
Kalau selalu buat ayam goreng, bosan juga. Cuba tukar kita buat ayam bakar pula. Tapi dengan cara yang paling senang. Gaul saja ayam dengan sos yang ada di rumah dan bakar dalam oven.
Cuma pesan empunya resipi Fazilawati Binti Padzil kalau nak cuba, jangan buat sikit nanti tak cukup! Rasanya macam ayam bakar Pizza Hut!
Cara buat ayam bakar paling senang tapi sedap

Bahan-bahan
12 ketul ayam
2 sb cili kisar
5 sb sos cili (Kimball)
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1/2 sb serbuk perasa (Hilal)
1 1/2 sb gula
1 sk garam
2 ulas bawang putih – tumbuk kasar
Bahan kisar kasar
1 sb biji ketumbar
1 sb lada hitam
Cara membuat:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan hingga rata. Lagi sedap perap semalaman.
2. Bakar pada suhu 180°c – 200 °c selama 40 minit. Boleh gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Tempoh ini dah cukup untuk ayam masak luar dan dalam.

3. Untuk elak sos melekat, alas dulang dengan aluminium foil sebelum letak ayam. Boleh tuang sos perapan sekali.
4. Boleh makan dengan nasi atau makan macam begitu saja.

Sumber: Fazilawati Binti Padzil
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Layan Sungguh Makan Ayam Teriyaki Ni, Rasa Macam Dok Kat Jepun Je

Selain ayam goreng, cara lain untuk menikmati ayam adalah dengan cara ayam teriyaki. Ini sebenarnya cita rasa Jepun. Namun disebabkan rasanya yang sedap, ayam teriyaki boleh diterima oleh masyarakat kita.
Min kongsikan resipinya di sini ya.
Ayam Teriyaki

Bahan-bahan
2 keping isi dada ayam | hiris
1/4 cawan kicap cair
2 sudu makan cuka makan
1 sudu makan parutan halus halia
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan gula perang/gula putih
1 sudu makan sedikit minyak masak
1 sudu makan bijan putih | goreng tanpa minyak
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
2) Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
3) Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
4) Sementara itu, campurkan minyak bijan, cuka makan, kicap cair dan gula dalam mangkuk. Kacau rata.
5) Panaskan minyak, tumiskan parutan halia hingga wangi.
6) Seterusnya, masukkan campuran sos tadi, kacau rata dan biarkan hingga kuah pekat.
7) Masukkan ayam dan tutup api.
8) Taburkan bijan dan gaul rata.
9) Sebelum dihidangkan taburkan sedikit lagi bijan dan hirisan daun bawang jika suka.
Selamat mencuba!
4 Resipi Ringkas & Mudah Yang Boleh Masak Guna Kepingan Isi Ayam.

Ramai yang kurang gemar isi ayam kerana terlalu berdaging. Tapi lepas ni pasti anda akan lebih sukakannya kerana terdapat pelbagai menu sedap dan mudah yang boleh anda hasilkan. Malah sebahagian dari bahan-bahan ini boleh disediakan awal dan guna bila tiba masa anda perlukannya. Berikut empat idea menu yang enak,sihat, ringkas dan mudah disediakan di rumah.
1. BIHUN SUP

