Buat Aiskrim Nutella Homemade Hanya Guna 3 Bahan

Share

Musim panas begini sesuailah buat ais krim ni.Mudah jer nak buat. Rajin atau tak saja. Hanya guna 3 bahan .Sedap pula tu. Bolehlah buat, gerenti anak-anak pun suka.

Aiskrim Nutella Homemade

Bahan-bahan:

Nutella

1 tin susu pekat

1 tin susu cair

 

Cara membuat:

1.Masak susu pekat dengan susu cair,campur 3 tin air.Biarkan sehingga mendidih.Korang nak rasa manis lagi boleh tambah gula.

2.Bila susu dah mendidih, biarkan sejuk.

3.Isi nutella dalam plastik aiskrim.

4.Ambil susu tadi, isi dalam plastik aiskrim.Ikat simpul.

5.Siap.Masuk dalam peti ais beku. Tunggu beku dulu,baru makan.

Kredit: Fairuz Abu Hassan

Published by
Putri