Resipi Asam Laksa menggunakan ikan sardin di dalam tin ini memang popular. Bukan sahaja mudah untuk membuatnya, kuahnya pun sedap dan pekat.
Apa kata kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Suriani Mohd Ariffin ini. Resipi asam laksa terlajak sedap. Dah makan tak cukup semangkuk. Gerenti nak makan berulang-ulang. Jom cuba.
Mula-mula, kisar lumat semua bahan yang bertanda * di atas.
Kemudian, didihkan bahan kisar tersebut bersama 1 jag air atau tambahkan lagi mengikut kadar kepekatan atau kecairan yang disukai.
Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan lain iaitu daun kesum, bunga kantan, asam keping, nanas, garam dan gula.
Ambil sedikit ikan sardin dan hancurkan agar nampak berketul-ketul. Didihkan lagi sehingga masak.
Ads
Sementara itu, hiriskan bahan-bahan hiasan seperti di atas.
Kuah dah siap, bolehlah hidangkan laksa bersama telur rebus, daun salad, daun pudina,cili padi, hirisan bunga kantan, limau kasturi atau limau nipis dan hirisan bawang.
Buat anda suka menu tradisi Peranakan Baba Nyonya, boleh cuba memasaknya sendiri. Menu Nyonya ini cukup dengan rasa manis, masam dan pedasnya. Memang puas hati menikmatinya.
Anda boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef)
Buat anda yang ingin mencuba masak sendiri, dikongsikan resipi membuatnya.
Peranakan Laksa Santa Grand
Bahan-bahan untuk kuah:
5 ulas bawang merah-dikisar
1 inci halia-dikisar
5 ulas bawang putih-dikisar
5 batang serai dihiris dan-dikisar
1 inci lengkuas dihiris dan-dikisar
50 gm udang kering-dikisar
½ inci kunyit hidup-dikisar
8 biji cili padi hijau-dikisar
10 biji buah keras-dikisar
3 batang bunga kantan
100 gram daun kesom
1kg santan pekat
Gula
Garam
Serbuk perasa
Bahan ulam:
Terung dipotong panjang dan digoreng
Kacang panjang -dipotong 2 inci panjang dan digoreng@dicelur
Telur rebus
Bebola ikan
Kek ikan-dihiris dan digoreng (fish cake)
Udang-direbus
Hirisan daun ketumbar
Hirisan cili padi dan cili merah
Bahan-bahan sambal:
2 ulas bawang merah besar-dikisar
1 ulas bawng merah kecil-dihiris
1 ulas bawang putih
Cili kering kisar
2 batang serai diketuk
Gula
Garam
Secukup rasa
Air asam jawa
Cara membuat kuah:
1.Panaskan minyak terlebih dahulu dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
2.Masukkan santan pekat dan sedikit air rebusan ayam. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesom. Reneh, masukkan gula,garam dan serbuk perasa.
Cara membuat sambal:
1.Tumis bawang merah kecil yang dihiris halus sehingga garing. 2.Masukkan bahan yang telah dikisar tadi beserta serai ketuk dan tumis sehingga garing.
3.Masukkan sedikit air asam jawa dan masukkan serbuk perasa. Rasa secukupnya dan boleh dihidangkan setelah sambal tersebut pekat.
Cara menghidang:
1.Setelah siap kuah dan sambal, boleh celurkan mi kuning atau mihun atau kway teow mengikut kesukaan anda, selepas boleh masukkan bahan-bahan ulaman tadi dan tuangkan kuah di atas dan sedia untuk dihidang.
Nyonya Asam Laksa Santa Grand
Bahan-bahan kuah:
3kg ikan kembong
1 tin ikan sardine
Bawang Merah-dikisar
Bawang putih
Halia-dikisar halus
Lengkuas -diracik dan dikisar halus
5 batang serai -diracik dan dikisar halus
Cili kering-dikisar halus
8 keping asam keping
3 batang bunga kantan -dihiris
Daun kesom (dipetik daun sahaja)
Belacan sebesar ibu jari
Gula
Garam
Serbuk Perasa
Bahan-bahan ulam:
Nenas-dihiris
Timun-dihiris
Bawang merah-dihiris
Daun Salad-dihiris
Cili merah/ cili padi
Limau kasturi
Petis udang
Telur rebus
Cara memasak:
1.Rebus ikan kembung bersama asam keping sehingga masak. Pisahkan isi dengan tulang ikan dan air rebusan ikan tadi ditapis untuk asingkan sisa baki tulang ikan yang tertinggal.
2.Selepas itu, ambil 1/3 dari isi ikan kembung tadi dikisar halus bersama ikan sardin dan masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
3.Masukkan sekali bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, lengkuas, serai,belacan dan asam keping. Panaskan di dalam periuk sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
4.Setelah mendidih, masukkan bunga kantan dan daun kesom. Ambil 1/3 dari bahan ini, dikisar untuk menambah perasa didalam kuah asam laksa ini. Biarkan ia mendidih selama 15 minit lagi dan masukkan garam, gula, sedikit petis udang dan serbuk perasa secukupnya.
5.Biarkan ia mendidih seketika dan siap sedia dihidangkan.
6.Untuk hidangan, sekiranya menggunakan laksa basah seharusnya direbus terlebih dahulu laksa dan ditoskan airnya. 7.Setelah ditoskan, ambil laksa tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk berserta ulam-ulaman tadi diletakkan di atas dengan kuah dituangkan. Sedia dihidang.
Nyonya Curry Mee
Bahan kuah:
500 gm bawang merah besar-dikisar
2 ulas bawang merah kecil-dihiris halus
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia- dikisar
2 inci lengkuas -dikisar
3 batang serai-diketuk
2 batang serai-dikisar
2 batang bunga kantan- dihiris halus
30 gm udang kering-dikisar
50 gm cili kering -dikisar
100 gm serbuk kari daging
5 helai daun limau purut
60ml susu cair
500ml stock ayam
Bahan rencah:
Mi kuning dicelur
Terung panjang
Kacang panjang
Fish ball
Fish cake
Telur rebus
Tauhu pok
Cili merah
Udang
Cara memasak:
1.Tumiskan semua bahan-bahan yang dikisar hingga berbau wangi
2.Kemudian masukkan serbuk kari daging serta daun limau purut.
3.Seterusnya masukkan stock ayam dan susu cair
4.Masukan sedikit garam dan gula. Biarkan ia mendidih seketika dan sedia dihidangkan.
5.Untuk hidangan, sekiranya menggunakan mi kuning yang direbus terlebih dahulu dan ditoskan airnya. Setelah ditoskan, ambil mi tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk berserta bahan rencah tadi diletakkan di atas dengan kuah dituangkan. Sedia dimakan.
Tercari-cari resipi Mi Goreng Basahyang sedap dan mudah? Resipi perkongsian saudara Veera Saravananni antara yang terbaik boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Tengok je pun dah nampak sedap. Jom cuba. Pasti anda puas hati dengan rasanya.
CARA MASAK MI GORENG BASAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1kg mi kuning – rendam dalam air panas selama lima minit. 1 paket fish ball – potong nipis 1 paket fish cake – potong nipis 300gm sawi hijau – potong dalam 5 cm. 3 biji tauhu putih – potong kecil dan goreng terlebih dahulu 1 biji bawang besar – mayang halus 5 ulas bawang putih – cincang halus 3 sudu makan serbuk cili merah – beli online disini 5 sudu makan kicap pekat – beli online disini 5 sudu makan sos cili – beli online disini 1 cawan air Garam dan lada sulah secukup rasa 4 biji telur ayam Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi. 2. Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball. Letak sedikit garam. 3. Masukkan batang sawi yang telah diketuk sedikit. Ketuk ketuk sikit batang sawi ni. Tambahkan juga serbuk cili. Kacau hingga sebati dan pecah minyak.
4. Kemudian masukkan mi kuning yang telah direndam dalam air panas. 5. Tambah kicap pekat dan sos cili. Kacau lagi sekali biar sebati.
6. Tuang 1 cawan air dan biar mendidih dan sampai pekat. 7. Masukkan daun sawi dan telur. Tabur sedikit lada sulah dan garam atas telur dan kacau semua bahan sekali.
8. Pakai dua senduk masa mengacau mi supaya lebih mudah. Api juga perlu besar semasa memasukkan telur ke dalam mi. 9. Bila semua bahan sebati, rasa mi untuk perasanya. Jika garam sudah cukup, padamkan api. 10. Mi Goreng Basah confirm laris siap untuk dihidangkan.
Sup sederhana masak ala cina yang menyegarkan dan sesuai makan ketika masih hangat.
SUP MI SUAH ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
*5 biji bawang merah (ditumbuk)
*8 biji bawang putih (ditumbuk)
*Sedikit halia muda (ditumbuk)
Sos tiram
Minyak Bijan
Garam
Lada sulah
Ayam (terpulang suka bahagian mana)
Daun sup
1 kiub pati ayam
Sawi
2 biji telur
Lobak merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan renjiskan dalam 3 kali renjis minyak bijan dan tumiskan bahan yang sudah ditumbuk.
2. Bila sudah naik bauk letakkan 3 sudu besar sos tiram dan satu kiub pati ayam.
3. Masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, bebola ikan dan ayam.
4. Selepas itu masuk 3 cawan besar air. Lebih sedikit supaya ayam empuk dan mi suah itu nanti akan kembang dan menyerap air. Masuk garam secukup rasa.
5. Sudah mendidih dan masak dalam 20minit sup itu, masuk sayur dan pecahkan 2 biji telur. Biar masak sekejap.
6. Kemudian masukkan mi suah. Masuk tidak sampai seminit, kacau dan tutup api. Mi suah jangan bagi kembang nanti kurang sedap. Renjiskan sedikit lada sulah ikut citarasa anda.
7. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng (kalau suka)
INFO: Untuk rasa pedas boleh makan bersama cili potong dengan kicap cair.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.