BAHAN-BAHAN:
- 250 gm bihun | celur dengan air campur sedikit serbuk kunyit
- 2 keping fillet dada ayam | celup tepung goreng segera, goreng dan hiris
- 1 keping tauhu | goreng dan hiris
- 2 keping fish cake | goreng hiris
- 100gm tauge | buang ekor
- 1 batang seleri | hiris
- 1 biji cili merah | hiris
- Sedikit hirisan daun sup
- Bawang goreng secukup rasa
BAHAN SUP:
- 4 ulas bawang merah | kisar halus
- 3 ulas bawang putih | kisar halus
- 2cm halia | kisar halus
- 1 sudu makan rempah sup
- 1 bunjut sup bunjut
- 1 ketul perasa ayam
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 1 litter air rebusan tulang
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama sup bunjut hingga wangi.
- Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata.
- Setelah naik bau masukkan air rebusan tulang, perasa ayam (hancurkan), biarkan mendidih, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Sementara itu, masukkan bihun yang telah dicelur tadi di dalam mangkuk.
- Tuangkan kuah secukupnya, kemudian letakkan hirisan ayam, tauhu, fish cake, cili, tauge di atasnya.
- Akhir sekali sebelum hidang taburkan daun sup dan bawang goreng.
- Hidangkan bersama sambal kicap.
INFO CHEF: Untuk lebih sedap hidangkan dengan sambal kicap.
2. BUBUR NASI AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping fillet dada ayam | celup tepung goreng segera, goreng dan hiris
- 1/2 cawan hirisan daun bawang
- 1/2 cawan bawang goreng
- 2 biji cili merah | hiris
- Sambal kicap
- Sup tulang tanpa isi
BAHAN BUBUR:
- 1 cawan beras
- 3cm halia muda | mayang halus memanjang
- Sedikit garam
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci beras dan tambahkan lebih kurang satu litter air.
- Rebus hingga mendidih, kacau supaya tidak berkerak.
- Jika perlu tambah air tambah secukupnya.
- Masukkan hirisan halia muda dan sedikit garam.
- Kecilkan api dan biarkan bubur mereneh di atas api hingga pekat dan cukup masak.
- Tutup api, masukkan bubur dalam mangkuk, kemudian letak di atasnya dengan hirisan ayam goreng tadi.
- Seterusnya taburkan daun bawang dan bawang goreng serta hirisan cili.
- Bubur disediakan dengan sup tulang dan sambal kicap.
INFO CHEF: Enak dan sesuai sebagai hidangan untuk ahli keluarga sakit.
3. NASI AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 250gm beras
- 1 ketul stok ayam
- 2 sudu makan mentega
- Garam secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
- 2 keping fillet ayam segera | celup tepung goreng segera, goreng dan hiris
- Sup tulang tanpa isi | secukupnya
- Sambal cili secukupnya
- 1/2 batang timun | hiris serong
- 1 biji tomato | hiris bulat
- Daun salad secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci beras dan toskan.
- Menggunakan periuk nasi, panaskan mentega.
- Kemudian masukkan beras bawang putih dan hirisan halia.
- Kacaua hingga wangi, masukkan beras, gaul rata.
- Masukkan air dan stok ayam dan sedikit garam.
- Kacau rata dan tutup periuk, biarkan masak lebih kurang 10 minit.
- Sementara itu sediakan bahan hirisan, sup dan sambal
- Setelah nasi masak, hidangkan bersama bahan sampingannya.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk kuah sup dan sambal cili, anda boleh sediakan awal untuk jimatkan masa.
4. SPAGETI CARBONARA AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 250gm spageti | rebus dan tos
- 150gm sos carabonara
- 150gm cendawan butang dalam tin | hiris
- 150ml susu cair
- 2 sudu makan keju parmesan
- 5 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Sedikit hirisan cili padi | jika suka
- Garam secukup rasa
- 300gm isi dada ayam | celup tepung goreng segera, goreng dan hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
- Masukkan cendawan, kacau rata dan masukkan pula sos carbonaraaaaa.
- Seterusnya masukkan susu cair, diikuti spageti kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.
- Kecilkan api dan terus gaul lebih kurang 1-2 minit.
- Tutup api, taburkan serbuk keju parmesan, serbuk lada sulah dan hirisan cili padi. Gaul rata.
- Hidangkan bersama hirisan fillet ayam goreng tadi.
INFO CHEF: Untuk menyediakan spageti carbonara ada pelagai versi ikut cita rasa anda. Resipi ini paling ringkas. Sesuai sebagai hidangan makan malam keluarga.
Buat Sendiri Sosej Ayam Homemade

Sosej buatan sendiri selalunya lebih sihat. Ini kerana kita boleh kawal apa bahan yang kita mahukan untuk dimakan. Ikut kesesuaian diet yang kita mahukan. Misalnya kita tak nak letak garam dan gula atau bahan perisa. Itu lebih baik. Jom cuba buat sosej ayam sendiri mengikut resipi yang dikongsikan oleh Siti Zarina Jaidon.
SOSEJ AYAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN
1 kg isi ayam
1 1/2 sudu kecil garam
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil thyme
1/2 sudu kecil oregano
1 tangkai cili kering (nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh)
1 gelas air atau stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan sehingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang di atas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim sehingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah digoreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon

