kesukaan ramai. Tambah sedap bila dapat menikmati roti canai yang lembut teksturnya. Confirm jadi rebutan. Jadi anda boleh cuba buat sendiri roti canai dan boleh juga sejuk beku. Bila-bila nak makan pun boleh bila ada tersedia di rumah.
Roti canai
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
2 cawan air
Cara membuat:
1.Campurkan semua susu,gula,garam,telur ke dalam air.Kacau hingga larut. Letak tepung,planta dan uli.
2.Uli jadi doh rehat 10 minit. (Kalau nak terus uli pun suka hati)
3.Uli lagi doh, rehat sekejap uli lagi sampai doh licin, elastik (kenyal).Kalau doh lembik,tabur tepung.
4.Kalau doh nampak keras, renjis air sikit-sikit sampai doh nampak lembut.Bulat-bulatkan doh, sapu marjerin letak dalam bekas.
5.Setelah siap,tuangkan sedikit minyak ke atas doh tadi. Perap 4 jam ke atas. Lagi lama lagi lembut.(kalau guna bread maker letak cecair dulu.Kemudian letak tepung, guna mood knead 3-4 kali sampai doh elastik ( kenyal)
Masa kanak-kanak dulu, min ingat lagi ibu tersayang rajin buat biskut buah kana buah ni masa Raya. Resipi orang dulu dulu ni bahan-bahannya ringkas aje. Doh biskut masuk acuan kayu, bila nak keluar hentak sikit . Jom semak resipi dari Amanda Rania Zafreen ni.
BISKUT BUAH KANA BAHAN-BAHAN :
150gm mentega
90gm gula aising
1biji kuning telur
180gm tepung gandum | diayak
100gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
* pewarna ( optional )
*jem buah-buahn secukupnya.
CARA MEMASAK :
Pukul mentega, gula dan kuning telur. Pukul sekadar untuk sebati , tak perlu kembang
Uli tangan pun boleh. Kalau nak masikkan warna boleh ikut citarasa sendiri. Rehatkan sekejap ( 5-10minit)
Gunakan acuan buah kana & cetak sehingga habis. Bakar & sapukan jem semasa biskut masih suam-suam..cantumkan. Siap .
.
Kreatif sungguh pemilik resipi ni biskut buah kana dibuat ikut tema perayaan.. Kalau Hari Raya Aidilfitri, Amanda buat warna kuning + hijau. Kalau utk Xmas saya buat warna hijau + merah. Untuk Tahun Baru Cina dibuatnya merah + kuning.