
Selalu masak asam pedas ikan, daging tapi asam pedas ayam jarang orang buat. Malah ada yang kata pelik. Cuma bagi orang Johor ini menu biasa.
Bagi yang nak cuba asam pedas ayam ini boleh ikut perkongsian Amoy Sally. Resipi dari orang Johor sendiri.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji bawang merah -kisar
5 ulas bawang putih -kisar
2 inci kunyit hidup -kisar
1 inci halia -kisar
Lada hitam -kisar
Cili kisar -kuantiti ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
2 batang serai -diketuk
Daun kesum -letak banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (kena guna minyak yang banyak) masukkan serai yang diketuk. Tumis sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis sampai naik bau baru masukkan cili kisar.
3. Tumis lagi sampai cili betul-betul masak dan garing (Pastikan tutup kuali supaya dapur tak kecah).
4. Bila cili dah garing bolelah masuk ayam. Bila ayam dah agak kecut baru masukkan air agak-agak paras ayam.
Kemudian bolehlah masukkan perasa masukkan daun kesum, daun limau, bendi, tomato.
Akhir sekali masukkan air asam jawa.
-Air boleh tambah, banyak mana nak.
-Minyak lebih yang terapung boleh senduk keluar.
Kredit resipi & foto: Amoy Sally
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Bakar Berempah Yang Teramatlah Sedap, Guna Bahan Perapan Ni Mesti Jadi

Ayam Bakar Berempah bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi tetapi diratah begitu sahaja pun ‘best.’ Paling utama untuk mendapatkan Ayam Bakar Berempah yang ‘super sedap’ tentulah bahan perapannya. Kalau rasa nak cuba buat sendiri Ayam Bakar Berempah, jomlah kita cuba buat ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Zaini Talib
RESIPI AYAM BAKAR BEREMPAH

BAHAN UTAMA:
1 ekor ayam dipotong 16
BAHAN-BAHAN (UNTUK DIKISAR)
4-5 biji bawang merah
4-5 ulas bawang putih – BELI ONLINE
1 inci halia – BELI ONLINE
Gula Melaka – BELI ONLINE
Ketumbar
Jintan manis – BELI ONLINE
Serbuk kari daging
Serbuk kunyit
2 batang serai
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Selepas semua bahan dikisar, perap ayam dengan bahan kisar tersebut. Jika mahu lagi sedap, elok perap selama 24 jam. Boleh tambah sedikit madu dalam bahan perapan untuk bagi ayam lagi sedap.


2. Bakar ayam dengan suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180C. Masak lebih kurang 40 minit. Bolehlah dihidangkan ketika masih panas.
Sumber kredit: Zaini Talib
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sate Ayam Homemade, Guna Seekor Ayam Pun Dah Boleh Dapat Banyak Cucuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ayam Masak Merah Kenduri Yang Mudah & Sedap.

Lauk Ayam Masak Merah macam yang kita selalu makan di majlis kenduri kahwin tu nampak sedap kan? Lain sikit rasanya berbanding Ayam Masak Merah yang biasa kita masak di rumah. Warna merah tapi rasa tak pedas. Hmm…Memang buka selera. Nak Jangan lupa cuba resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni ya. Sesuai sangat nikmati dengan aneka nasi tumis tau nasi putih.
CARA MASAK AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN A:
- Ayam – dipotong
- 1 batang serai – kisar
- 1 hiris halia – kisar
- 1 ulas bawang putih – kisar
- 3/4 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh perencah Hilal
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit air
BAHAN B ( KISAR):
- 1 biji bawang merah – saiz bola pingpong
- 1/2 biji bawang holland
- 1 ulas bawang putih
BAHAN C:
- 2 biji cili merah – kisar
- 1 1/2 sudip cili kisar
- 3/4 sudu makan gula melaka hancur
- 1 1/2 sudu makan gula
- 3/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh perasa
- Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
- 1/4 cawan air
- 3/4 sudip sos cili
BAHAN D:
- 1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)
2. Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cili merah kisar.
5. Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
6. Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.
7. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.
8. Masukkan sos cili. Kacau rata.
9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.
10. Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.
11. Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Jom Cuba Masakan Indonesia, Rasa Seakan Sama…Kita kan Serumpun.

Hari ni min nak kongsi tiga resipi dari tanah seberang, tetangga kita Indonesia. Nama aje lain sikit, tetapi sebenarnya banyak dari sajian di sana ada di negara kita. Selera pun sama, serumpun la katakan.
Contohnya opor ayam, , di Johor cukup popular terutamanya di kalangan orang Jawa Johor. Orang Melayu pun dah menganggap lauk ini sebagai lauk tradisional. Begitu juga dengan hidangan Nasi Goreng dan Sup Ekor Lembu atau dikenali buntut di sana memang citarasa kegemaran rakyat Malaysia.

Jadi tunggu apa lagi , jom semak resipi dari Chef Faridul Ataras Abdul Razak dan Chef Ardy Daniel dari Hotel Crystal Crown PJ ini.
1. OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam |dipotong 12 bahagian
- 500 gm santan segar
- 3 batang serai |diketuk
- 4 helai daun salam
- 6 helai daun limau purut |dicarik
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
- 3 sm lengkuas
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras
- 1/2 sudu teh biji jintan
- 2 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
3. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam |dihiris
- 1 ekor sotong putih | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dititik
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 5 ekor udang kering |ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
- Keropok udang
- Acar mentah
- Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
5. SUP BUNTUT (EKOR LEMBU)
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kilo daging lembu
- 1500 ml air
- 1 senduk minyak masak untuk menumis
- 4 biji ubi kentang | dipotong dadu
- 3 biji lobak merah | dipotong dadu
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 5 ulas bawang putih| dikisar
- 8 biji bawang merah| dikisar
- 1 sm halia | dikisar
- 5 tangkai bunga cengkih
- 4 biji pelaga
- 2 biji bunga lawang
- 10 gm kulit kayu manis
- 1 sudu teh gula
- 2 biji tomato/dipotong dadu
- 2 sm kulit kayu manis
- 2 ketul stok daging
Bahan tabur :
- Bawang goreng
- Saderi/ dihiris
- Daun bawang dan daun sup /dihiris
CARA MEMASAK :
1. Cuci bersih ekor dan rebus dalam air mendidih selama 15 minit.
2. Buang airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, merah bersama rempah bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis.
4. Masukan serbuk ketumbar, jintan dan lada sulah.
5. Tumiskan bahan sampai naik bau.
6. Masukkan ekor dan tuangkan air, rebus selama dua jam
7. Selepas daging empuk , masukkan bahan seperti kentang, lobak dan tomato serta stok daging.
8. Perisakan dengan garam
9. Siap untuk dihidangkan dan taburkan bawang goreng, daun sup, saderi dan daung bawang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit (jika guna pressure cooker)
Cara memasak : Tumis dan rebus/reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Jika suka anda boleh memerah limau nipis untuk melazatkan lagi sup dan mengurangkan kandungan lemak.
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Ekor lembu adalah bahagian daging yang susah untuk empuk dan mengambil masa yang lama. Anda boleh memasukkan beberapa biji kurma untuk melembutkan daging semasa merebus.

